NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, February 28, 2011

Wah ! Sebulan sumbat 45,000 !



Salam kawan-kawan. 


Dulu Momoy agak confuse sedikit laa bila ada yang mengatakan yang Malaysia ni negara yang kaya-raya. Sebab Momoy was-was dengan harga barang dan petrol yang selalu naik. Hmm... kalau Malaysia ni kaya, mesti la rakyat tak merungut. 




Tapi sekarang Momoy mengaku. Memang Malaysia ni kaya malah mewah! Ini berikutan dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam yang meluluskan kemasukan 45,000 orang pekerja asing dari India. Hmm... kayanya Malaysia ni. Rakyat sendiri mengemis kat bumi sendiri.




Kemakmuran ekonomi Malaysia menjadi daya tarikan kemasukan pekerja asing. - Gambar hiasan




Pengalaman Momoy 4 tahun yang lepas, sewaktu Momoy menjadi engineer di mana 6 orang pekerja Momoy berasal dari India. Sumpah! Mereka sangat baik kawan-kawan. Kalau nampak Momoy atau bos Momoy dari jauh, diaorang siap berlari sebab nak tolong bawakan beg laptop atau barang-barang kami. Baik betul. Suruh buat apa pun patuh je kawan-kawan. Memang rajin sangat kalau bekerja. Sebab terlampau baik, Momoy selalu buli diaorang minta belikan air bila dahaga. Tapi bagi duit la sebab diaorang betul-betul miskin.




Urm... Kalau korang tanya miskin tahap mana? Kiranya diaorang datang Malaysia ni bawak baju 3 pasang je. Betul-betul daif kehidupan diaorang kat India tu. Tapi umur muda-muda dah kahwin. Dalam 6 orang tu 4 darinya memang hensem habis. Macam hero Bollywood. Selalu jadi mangsa Momoy suruh nyanyi lagu Hindustan sambil jalan masuk plant. Tapi diaorang nyanyi penuh semangat panas-panas terik tu. Haha...




Aiseyy... sambung pasal tahap kemiskinan tu. Memula datang roti 30 sen tu bahagi 6 orang! Gila kesian Momoy tengok. So belanja la diaorang meggi. Tapi diaorang tak reti makan. Adoi laa... Nak tergelak pun ada time tu. Kena buat demo nak tunjukkan cara nak makan meggi. Memang diaorang ni tak tahu nak makan meggi. Sebab waktu rehat asyik makan capati je. Siap ajak makan sama. Tapi minta maaf sangat la. Sedap macam mana pun, tengok tangan bulu berpusing-pusing macam meggi...hilang selera.




Itu cerita bila mereka 6 orang. Tapi bila dah datang geng diaorang satu bas. Hah! Dah naik tocang la. Dah pandai melawan kawan-kawan tahu?! Siap hasut yang lain tu jangan dengar cakap kita selain arahan diaorang. Maknanya kalau kita nak suruh yang lain buat kerja, kita kena cakap pada kepala dulu (6 orang tu la...). Dulu kalau suruh cepat je buat. Bila dah ramai kawan-kawan dia, siap balas lagi arahan kita. Memang tension gila la...




So Momoy memang boleh imagine bila Malaysia sumbat 45,000 orang dalam sebulan untuk memenuhi 13 sektor perniagaan... Hah! Ini belum lagi yang masuh secara tak sah. Maka dalam 3 bulan lagi kita stanby saja la. Nak sumbat 45,000 mungkin akan 2 atau 3 kali ganda dari jumlah tu sebab tertarik dengan cerita dari abang, adik, saudara-mara atau kawan-kawan kerja kat Malaysia ni. Nak baca berita tu korang boleh [klik sini].








Malaysia memang mewah dengan makanan. Makanan kat atas tu, Momoy makan dengan seorang blogger je dengan guna coupon RasaMas. Korang yang nak coupon RasaMas tu boleh [klik sini] sebab Momoy ada banyak lagi. 





Sunday, February 27, 2011

Comelnya HEMPEDU ULAR



Assalamualaikum kawan-kawan.


