NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, September 25, 2011

2 kaedah mudah untuk majikan nampak professional semasa temuduga





Assalamualaikum kawan-kawan


Ini entri request dari email yang minta Momoy tulis tips apa-apa saja yang berkaitan tentang interview. Gaya (pakaian untuk temuduga) bukan saja first impression bagi majikan dan jabatan sumber manusia menilai sama ada kawan-kawan seorang yang professional atau tidak. Banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan penyiapan menghadapi temuduga. Tetapi dalam entri ini, Momoy nak kongsi sedikit idea dan cara Momoy mengenai persediaan dokumen. Momoy menulis tentang persediaan dokumen atau sijil ini kerana jarang Momoy jumpa kupasan mengenainya. Momoy harap kawan-kawan jangan skip ya.



Kebiasaannya dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga adalah Kad Pengenalan (identity card), sijil warganegara (jika berkaitan), sijil-sijil aktiviti kokurikulum, sijil-sijil akademik seperti SPM, diploma, ijazah dan seterusnya. Selain daripada sijil-sijil asal seperti yang momoy nyatakan tadi, Momoy berpendapat adalah lebih baik kawan-kawan sediakan salinan photostat. Ini kerana kadang-kala ada majikan yang mahukan salinan untuk rujukan mereka. Jadi waktu tu tak adalah kawan-kawan menggelabah nak cari kedai photostat. Situasi macam tu kadang kala boleh menganggu emosi.



Jika kesemua dokumen dan salinan telah ada, sekarang apa yang perlu kawan-kawan sediakan adalah satu envelope bersaiz A4 dan clear folder (dipanggil juga clear book). Momoy cadangkan lebih baik beli clear folder yang baru dengan pilihan warna lembut. Lagi pun tak rugi sebab boleh guna berulang kali. Clear folder ini kawan-kawan boleh beli di kedai-kedai buku. Harga sekitar RM 6 – RM 10.



Clear holder atau clear book



Envelope saiz A4

Envelope ni gunanya untuk diisi salinan. Envelope tersebut kawan-kawan boleh serahkan pada panel yang menemuduga (interviewer) selepas selesai sesi temuduga.



Clear holder

  1. Helaian pertama dan kedua clear holder tersebut kosongkan. Apa tujuannya, akan Momoy terangkan kemudian.
  2. Mulai dari helaian ketiga dan seterusnya, kawan-kawan susunlah dokumen-dokumen penting mengikut susunan. Momoy syorkan susun seperti ini:

·         No. Kad Pengenalan
·         Sijil lahir
·         Ijazah
·         Diploma
·         SPM
·       Sijil-sijil akademik dan kokurikulum (bermula dari universiti hingga tingkatan 4)
·         Sijil-sijil lain
·         Surat-surat sokongan (bonus jika kawan-kawan ada)



  1. Helaian kedua clear holder, letakkan resume kawan-kawan.
  2. Akhir sekali, di helaian pertama untuk kawan-kawan letakkan cover page yang bercetak komputer (bukan tulisan tangan). Pada cover page tersebut, letakkan maklumat seperti ini:

·         Nama:
·         No. Kad Pengenalan:
·         No. HP:
·         Email:
·         Alamat:

·         Jawatan yang dipohon:



Bagi cover page kawan-kawan gunakan front yang agak besar =) Bila ada interview kerja di tempat yang lain pula, kawan-kawan hanya tukar cover page, itu saja. Bukankah nampak professional dan smart? Lagi pun senang dan teratur kan. Walaupun semua maklumat ada dalam resume, tetapi fungsi cover page lebih kurang seperti 'pengenalan' atau 'mukadimah' la kata orang. Itu yang membezakan kita dengan candidate yang lain =)



Walaupun benda (persediaan dokumen) ni nampak simple, tapi tak ramai yang nak buat (atau mungkin tak tahu). Kawan-kawan perlu ingat ya, first impression bukan hanya pada pakaian. Tapi juga bagaimana presentation dokumen kita tu boleh mendapat penambahan kredit jika majikan tertarik dengan cara kita semasa interview.



Apa pendapat kawan-kawan tentang tips Momoy ni. Momoy harap kawan-kawan dapat sedikit input dari entri ini. Atau jika kawan-kawan punya cara lain yang berkaitan tentang persediaan dokumen, boleh kita kongsikan bersama. Sharing is caring bukan.



P/s  
: Bagi yang ada interview esok ke next week ke, semoga berjaya. 
: Kalau kawan-kawan sedar entri Momoy kebelakangan ini menggunakan kata ganti ‘korang’ kepada ‘kawan-kawan’. Momoy rasa macam lebih mesra =) 
: Silalah menekan 'like' jika suka entri Momoy ni ye.
: Sis Kyo dan Odahone, Momoy dah tak dapat nak visit blog sis, malware detected. Rindu...



10 Comments
Comments

10 tukang comment:

||aLeaSaRa|| said...

morning sis momoy!!!owh header dgn background barulah!suka..suka....nampak ceria!harap adik2 dan kawan2 blogger yg sedang mencari keja,blhlah gunakan cara2 yg sis momoy dah terangkan kat atas tadi.

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Aleasara
yeah... alea lama x nampak =)
thx ye. ada yang suka ada yang x berapa suka

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

*sy biasa abai jaa cover page sbb semua tu dh tulis dlm resume.. so resume x perlu pinda apa2 lagi utk semua jenis jawatan & interview..

*sila lebih hati2 wktu bg salinan k/p.. klau nk bg jgak pls palangkan atas salinan tu, huh...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@caliph shuriken
dear cover page tu yang buat kita nampak pro dear
memang dalam resume dah ditulis, tapi orang kata pengenalan.

Un Phat Lee said...

thnx boleh gua jadikan panduan mase nak apply keje nanti.ehe

odahonebizz said...

yeke MOMOY malware detected...nnti OdahOne siasat ek...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Un Phat Lee
boleh. sila2

@ Odah + One = OdahOne
ok dear odahone

edi_fm32 said...

terima kasih tk info ni momoy.sem ni sy ambik sbjct bimbangan kerjaya. nanti minggu depan de test pasal temu duga..prof nak wk cm interview sbnr..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ edi_fm32
oh begitu
good luck ye dear edi =)

Unknown said...

Thanks sngt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!