Salam kawan-kawan tersayang.
Buka blog dan terkejut tengok komen di entry semalam [Cerita tentang.... (kalau korang nak tahu laa...)]. Sebabnya Momoy jarang dapat komen banyak-banyak macam tu. Mungkin tak banyak bagi korang, tapi banyak bagi Momoy yang tak punya masa nak jaga blog kesayangan Momoy tu. Rupanya ramai juga yang nak dengar cerita Momoy tu. Uhuk... korang memang buat Momoy terharu. Terima kasih korang yang sudi komen juga pada silent readers. Really appreciate =) Oh ya. Yang tak baca lagi boleh [klik sini]
Momoy minta maaf jika dah lama tak blogwalking. Momoy cuba visit blog korang dan membaca entry juga komen jika menarik hati Momoy. Korang tetap di hati Momoy. Momoy akan ziarah korang stage by stage (biarpun silent reader).
Disebabkan kesibukan melampau, akhirnya Momoy ambil tindakan drastik. Keputusan yang Momoy sendiri tak jangka. Selamat tinggal semua... Jangan lupakan Momoy selepas ini. Momoy sayang pada korang semua.
KL... tunggu Momoy. Dah lama tak balik umah ni. Gila busy. (Picture-Google) |