NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, September 6, 2011

TIPS TEMUDUGA | Cara Melabur Untuk Pakaian




Entry kali ni saja Momoy nak bercerita tentang investment bagi pakaian untuk interview. Bagi adik-adik yang akan bekerja bila tamat belajar nanti memang wajib baca yer. Ambil perhatian, Momoy hanya sentuh mengenai investment untuk interview dan bukannya pakaian apa yang sesuai untuk interview ye.




Pastinya korang akan menghadiri temuduga selepas resume korang lulus. Untuk tips resume korang boleh klik: 




Tahniah bagi yang berjaya. Pada waktu tu, Momoy tahu korang perlukan pakaian yang sesuai. Paling baik baju untuk interview mestilah yang berkualiti tapi manalah ada wang yang mencukupi kan. Takkan nak berhabis untuk pakaian sedangkan korang pergi interview untuk cari wang. Bagaimana caranya? Momoy ada tips untuk korang. Bacalah.



Picture source



Momoy suggest korang asingkan RM 50 bagi setiap satu semester. Cuma RM 50 per semester dan bukan RM 50 sebulan. Tak berat kan kawan-kawan? Jika korang diploma, 6 semester dan tentunya sudah ada RM 300. Jika degree, 10 semester pastinya RM 500 berjaya dikumpul. Nilai yang ada sudah cukup buat belanja korang interview nanti.




Okay. Jangan salah faham. Bukan maksud Momoy habiskan kesemua RM 500 beli baju untuk interview. Tapi sekurang-kurangnya korang melabur untuk mendapatkan sepasang pakaian untuk temuduga. Dan tak rugi pun sebab boleh pakai berulang kali.




Bagi lelaki, kemeja lengan panjang harga RM 50, seluar slack panjang RM 100, tali leher sepadan RM 30 serta kasut kulit RM 100. Stokin RM 20. Total pakaian RM 300. Baki ada lagi RM 200.




Bagi wanita pula, mungkin lebih sedikit bagi sepasang baju kurung RM 200. Jika korang mengenakan suit, kemeja lengan panjang RM 50, seluar slack panjang atau skirt RM 100. Kasut tumit bertutup penuh RM 100 bagi jenis PVC jika tak mampu beli yang kulit. Total pakaian lebih kurang RM 300. Baki RM 200.




Itu lah kegunaan RM 50 yang korang simpan bagi setiap semester tu. Lebihan baki RM 200 tu untuk menampung keperluan korang mencetak (print) resume dan cover letter korang, photostat sijil-sijil dan untuk tambang pergi-balik interview tu nanti. Semua tu perlukan wang. So korang rasa perlu tak invest duit untuk pakaian temuduga? Jadi tunggu apa lagi, invest duit korang untuk hari temuduga tu nanti sekarang.




P/S: Harap tips ringkas Momoy ni berguna untuk korang.


9 Comments
Comments

9 tukang comment:

EnciK AxixOu said...

penting 2..

odahonebizz said...

bagus gak ek MOMOY smpn duit sikit2 nnti xlah smpi time nak g intebiu pnjm baju mber2 mcm odah...hoho...naseb baek dpt keje tu...bsr jasa org yg bg pnjm baju tu

caliph shuriken said...

nice tips ^^

Falling . said...

wahhh x t'pk pon slama ni.. tengs ye~~

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ EnciK AxixOu
ye benda penting .
baju g interview kena titik beratkan juga

@ Odah + One = OdahOne
dulu momoy tak pernah nak pk hal tu
sampaila masa nak interview
pk mana nak cekau duit

@ caliph shuriken
thx u dear ^^

@cik gugu
sama-sama
ikhtibar dr pengalaman dulu

Mia Liana said...

penting sangat tu.... :) imej kena jaga...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Mia Liana
betul tu sis
tapi momoy kerja ni interview pakai t-shirt ngan jeans koyak kat lutut
CEO plak tu yang interview
susah nak masuk company tu tapi dapat plak momoy
rezeki.

@Wanita2u.
yer sis
hadiah best tapi kena buat sticky post lama sgt. x berapa suka syarat tu. thx sudi jemput join GA

Efa Nur said...

nice..thanx sharing :)

tips yg sgt berguna.. ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

@efa nur
sama-sama dear efa
thx juga sebab sudi baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!