Fahrin Ahmad- Google |
[The 25 Random HABIT About Momoy] ada ditulis yang Momoy suka cuci mata lelaki cute dan encem-encem tapi bukan sebagai pilihan buah hati. Sebelum ni Momoy ada entry tentang lelaki kacak dalam [Jom Kenal Khairul Fahmi Che Mat Yang Encem] iaitu [kekasih Elia atau Aimie Harmelia]
Ada 2 orang yang bertanya Momoy through email kenapa. So ambil soalan ni untuk buat entry. Biasa la kan perkara no. 4 dalam [5 Perkara Momoy Lakukan Bila Kekeringan Idea].
Tapi kan kawan-kawan, baru Momoy perasan yang Momoy dapat banyak email dari Anonymous. Terima kasih ya sudi baca blog Momoy. Cuma sedikit hairan sebab Anony tak berapa gemar nak comment kat blog. Diaorang lebih suka send email pada Momoy. Urm... tak kisah la hal tu. Momoy tetap bersyukur dan berterima kasih sebab traffic tetap ada.
Kenapa Momoy tak suka lelaki kacak? Sebab...
Pertama... Lelaki kacak eksklusif ! Selalu jual mahal. Kalau dia suka pun pada girl tu tapi dia tetap ego dan merasakan sahamnya tinggi melambung. Bagi dia kalau terlepas satu, 10 menunggu. Haishh...
Lelaki kacak sukar didekati ! Mindset Momoy dah tertanam hingga berakar ni kata begitu. Mereka memilih perempuan yang cantik-cantik dan sama taraf untuk berdamping. Jangan marah lelaki-lelaki kacak di luar sana. Hoho...
Lelaki kacak high taste ! Okay. Siapa setuju dengan Momoy, angkat mouse?! Dah kacak, berpangkat dan career mantap so memang dikaitkan dengan cita rasa gaya hidup tinggi. Momoy hanya mengagumi saja la. Nak dekat, a big NO NO dengan mereka ini.
Lelaki kacak confuse ! Disebabkan ramai sangat pilihan dan spare part so diaorang ni selalu confuse dalam membuat pilihan. Tidak la Momoy sanggup makan hati nak berebut dengan perempuan-perempuan lain.
Lelaki kacak komited kerja ! Kenapa? Sebab diaorang tak kisah pun hal cinta ni. Muka market so tak perlu risau. Cinta mudah datang menjelma bila-bila masa. Jadi ada segelintir daripada mereka yang terlalu komited kepada kerjaya.
Lastly, lelaki kacak selalu diuji ! Yela kan. Kalau dah encem tu maka godaan pun lebih la pula. Kalau pun diaorang tu setia pada kita. Tapi ada perempaun di luar sana yang menjeling menggoda. Adess... korang sanggup?