NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, November 30, 2010

TAG : Soalan Cepu Emas



Oppss... di TAG lagi oleh Prince Kais
Thanks prince...Tanpa buang masa korang jom baca aper yang dia TAG dan jawapan yang Momoy bagi...

       
 1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?
HOT ?? Memang Momoy HOT sebab keje Momoy memang tengah panas jer... Haha...

2. Update wallpaper yang anda guna skrg?
Okay... Nie wallpaper momoy sekarang dari FB 


Biasa jer...


 3. Cerita psal gmbr nie...
Time nih ngah try baju - dalam fitting room PADINI kat JB. 
Haha... sempat lagi...

4. kali terakhir mkn piza...

Urmm...3 bulan lepas kot...
Tu pun member yang banjer... Momoy kurang pizza. Love Domino

5. Lagu terakhir anda dgr...
Sampai Syurga by Faizal Tahir

6. ape yang anda buat selain selaikan tag ini??

Fikir nak TAG ke sape plak =) Ngee~~

7. selain nma sndri anda d pggil ngan nma ape??
Emy, Amy Cheng, Momoy dan....
 Budak Cute (errr...yang nie rekaan sendiri. Hoho...)

8. tag ag 5 org...
Dah agak dah...hehe...
Ok. Mereka yang bertuah tu adalah...


Selesai sudah tag mentag nih...

9. Siapa org no 1 dgn anda?
Dulu member maya YM yang terjumpa time Momoy patah kaki

10. katakan sesuatu kpda org no 5...
Dear...Momoy suka header awak...

11. no 3 ade hbgn ngan sape??
Ngan mak ayah dia... Heheh...

12. bagaimna pula ngan no 2??
Adoi...banyaknyer tanya... Ntah ler...x pernah tanya

13. kata2 cinta kpda org no 4..
Kata-kata cinta ?? Dia pangkat adik laaa...

14. beriakan 4 fakta yang anda thu tntng org kamu tag...
Hyde - suka sangat balik keje lewat ^^
cikgufiq - kompem nih seorang cikgu =.=
annlucky - blogger baru Momoy (x_O)
Nurul Farid - sangat2 rajin BW (T_T)
farah - follower Momoy yang sweet O.o


Yayy... selesai sudah

KATAK PURU boleh dimakan ???

Salam...


Korang tahu x ader sejenis spesis katak puru yang boleh dimakan... Bagi sape2 yang x kenal katak puru lihat gambar kat bawah ni yer...



Gemuk betul katak nie... macam sedap jer rasa...Haha...


Haha...korang lalu x nak makan ? Tapi sebenarnyer bukan katak puru yang tu boleh dimakan. Tapi kalau nak makan jugak lantak korang ler...


Tapi yang Momoy nak citer nih adalah katak puru yang nie..


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Tadaa....


Aper nih ??? Korang pernah tengok x ? Momoy pun baru jer tengok nih...Haha... Macam2 makanan pelik yang Momoy jumpa biler keje kat sini. Sambung citer...


Untuk pengetahuan korang itu la buah katak puru. Apsal nama dia katak puru... Korang tengok jela bentuk fizikal buah tu. Nie ader close up buah tue...








Korang nak tau rasanyer macam mana ? Rasa buah katak puru nih masam-masam berlemak... Caya la... Betul la orang kata jangan pandang luaran jer... 











Officemate Momoy kata lagi buah nih banyak khasiat. Salah satunyer minum air rebusan daun buah katak puru kalau ader sape2 yang rasa sakit atau susah time buang air kecik dan boleh mengurangkan darah tinggi. Hebat kan ciptaan ALLAH nie. Yang tu je yang member Momoy cakap. Khasiat lain korang rajin2 laa Google yer...

Momoy, kenangan dan dot dot dot

Hari ini pukul 12 malam, Momoy lapar. Momoy tukar baju, keluar sambil melilau-lilau mata mencari sesuatu. Hah ! Dah jumpa… kat sana. Memang itu laa tempatnya.

Benda tu dibungkus 2 lapis… Momoy buka dengan berhati-hati. Gigit perlahan-lahan. Kunyah dan telan. Ya. Rasa ini lah. Ini laa rasanya. Korang tahu x ni lah rasa yang buat Momoy rindu sangat time zaman study dulu. Rasa yang x akan ada kat burger lain yang Momoy beli kat tempat ada air-con…. McD atau Burger King - Yang harganya boleh dapat satu set makan tengah hari. Seriously x ader ! Burger nih special sgt. Burger tepi jalan…




Citer Momoy pasal pasal burger nie… Korang tahu kenangan tu tiba-tiba jer dtg biler Momoy ngap burger tu. Sumpah ! Sebabnyer, itulah makanan kamiorang biler stay up untuk study sampai pagi, main game, ber YM dengan housemate sebelah bilik atau tgk movie ngan kengkawan. Rindu betul.

