Resume yang bagus dan pengalaman kerja yang hebat belum tentu menjamin yang korang akan mendapat kekosongan kerja tersebut. Percaya tak kalau Momoy kata macam tu?
Tips: Jika korang kenal mana-mana cable besar dalam company yang korang nak apply tu, adalah lebih baik korang direct bagi resume korang padanya. Lagi pun bahagian sumber lebih mementingkan cable daripada resume korang. Maka, kalau kenal cable besar-besar dalam company tu adalah baik korang tulis dalam resume korang sebagai reference. Tapi Momoy tak pernah guna lagi cara ni sebab suka usaha sendiri. Ada kepuasan.
Professional
Picture -Google |
Sekiranya korang graduate pada tahun 60an atau 70an (atau sebelumnya) lebih baik korang tidak meletak tarikh graduate korang. Tips: Fokuskan resume korang lebih pada pengalaman bekerja korang. Bagaimana untuk menulis pengalaman kerja korang supaya nampak 'mahal'? Korang boleh baca entry ini [RESUME | Benda Yang Orang Jarang Buat Ketika Menulis Resume]
Ramai yang percaya bahawa pihak pengurusan akan membaca cover letter/ application letter tapi sebenarnya tidak! Tetapi Momoy tetap beranggapan memberi resume lengkap dengan cover letter nampak lebih 'cantik' dan profesional (biarpun mereka tidak membacanya). Bagaimana menulis cover letter yang menarik? Korang boleh Google, di situ banyak contoh-contoh cover letter.
Banyak tips memberitahu resume yang baik adalah 2 helai sahaja. So, korang pun menulis resume dengan menggunakan front yang terlalu kecil sebab nak memuatkan segala maklumat. Tahukah korang yang bahagian sumber manusia tidak akan membacanya. Tips: Elakkan dari menggunakan front yang kurang dari 11 point. Susun maklumat dengan kemas supaya tidak banyak helaian. 1 atau 2 helai sudah memadai.
Tetapi helaian resume juga mungkin lebih, bergantung kepada jenis jawatan yang dipohon, industri atau jenis bidang dan pengalaman kerja korang.