PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.
Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.
Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.
"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya.
Nie ler patung yang dijual tue... |
Well...patung lebih kurang anime nie memang kiut tapi sangat2 la x senonoh. Benda macam nie la yang merosakkan fikiran org. Tambah parah kalau ader plak passenger dia budak2 kecik. Adeh... Yang peniaga nie pun satu, fikir nak untung jer. Hampeh ! Yang peliknyer... xde plak orang2 kat Perlis tu yang g buat report. Macam menghalalkan jer...
Credit to FAIZAL NAZARUDDIN, reporter KOSMO nie yang buat issue pasal nie. Orang kadang nampak benda nih macam remeh tapi yang remeh-temeh nih la sebenarnya penyumbang ke arah benda yang x best !
P/s: Takut ramai plak yang ke Perlis g cari benda nie. hehe...