Seperti kebiasaan kalau officemate Momoy bawa benda-benda yang pelik, Momoy akan share di blog. Momoy pernah cerita dalam entry terdahulu tentang benda pelik ni kalau korang ingat. Kawan-kawan boleh refer entry ni... 








Yayy... sempat lagi snap kat office


First time (semuanya first time bagi Momoy. Haha...) tengok buah ni. Nama buah ni melada pahit. Snap-snap buah melada pahit ni untuk share bersama. Ada juga yang namakan buah ni hempedu ular. Di pantai timur diaorang gelar buah ni nada pahit. Kalau nama saintifiknya pula adalah Brucea amarissina. Korang pernah lihat tak buah melada pahit ni? Kawan Momoy kata buah ni teramat la pahit. Fuh... Nasib baik Momoy tak try. 




Khasiat


Bila Momoy tanya pak cik Google, dia kata pokok melada pahit ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Orang Cina yang paling banyak sekali guna buah melada pahit ni untuk merawat cirit birit. 


Biarpun pahit, buah melada pahit ni banyak khasiatnya. Ada kajian yang dibuat mengatakan buah melada pahit ni dapat mengawal penyakit kencing manis dan darah tinggi. Allah Maha Bijaksana. Buah melada pahit tu kecil je kawan-kawan, tapi khasiat tinggi. 




Comelkan?


Sekarang buah melada pahit ni dijemur dan dikering sehingga la proses menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Kemudian sedia untuk dijual di farmasi. Mungkin cara ni dapat kurangkan sedikit rasa pahit tu. Ini untuk sebagai ubat sakit buasir dan bisul. Tapi Momoy masih tak sanggup lagi nak telan.


Petua orang dahulu pula, diaorang akan gunakan daun melada pahit tu untuk hilangkan bengkak akibat terseliuh atau angin. Caranya dengan menumbuk daun melada pahit tu bersama garam. Kemudian diaorang akan balut kat tempat yang bengkak tersebut. Buat 3 hari baru la hilang sakit tu. Urm... Tak pernah try. Tapi mungkin menjadi. Sebab orang lama makan garam dahulu dari kita. Sedangkan kita makan kentaki. Tak tahu tentang khasiat alam ni. Sekian saja dari Momoy.


Terima kasih sudi membaca.

Simpulan ‘Alice in Wonderland’


Pernah lihat cerita ‘Alice in Wonderland’ ? Cerita tentang Alice (Mia Wasikowska) yang memulakan pengembaraan magical dan musical bersama Johnny Deep sebagai Mad Hatter. Kalau korang perasan simpulan (atau ikatan) berbentuk reben tu sinonim sangat dengan Alice. Apa yang best tentang simpulan Alice ni?


1. Super cute! Korang wajib ada baju simpulan Alice. Paling kurang hair accessories. Lagi besar lagi bagus.


2. 70’s look. Gaya korang hangat dengan gaya 70-an. Paling mudah buat simpulan Alice di pinggang. Cubalah.


3.  Kalau nak trendy, korang gayakan dengan simpulan Alice yang bertatahkan batu, metal atau fabric yang nampak mahal atau gah.


4. Kalau nak funky pula, korang boleh pakai warna pop yang terang-terang. Ni memang kesukaan Momoy nih. Nampak stylo dan cool jer.


5.  Romantic look. Hehe... Korang nampak femimin dan dilihat romantic menjadikan simpulan Alice ni antara yang boleh korang praktikkan. Pilihan warna-warna manis dan soft-focused. 



Bubble mini dress ni antara simpulan Alice kesayangan Momoy

Saturday, February 26, 2011

Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia | Lisa Surihani Tertinggi

Wow... Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia dah keluar dengan Lisa Surihani menduduki senarai teratas. Cayalah Lisa. Suka tengok dia- bijak, cantik dan sopan. Tapi kurang suka cara dia bercakap. Tak smooth. 




Lawa kan Lisa. Cuma skinny jer...



Boyfriend Momoy, Fahrin Ahmad di tangga ke-7. I love u laa Fahrin. Haha... Yang lain-lain korang boleh tengok list kat bawah ni. Ada tak bintang korang yang tersenarai?