Entah ke mana si Wada dan BF nyer. Aper cerita si Ratu Ellyn, si Camell yang cute macam budak Jepun tu, si Mode dan Along yang selalu Momoy study group sama2 dulu. Si Nuar yang mulut laser tapi baik hati. Si Riny dan mamanyer... Oh oh… ke mana kah semua orang ? Sudah kawen kah ? Sudah ada anak kah ? Sudah bergelar Engineer berjaya kah ?

Abes makan bungkusan plastic tu Momoy buang. Momoy senyum. Puas. Dalam hati nih masih tersimpan segala rasa zaman kami bersama. Momoy, burger dan kenangan… semua itu bercantum menjadi satu. 


Selingan... Kata kawan Momoy,"Dok pahang la mu nih. Beger pung nok buat entry ker?". Momoy jawab," ko aper tahu sejarah. Hehe..."


P/s : Giler kentang blogging sekarang. Well...

Monday, November 29, 2010

JOB VACANCIES [Banyak JAWATAN KOSONG] di UKM

Salam para blogger budiman...


Sekali lagi Momoy nak share kerja-kerja kosong pada korang yang masih mencari kerja. Dulu Momoy ader kuarkan entry job vacancies nih juga tapi di UMK. Tapi nih jawatan kosong kat UKM. Sape-sape yang berminat leh la apply. Sebarkan juga pada kawan-kawan korang yer... 




Oh ya... luper plak nak bagitahu close date nyer pada 15 Disember 2010. Cepat hantar resume korang...



PHARMACIST
(UKMSC, 7th Floor UKM Medical Centre, Cheras)

Jobs Requirements:
- Degree in Pharmacy
- Minimum 3-5 years experience in hospital pharmacy
- Able to lead the team and work under pressure with minimum supervision
- Applicants must be Malaysian citizens


RETAIL PHARMACIST
(Farmasi UKMK, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi)

Jobs Requirements:
- Degree in Pharmacy
- Minimum 2 years experience in retail pharmacy
- Able to lead the team and work under pressure with minimum supervision
- Applicants must be Malaysian citizens


SENIOR EXECUTIVE HUMAN RESOURCE AND ADMINISTRATION

Jobs Requirements:
- Degree/Higher Diploma or Diploma in Human Resource, Management and Business Administration
- Minimum 4-6 years experience and exposure in Human Resource functions
- Good command of Bahasa Malaysia and English
- Good knowledge of Malaysia Labour Laws and other Statutory Acts
- Highly organized, meticulous and able to handle multiple tasks 


SENIOR EXECUTIVE BUSINESS DEVELOPMENT & MARKETING

Jobs Requirements:
- Degree in Marketing / Business Management
- Minimum 3-5 years experience in Business Development & Marketing
- Familiarity in hospital environment is an advantage
- Excellent oral & written communication skill
- Good conceptual thinking and strategic insight
- Able to work independently and willing to work long hours 


LAB EXECUTIVE
(UKMK MediLabs, Jabatan Anatomi, Kampus KL)

Jobs Requirements:
- Diploma in Science or related discipline
- Minimum 3 years experience in lab works (preferably in Anatomy)
- Able to work independently and willing to work long hours
- Highly interested in Anatomy work
- Good command of Bahasa Malaysia and English 


CHES EXECUTIVE

Jobs Requirements:
- Diploma/ Degree in Mass Communication / Management or related discipline
- Minimum 2-4 years experience in event management or related field
- Excellent command of Bahasa Malaysia and English
- Able to work independently and willing to work long hours
- Excellent organizational skill and able to multitask efficiently
- Competency in IT & Website management


PERSONAL ASSISTANT TO CEO / SECRETARY

Jobs Requirements:
- Diploma in Secretarial/ Business Studies/ Administration/ Management
- Minimum 1-2 years of working experience in related field is required for this position
- Excellent command in both Bahasa Malaysia and English
- Good flair in written correspondence both in Bahasa Malaysia and English


REGISTRATION / FRONT DESK CLERK 
(UKMSC, 7th Floor UKM Medical Centre, Cheras)

Jobs Requirements:
- Minimum SPM / Diploma in Business Studies/ Administration/ Management
- Minimum 2 years of working experience in hospitality
- Pleasant personality
- Good communication and interpersonal skills


Kalau nak apply korang hantar cv, qualification, experience, gaji yang korang sekarang dan gaji yang korang expect, contack number dan gambar terkini korang (n.r).


