Salam kawan-kawan.
Pernah dengar tentang f-cup cookies?
Momoy memang dah lama nak cuba f-cup cookies sejak dua tahun lepas lagi. Tapi sebab harganya mahal so Momoy tunggu begitu lama untuk lihat ia berkesan atau tidak. Selepas buat sedikit rujukan dan review, ramai yang beri komen yang positif.
Dan inilah dua kotak pertama yang Momoy beli. Sebab ramai yang kata dua kotak dah boleh nampak kesannya.
|
Mesti kawan-kawan tertanya-tanya mengapa kotak f-cup cookies Momoy berwarna putih. Bagi yang beli di Malaysia sama ada di Sasa atau import dari Jepun, packaging memang berwarna pink. F-cup cookies Momoy ini direct import dari Jepun. Currently di Jepun, hanya 14 keping sekotak (dan bukannya 30 keping) yang dijual dan packaging nya adalah berwarna putih. Boleh refer [F-cup Series Japan Official Site] |
Sekotak ni bertahan selama 1 minggu.
Yeah. Oleh kerana Momoy ni chocolate lover, maka haruslah Momoy memilih perisa coklat =)
Harga f-cup cookies di Sasa RM 148 sekotak. Tapi kawan-kawan mungkin boleh jumpa yang murah sedikit (dalam RM 120) bergantung kepada supplier. Tak sabar nak tunggu esok untuk makan kepingan pertama biskut tu. Kena maintain continuous makan sekurang-kurangnya selama satu tahun. Nanti baru tahu jawapan yang sering bermain-main iaitu...
Do f-cup cookies really work?
P/s : Kawan-kawan yang Momoy sayang, Momoy terpaksa tukar blog baru kerana ada beberapa masalah teknikal. Maka, ada banyak entri yang perlu Momoy tukar settingnya. Maaf atas kesulitan ya.
Related Posts : :: COSMETIC 'n' BEAUTY ::,
:: HIDUP BIAR SEDAP ::,
:: Lifestyle ::,
:: PROMOTE ::