  1. Lisa Surihani : 1,245,525
  2. Aznil : 836,976
  3. Scha Alyahya : 831,781
  4. Zizan Raja Lawak : 760,709
  5. Yuna : 699,390
  6. Awal Ashaari : 680,622
  7. Fahrin Ahmad : 643,496
  8. Liyana Jasmay : 617,951
  9. Bunkface : 612,001
  10. Diana Danielle : 596,927
  11. Shaheizy Sam : 579,325
  12. Faizal Tahir : 569,455

Aduii...hensemnya kamu...

Tuesday, February 22, 2011

PERHATIAN : 'Salam' dan 'As-salam' BOLEH digunakan!!



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?


Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.


Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 



Penulisnya menulis: 

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)



فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ


Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)


Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 



Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 




سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)


Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:




وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)



إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.



Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 


الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..


Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,




إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)


“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]



Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?



p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Silakan Tag @ Share.

------------



Nota kaki Momoy:


1. Momoy hanya penyebar maklumat supaya kita khususnya umat Islam tidak terpengaruh dengan isu-isu yang sengaja memsong dan mengelirukan akidah kita.


2. Ada kawan yang menegur Momoy di YM. Momoy selalu gunakan perkataan salam di YM hatta di blog sekali pun. Momoy pernah mengikuti ceramah agama. Tidak ingat ceramah apa. Tapi Ustaz tersebut kata haram JIKA menggunakan askum, akum, wsalam dan Assalamualaikum wbt. Tetapi gunalah SALAM, AS-SALAM, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH.


3. Dah lama juga Momoy mencari artikel kepada jawapan yang mengelirukan umat Islam supaya jangan gunakan perkataan salam ini. Momoy tahu Salam tu bukan benda yang alah malah dituntut oleh ALLAH. Tetapi kurang ilmu agama di dada dan tidak arif untuk membalasnya.  Alhamdulillah. Berjumpa. 


4. Momoy merayu suapaya jangan la percaya kepada benda-benda yang sengaja dibuat untuk menyesat dan mngelirukan umat Islam. Contoh lama dulukononnya lelaki yang bertindik di telinga diharamkan menjadi wali. Adoii laa... Perbuatan tu memang haram tetapi sah jika dia menjadi wali.


5. Akhir sekali, siapa yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini diharapkan bertaubat nasuha. 

Bagaimana Mencari Kasut Baji (Wedges) Yang Sesuai




Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. Sekarang nih Momoy perhatikan ramai sangat yang pakai wedges. Korang mesti suka wedges? Dalam bahasa melayu dipanggil kasut baji. Wedges kasut tinggi yang sangat selesa kerana bertapak rata.




Momoy memang suka kasut. Hmm... biasalah perempuan. Dari dulu lagi wedges memang ada dalam list Momoy selain heels dan gladiator. Platform juga tak terkecuali selain pump dan boot. Banyaknya yang Momoy minat. 


'Kamus kasut'- semua jenis-jenis kasut Momoy tahu dan ada dalam simpanan. Cuma sejak bekerja kat Terengganu ni Momoy dah kurang aktiviti mengumpul dress-dress comel, handbag dan kasut kerana terbatas. Huhu... Satu kasut saja yang Momoy setia sekarang. Safety boots! Erk...




Bagaimana mencari wedges yang sesuai?


Pertama. Bagi Momoy, Momoy akan pilih tali (kadang kala reben) yang melilit di pergelangan kaki. Juga disebut ankle strap. Ini sangat-sangat la comel kalau gayakan dengan dress atau skirt. Hmm... Suka sangat. Tapi korang perlu ingat, tali di pergelangan kaki tu boleh membiaskan diri korang nampak lebih rendah. Jadi petite perlu berhati-hati untuk pilih design jenis ni supaya tak nampak lagi rendah.


Perkara kedua yang Momoy lihat adalah ketinggian wedges. Wedges yang kurang tinggi akan menampakkan yang korang seolah-olah membawa blok batu pada kaki korang. Nampak tak cantik dan ‘berat’ je. Benda ni penting bagi Momoy ketika memilih wedges. Tapi tak ramai yang pertimbangkan kerana tidak tahu.