Hantar detailed cv/ resume korang tu kat sini:


UKM Kesihatan 
Human Resources Department
7 th Floor, Clinical Block UKM Medical Centre,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras Kuala Lumpur

Sunday, November 28, 2010

Mood hari ini…

Petang itu, sambil minum petang ngan officemate Momoy, kuarlah kata-kata salah seorang yang boleh menyentap hati, jantung dan limpa Momoy. Keinginan Momoy nak minum tea o ngan keropok lekor sedikit terusik. “Biler lagi?”, kata si A. Momoy terdiam. “Yela…mu nih bukan muda lagi pung”, balas plak si B. Dan yang lain plak menyambut, “Memilih la nih”. Cerita minum petang tu terhenti di sini sahaja.



Malam tu, yang sebenarnya adalah sekarang… Momoy cuba mentafsir maksud kata-kata officemate Momoy. Yer, betul. Usia Momoy bukan semakin beranjak ke belakang – semuda zaman sekolah atau zaman universiti dulu. Yang kadang kala buat Momoy berkeinginan untuk mengumpul dan mengikat kesemua budak-budak muda dan comey2 di luar sana tu kat tiang signboard tepi jalan. Huh ! Kalau lah…

Berbalik kisah, Momoy mengahadap screen laptop yang banyak teman Momoy selama nie. Peneman sewaktu study… peneman gossip di YM… juga peneman Momoy menonton movie-movie dan cerita2 banyak kaler! Tapi… arghh… otak terus-terusan memikir kata2 officemate siang tadi. Ceh ! Tahukah diaorang yang kata-kata diaorang telah menganggu mood Momoy untuk blogwalking? Menjelajah dan membaca entry2 menarik kawan-kawan maya Momoy. Tahukah diaorang ???

Pandang screen lagi… tapi Momoy tetap x nampak apa2. Momoy geleng kepala. Dasyat penangan hari nih. Yer kawan-kawan maya Momoy… sebelum korang menangguk-angguk kepala dan terus setuju ngan kata-kata officemate Momoy tu. Hold dulu. Sebab apa? Dengar dulu… Jangan jatuh hukuman lagi pada Momoy. Tidak adil dan sgt2 tidak adil korang tahu x.

Mood bertukar2. Cukup la. Momoy berbisik. Terus Momoy klik perkataan ‘PUBLISHED’. Selesai. The End kata orang Melayu dan tamat kata omputih. =P Momoy termenung lagi. Hah ! Ada lagi yang ganggu fikiran Momoy sekarang ni. Hmm.. jari2 Momoy yang kiut nih dah letih… urat medulla oblongata plak hampir putus memikirkan apakah entry baru untuk hari ni. Tapi kenapa tiada komen ?

Hah kenapa ?!  Dah baca posting ni korang x paham2 lagi nak tinggalkan komen. Cepat komen entry nih. =.=  Jangan mara kawan2. Hehe…

P/s : Akukah yang bernama Momoy ? Muahaha…. 

PENTING - Kod babi pada makanan

Time ngah blogwalking Momoy terjumpa satu artikel nih yang sgt2 penting bg umat Islam. So kebenaran dah minta dr ustazah tersebut untuk share bersama korang. Credit to kerana cinta. Korang baca la even panjang sket yer. Penting nih...
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & amp; Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.


Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 .


Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orang tersebut menjawab, “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”


Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin di dunia.


Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi.  Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lain.  Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.


Yang menjadi pertanyaan sekarang; Di manakah lemak-lemak babi tersebut? 
 Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.


Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan.  


Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan. Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.


Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. 


Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.


Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan.  Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).


Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya. Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak.  


Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam. Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.


Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.


Gambar hiasan jer...


Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.


Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini.  Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.



