NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, November 21, 2010

Zulhijjah

Sedar x sedar kiter dah masuk bulan terakhir dalam calendar Islam iaitu bulan Zulhijjah. Momoy rasa adalah lebih baik Momoy citer sket pasal bulan Zulhijjah nih dan amalan-amalan utama sebagai pengetahuan untuk kiter share bersama-sama. 

Bulan Zulhijjah nie merupakan bulan dimana umat Islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji.  Simbol yang paling nampak jelas sekali ialah biler umat Islam serata dunia bersama2 berkumpul menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. Banyak kelebihan pada bulan Zulhijjah nie terutamanya pada 10 hari awal Zulhijjah. Bulan Zulhijjah nie juga adalah peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.



Amalan-amalan utama pada Zulhijjah

Ketika bulan Zulhijjah nih, kiter banyak dianjurkan dengan amalan2 yang baik. Antaranyer ialah:
  1. Berzikir. Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
  2. Berpuasa : Bagi yang x menunaikan Haji di Mekah, kiter sebenarnyer digalakkan berpuasa dari 1-9 Zulhijjah. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Kelebihan berpuasa time 9 Arafah nie ialah ia menghapuskan dosa yang lepas2 dan tahun kemudiannyer.
  3. Selain tu, kiter juga digalakkan dengan melakukan amalan baik yang lain such as bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain.
  4. Menjauhi maksiat dengan bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada segala kejahatan.
  5. Bertakbir. Takbir (Allahu Akbar). Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah
  6. Melakukan sembelihan korban. Amalan korban denagn menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ini sebagai menginagti ketaatan Nabi Ibrahim yang menurut perinta ALLAH Ta’ala supaya menyembelih anaknyer, Ismail yang akhirnya digantikan dengan seekor haiwan untuk disembelih.
  7. Solat hari raya. Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan Menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
  8. Bagi korang yang buat korban adalah dilarang potong kuku dan rambut sampai ler telah selesai korban. Tapi x pe jika sekadar basuh dan gosok2 kepala then rambut tu terjatuh beberapa helai.
Itu antara2 amalan bulan Zulhijjah. Sama-sama la kiter menghayati bulan Zulhijjah nie. Kesempatan nie Momoy nak ucapakan ‘Salam Awal Zulhijjah dan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’

Info-info tentang Zulhijjah nie Momoy rujuk pada www.zaharuddin.net, www.iluvislam.com dan www.mufti.islam.gov.my/terengganu/
0 Comments
Comments

0 tukang comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!