Selain itu, Momoy akan perhatikan juga material yang digunakan. Sebaik-baiknya pilih material yang nampak ringan! Pembuatan wedges yang kemas dan teliti juga penting. Ini untuk menggelakkan wedges yang digayakan nampak macam murah. Bagi Momoy biar harga murah tapi bila pakai nampak cantik dan macam mahal jer.


Kalau korang jenis yang lasak, cuba elakkan pengalas wedges tu daripada jenis fabric. Sebabnya fabric ni cepat bertukar kaler. Nanti nampak comot semacam dengan alas yang bertukar hitam. Eee...


Design dan kaler wedges terpulang pada pilihan hati masing-masing. Momoy? Momoy suka yang simple tapi dengan pilihan warna-warna yang terang. 



Momoy jatuh cinta pada yellow wedges ni ^^

Credit pictures to Google





Buntu setiap kali...



Picture- Google



Pernah tak korang alami masalah begini? Rasa buntu setiap kali tiba hari-hari istimewa. Contohnya hari anniversary, birthday kawan-kawan atau family, hari ibu, konvo dan macam-macam. Ni la masalah Momoy sekarang. Birthday sahabat Momoy makin dekat ni. Apa yang patut Momoy bagi? Selain dari hadiah yang biasa-biasa diberi orang. Jam, coklat, bunga, belanja makan, card dan perfume selalu sangat Momoy bagi (tapi ikut budget juga la kan).


Tak semestinya barang tu mahal. Tapi Momoy amat mengharapkan yang apabila dia pandang pemberian Momoy tu, dia akan teringat pada Momoy. Nak juga benda yang boleh dia guna selalu, baru berbaloi rasanya. Korang boleh suggest tak? Apa benda yang kawan-kawan selalu bagi? Momoy benar-benar buntu ni. FYI, kawan Momoy nih perempuan berumur awal 20-an. Tolong ye... Terima kasih. Sayang korang semua.


Sunday, February 20, 2011

Coupon makan-makan untuk korang






Korang pernah lihat coupon RasaMas ni kan? Ralat sikit. Sebenarnya ni coupon RasaMas dan bukan Ayamas yer. Maaf. Momoy tak teliti. Berbalik pada coupon ni, ada Momoy cerita pasal benda ni. Even sebab satu ayat jer dalam entry tu tapi ramai yang bagi feedback dan email. Hoho... nampaknya korang pun macam Momoy yer. Suka benda free. Baik ngaku. Ngee ^^ Oh. Yang belum tahu tentang coupon buy 1 free 1 ni boleh baca entry [Internet | Cuti].








Tengok gambar atas tu. Sebenarnya hidangan tu untuk 4 orang makan tapi dimakan oleh 2 orang je. Gila tamak. Haha... Pastu mula la kenyang macam ular. Melepak lama-lama kat cafe tu sebab dah tak boleh gerak. haha...




Urm... Coupon tu dah bahagi kepada kawan-kawan dan blogger juga. Masih ada banyak lagi coupon makan-makan tu. Macam mana nak dapatkan coupon tu? Korang boleh [klik sini]. Korang dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan GA tu yer. Terima kasih.




Untuk menggalakkan korang jangan malu-malu so Momoy nak tag dulu kepada:

:: alea sara ::
:: de mois ::
:: keen :: 

Dan korang-korang yang lain
 [klik sini]

Friday, February 18, 2011

100 Blogger Diperlukan!



Assalamualaikum rakan-rakan blogger.



Saudara yiedpoz sedang mencari 100 orang blogger untuk disenarai di
dalam widget terbarunya iaitu yiedpoz blogwalking widget.




Nak join? Ada beberapa syarat antaranya:
Sila pastikan blog anda tidak mempunyai widget lagu dan widget Widgeo!
Walaupun dah lebih 100 orang yang join, anda masih berpeluang untuk join...
Maklumat dan syarat lain korang boleh [klik sini]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!