E100curcumin pewarna kuning selalunya dari sumber tumbuhan iaitu kunyit.
E110sunset yellow fcf; orange yellow fcf – banyak digunakan dlm produk mkanan
E120chochineal, carminic acid, carmines – x pasti warna apa rasanya merah..
E 140 chlorophylls and chlorophyllins warna hijau
E141 Copper complexes of chlorophyll and chloropyllins – pewarna
E153vegetable carbon – pewarna
E210 benzoic acid sejenis pengawet terdapat dalam kicap, sos sirap, sardin dll
E213calcium benzoate sejenis pengawet jg dalam bentuk garam
E214Ethyl p-hydroxybenzoate – pengawet
E216 Propyl p-hydroxybenzoate – pengawet
E234Nisin – pengawet
E252Potassium nitrate – pengawet
E270 lactic acid
E280 Propionic acid pengawet yang diltk dalam roti.. mostly semua roti ada..
E325 sodium lactate
E326 Potassium lactate
E327Calcium lactate
E334Tartaric acid (L-(+))
E335Sodium tartarate
E336 - Potassium tartarate
E337 - Sodium potassium tartarate
E422Glycerol
E430
E431Polyoxyethylene (40) sterate
E432Polysorbate 20
E433 Polysorbate 80
E434Polysorbate 40
E435 Polysorbate 60
E436 Polysorbate 65
E440Pectins – pemekat yang digunakan dalam jem
E470a Sodium, potassium and calcium salt of fatty acids
E470b Magnesium salt of fatty acids
E471Mono-diglycerides of fatty acid

Menjadi tanggung jawab kiter semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara2 kiter.


Yang ni dulu maklumat yag dapat dikongsi… korang2 mgkin boleh search internet lg sumber pula sama ada dari haiwan atau pun tumbuhan… kadang2 ada bahan tersebut yang boleh derived dari kedua2 sumber. jd rasanya kod yg tertera dibungkusan dan mendapat sijil halal jakim diperoleh dari sumber tumbuhan.. sama2 kita berkongsi ilmu.. dan sama2 kita menegakkan yg hak…..


P/s: Aper yg kiter mamam itu laa yg jd darah kiter...keturunan kiter...AWAS !

Saturday, November 27, 2010

Turn me Kawaii ! – What thing ?

Adakah eyelashes korang pendek, skimpy lashes atau x berapa lebat ? Eyelashes adalah asset penting untuk korang nampak fabulous. Fungsi eyelashes nih bukan hanya sebagai filter untuk habuk atau debu tetapi juga berfungsi sebagai frame untuk mata korang. Bagi korang yang suka ulzzang look, x dapat tidak korang memang ler perlukan mata yang luas, brighten dan besar. Selain dari circle lenses, fake eyelashes juga membantu. X kira seberapa banyak make up yang korang pakai, x de aper yang berbeza sgt pada wajah korang jika mata korang thick eyelashes.

Sekarang nih fake eyelashes adalah more natural looking biler korang tahu macam mana nak apply fake eyelashes nih. Ada berbagai jenis brands pilihan dan beberapa jenis lashes (full set, clumps atau individual lashes). Kepelbagaian pilihan nih untuk memudahkan kiter nak apply dan untuk achieve the look yang korang nak create.




Full sets adalah jenis yang paling mudah sekali nak apply. Dan jenis individual lashes adalah jenis yang paling susah sket nak apply (memerlukan kepakaran – tangan mesti steady). Biler kali pertama korang belajar mcm mana nak apply fake eyelashes nih, korang mestilah practice several times, dan try ler pakai kat rumah dulu before korang decide nak pakai kat luar rumah yer. 


Pengalaman Momoy sendiri biler mula2 try fake eyelashes nih mmg la susah…isk2…asyik hujung x nak lekat jer. Hampir give up. Tapi biler tengok model dalam Cawaii (Japan magazine) cute jer pakai so Momoy try jugak. Dan akhirnyer berjaya. Yayy !! Sebab banyak sgt pilihan kat luar tu, Momoy lebih suka brand Cyber Color,  Bloop, Kiss Me, Korean Dolly Eyes  =)  in love….in love… Tip dari Momoy: Nak pakai fake eyelashes ? X de tip yang korang cuma perlu buat ialah practice, practice and more practice. Hehe... Jom try sekarang...


Picture edited dari profile pic - nie jer picca yang show off applying fake eyelashes

Budak 7 tahun belanja RM1,235 main Facebook !!

BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah £250 (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.

Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.


Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.
"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew. 
Sumber dari KOSMO.
Aiseyy...mau pengsan biler Momoy baca news nih. Biler tgk adik yang sangat comey tu, Momoy leh imagine dia main2 beli baju2 dan furniture untuk pet yang dia bela dalam pesbuk tu... so cute but idung berdarah ler mak bapak dia nak membayarnyer. x pasal2 jer...hee... Kawan2 Momoy pun ader gak macam tu biler main poker kat pesbuk tu. Beli cip guna credit card sampai beratus riban. Tapi kes kawan2 nih, d'all mmg sengaja tp kes adik cute nih ??? Erkk...

P/s : Makin bertambah ler harta si Mark Zuckerberg tue...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!