NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, November 23, 2010

Berangan a.k.a Chestnut

Time duk tengah bekerja dengan rajinnyer (sebenarnya melepak) kat office, tiba2 jer bos Momoy bagi satu plastik yang Momoy pun x tau benda aper. Kata officemate Momoy, "Tu la buah berangan. Apa daa..." Oooo...Minta maaf la kalau korang rasa boring biler baca entry nih tp nih experience baru bagi diri Momoy. Macam datang dari planet lain jer. Hoho... 


Tapi memang betul. Itu laa sebenarnyer kali pertama Momoy tengok dan makan buah tu. Err...apakah??? Memula cam x lalu nak makan sebab tengok buah tu macam x kiut jer. Kulit keras dan confuse nak mamam cam ane. Pas officemate tunjuk cara2 nak buka kulit so Momoy pun try. Rupanya amat susah jugak nak buka. Buah berangan tu besar tapi Momoy dapay makan isi ciput giler. Adoi...tension betul. isi yang lain suma jadi habuan en. tong. Nie suma sebab x reti buka buah berangan tu, abes jari2 tangan. Tapi pas try x dinafikan rasa mmg sedap. Oh oh... separuh plastik tu telah dibelasah oleh Momoy jer. Haha... Ampunkan beta sahabat2 ku...




Pas mamam Momoy pun tanya la pakcik Goggle. Rupanyer macam suma orang kenal aper tu buah berangan a.k.a chestnut nih. Momoy sorang je yang x tau. Hee... Rugi plak kalau experience julung2 pertama kali tu buah dibuang macam tu jer. So Momoy add sket info untuk share ngan korang =.= 


Asal usul buah berangan


Buah berangan nih banyak ditanam di kebanyakan tempat di seluruh China, antaranya yang paling banyak termasuklah kawasan di provinsi Hebei dan Shandong. Buah berangan yang dihasilkan di Tai'an, Shandong amat terkenal kerana rasanya manis dan sedap. Buah berangan di Shandong dijadikan "makanan khusus untuk maharaja" sejak dulu kala lagi, iaitu sejak zaman Dinasti Jin dan Dinasti Yuan dalam sejarah China. Sekarang, jumlah eksportnya mencapai lebih seratus juta kilogram pada setiap tahun.


Khasiat buah berangan


Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan..yang mana lebih rendah dari kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering ( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.


Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. 


Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.


Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan. Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.


Buah Berangan ( mentah,berkupas )
Nilai nutrisi setiap 100g (3.5oz)
Tenaga = 820kJ (200kcal)
Karbohidrat = 44g
Gula = 11g
Lemak = 1.3g
Protein = 1.6g
Vitamin C = 40mg (67%)
Zat Besi = 0.94mg (8%)
Potassium = 484mg (10%)


Peratusan adalah berdasarkan nilai pemakanan USDA bagi orang dewasa.


Sumber: http://buahberangan.weebly.com/nutrisi.html


P/s : Suka berangan. 
2 Comments
Comments

2 tukang comment:

Unknown said...

saya suka!

Aujinz said...

dulu kat kampung ade pokok buah berangan nie..
best woo men kutip kutip bila dia gugur..

siap berebut lagi sape paling banyak..

koh koh koh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!