NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, February 22, 2011

Bagaimana Mencari Kasut Baji (Wedges) Yang Sesuai




Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. Sekarang nih Momoy perhatikan ramai sangat yang pakai wedges. Korang mesti suka wedges? Dalam bahasa melayu dipanggil kasut baji. Wedges kasut tinggi yang sangat selesa kerana bertapak rata.




Momoy memang suka kasut. Hmm... biasalah perempuan. Dari dulu lagi wedges memang ada dalam list Momoy selain heels dan gladiator. Platform juga tak terkecuali selain pump dan boot. Banyaknya yang Momoy minat. 


'Kamus kasut'- semua jenis-jenis kasut Momoy tahu dan ada dalam simpanan. Cuma sejak bekerja kat Terengganu ni Momoy dah kurang aktiviti mengumpul dress-dress comel, handbag dan kasut kerana terbatas. Huhu... Satu kasut saja yang Momoy setia sekarang. Safety boots! Erk...




Bagaimana mencari wedges yang sesuai?


Pertama. Bagi Momoy, Momoy akan pilih tali (kadang kala reben) yang melilit di pergelangan kaki. Juga disebut ankle strap. Ini sangat-sangat la comel kalau gayakan dengan dress atau skirt. Hmm... Suka sangat. Tapi korang perlu ingat, tali di pergelangan kaki tu boleh membiaskan diri korang nampak lebih rendah. Jadi petite perlu berhati-hati untuk pilih design jenis ni supaya tak nampak lagi rendah.


Perkara kedua yang Momoy lihat adalah ketinggian wedges. Wedges yang kurang tinggi akan menampakkan yang korang seolah-olah membawa blok batu pada kaki korang. Nampak tak cantik dan ‘berat’ je. Benda ni penting bagi Momoy ketika memilih wedges. Tapi tak ramai yang pertimbangkan kerana tidak tahu.


Selain itu, Momoy akan perhatikan juga material yang digunakan. Sebaik-baiknya pilih material yang nampak ringan! Pembuatan wedges yang kemas dan teliti juga penting. Ini untuk menggelakkan wedges yang digayakan nampak macam murah. Bagi Momoy biar harga murah tapi bila pakai nampak cantik dan macam mahal jer.


Kalau korang jenis yang lasak, cuba elakkan pengalas wedges tu daripada jenis fabric. Sebabnya fabric ni cepat bertukar kaler. Nanti nampak comot semacam dengan alas yang bertukar hitam. Eee...


Design dan kaler wedges terpulang pada pilihan hati masing-masing. Momoy? Momoy suka yang simple tapi dengan pilihan warna-warna yang terang. 



Momoy jatuh cinta pada yellow wedges ni ^^

Credit pictures to Google





11 Comments
Comments

11 tukang comment:

ardinihumaira said...

dni suka wedges kaler hitam :D

Halusinasi said...

suka gak wedges! tapi baru ada 1 je. tu pun dh gembira sgt2^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ ardinihumaira
senang nak match yer

@Halusinasi
takpe2 dear
nanti leh kumpul byk2 kan
yayy !

nurul rasya said...

ingatkan cheesy wedges tadi

Arief Arf said...

kasut baji?
haha tak penah tau pulak thats the translation.
anyway, kasut baji yang paling bagus adalah yang paling tebal.
lagi tebal lagi bagus.
senang nak pukul orang.

Buletin Bawang said...

popolita memang minat sangat wedges..tp x sesuai pakai sebab ketinggian 164cm.. nt nmpak cm tinggi sgt plak.. huhu

Lelaki kisah tak kalau isterinye seorang smoker?

mySheiRa said...

sy pown sukew ngn wdges neyh..
tp cm xsesuai sgt nk pki..huhuhuhu
sbb sy tggi...(rmi yg ckp la)
tp dorg tadew lak ckp xsesuai sy pki wdges..huhuhuhu =.=

z.u.n.a.i.d.a said...

cantik la amy..suka2!!

hana said...

sye agi prefer wedges dr heels...
hehehe...
stakat nh baru de 2 wedges..
=D

caliph shuriken said...

uikks, nk tmbah koleksi lagi ka?

latest en3: ~ glob ajaib ~

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ She's retarded
hihi...ingat benda makan jer yer
hihi

@ Arief Arf
haha...lagi tebal lagi bagus nak pukul org
buat momoy gelak guling2

@ P0polita
yela. dah tinggi kan

@ mySheiRa
tapi momoy rasa yang tinggi pun ok je pakai
cuma kisah kalau bf rendah, mmg dia akan kisah

@ z.u.n.a.i.d.a
tu la zue. cantikkan
gila emy minat

@ hana
oh. momoy suka heels dan wedges. mmg adalam collection ada banyak kasut

@ caliph shuriken=)
ye. dah penuh rak kasut
bahagia rasa bila byk kasut dan dress comel2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!