Assalamualaikum kawan-kawan.
Momoy terjumpa blog menarik di Imran Shamsir. Blog ilmiah yang mengajar cara-cara membaca Al-Quran dan pengetahuan lain. Salah satu artikel yang menarik hati Momoy adalah cara untuk kita mengenalpasti muka surat setiap awal juzuk Al-Quran. Macam mana? Dengan hanya menggunakan formula ringkas:
( x - 1 ) 2+2
x= juzuk yang hendak dicari mukasuratnya.
Bagaimana nak guna formula tersebut?
Juzuk yang hendak dicari mukasuratnya, korang tolak dengan angka 1. Hasil jumlah tersebut korang darab dengan angka 2. hasil jawapan hendaklah ditambah dengan angka 2 pada hujungnya.
Contoh 1
Untuk cari muka surat ke berapa bagi juzuk 6. Cara kira:
6 – 1 = 5
5 x 2 = 10
10 ditambah angka 2 dihujungnya = 102
Contoh 2
Untuk cari muka surat bagi juzuk 30. Cara kira::
30 – 1 = 29
29 x 2 = 58
58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582
NOTE:
Kaedah pengiraan ini hanya sesuai pada Al-Quran
Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital.
Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah 'al-Quran Majeed' adalah berlainan.
Di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzuk mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.