NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, September 26, 2011

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA | Guru








Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).






Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yangberpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.


Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-


Bidang /Subjek :


• Bahasa Melayu 
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah 
• Bahasa Perancis
• Geografi 
• Bahasa Russia
• Matematik 
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media


Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).



Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA [klik sini]
TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2011



KLASIFIKASI
:PERKHIDMATAN PENDIDIKANSKIM PERKHIDMATAN
: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH



CARA PELAKSANAAN:

Saringan I

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteriakriteriatertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran /
subjek yang dipohon.
Hanya permohonan yang mengikut dan menepati syarat-syarat lantikan sahaja akan diproses.
Permohonan yang berjaya dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan dan Yuranpeperiksaan akan dikenakan kepada calon.
  
Sila semak laman web www.mara.gov.my  dari semasa ke semasa bagi mengetahui
status permohonan yang berjaya.

Saringan II 


Calon - calon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akandihubungi melalui laman web untuk sesi penilaian amali pengajaran dalam kelas (micro teaching)
dan sesi temuduga
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan
hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Calon memohon sebagai Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil
Hafazan/Tahfiz dari Institut Pengajian yang diiktiraf.

A. SYARAT LANTIKAN


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Kelayakan :-
i. ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsipengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya ; atau 
ii. ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olehkerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta DiplomaPendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya 
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4) RM1967.20 ; atau
iii. ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6) ; atau
iv. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10:bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi ahli Penuh Badan – badanIktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan : P1T11: dan
Ahli Penuh InstitutAkauntan Malaysia:P1T12):
d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkatSijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaane. Calon-calon yang tidak memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau DiplomaPendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas bolehmemohon. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/Kontrak atas lantikan Gred DC41.


B. Jadual Gaji : 


P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05Gaji Permulaan :Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan bidang atau subjek yang dipohon.


C. TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak

D. CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ dalam talian yang boleh dilayari melaluilaman web MARA iaitu www.mara.gov.my .
ii. Tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2011.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalamPerkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan terlebih dahulu dan mendapat suratpengesahan perlepasan sekiranya pegawai ditawarkan ke jawatan yang dipohon. Sila bawabersama dokumen Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Prestasi Tahunan terkini danPengesahan Bebas Kesalahan Tatatertib semasa sesi temu duga.
iv. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusanyang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang dimeteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara danInstitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafankelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my  dan hendaklah mengemukakansalinan pengiktirafan tersebut semasa temu duga nanti.


E. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyaratskim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


F. UMUR :
i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


G. UJIAN KHAS:
i. Hanya calon – calon yang telah disenarai pendek yang menepati syarat – syaratpermohonan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian kecenderungan keguruan.
ii. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web bagi mengetahui tempatmenduduki ujian tersebut yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

iii. Calon yang berjaya dikehendaki membayar yuran peperiksaan. (Kaedah pembayaran

dan jumlah yuran akan dimaklumkan dalam tawaran menduduki ujian)

H. PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan ke Unit Pengambilan & Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 2613 2000 sambungan 34425/34434/39041.

BORANG PERMOHONAN ONLINE [klik sini]

2 Comments
Comments

2 tukang comment:

Anonymous said...

bila ye agaknye dapat tau utk saringan 1 bg jawatan peg perkhidmatan siswazah mara 2011 nie?

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Anonymous
dear anony
based pada statement ni "Sila semak laman web www.mara.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui
status permohonan yang berjaya"

so dear kenalah rajin check
sebab tak diberi date yang spefifik
apa pun all the best yea ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!