Salam kawan-kawan.
Entry pendek. Dah lama tak online dan update blog. Ranking pun makin jauh. Pagi ni buka blog dan terima award dari Ayie. Oh dear Ayie. Thx a lot yea =) Dah lama sangat tak terima award ni. Tetiba dapat award terasa happy pula.
Dan seperti kebiasaan ada task yang perlu dibuat. Iaitu... "About Myself"
Urm... About myself. Overall korang dah tahu di 'About Momoy' kan. Cerita tentang Momoy... tiada apa yang menarik tentang Momoy. Dahulu Momoy pernah cerita tentang [kesukaan Momoy] dan zaman Momoy [sekolah rendah]. So entry kali ni nak cerita pasal kerja Momoy pula, sekaligus menjawab pertanyaan Nurul Farid. Juga beberapa orang blogger yang salah anggap Momoy ni lepasan SPM. Huhu...
Secara ringkasnya, Momoy bachelor holder dari Civil Engineering yang bekerja dalam industri Oil and Gas (based on Mechanical dan Chemical). Huh... jauh benar lari tu. Daripada seorang yang berkulit cerah tapi sekarang dah rentung disebabkan kerja Momoy ni. Tapi walau bagaimana pun, Momoy suka akan kerja Momoy ni. Sebab itu la punca pendapatan Momoy yang Allah kurniakan untuk Momoy. Syukur Alhamdulillah.
Sebelum ni banyak juga laa negeri yang Momoy merantau. Pernah berkerja di beberapa buah kilang di Penang dan Sungai Petani. Time tu baru habis SPM dan baru grade. Sempat juga ke Melaka untuk bekerja di sana.
Tamat sahaja degree Momoy menganggur 2 bulan sebelum bekerja sebagai chemist di Johor. Time ni agak frust sebab Momoy tak minat kerja dalam lab tapi tak ada offer lagi untuk jadi Engineer. Hari-hari kerja mengadap botol-botol dan chemical buat R&D. Sumpah Momoy boring sangat. Momoy lebih minat kerja di site. Suka busuk-busuk, masam-masam dan comot-comot. Haha...
Disebabkan tiada challenge so Momoy resign. Dan dengan tak tersengajanya Momoy join Oil and Gas. Hingga laa sekarang... Sekian. Maaf. Sangat bosan kan. Itu sahaja cerita tentang kerja, Momoy terlebih dahulu nak pohon maaf. Sebab cerita sangat ringkas tapi Momoy ganti dengan beberapa keping gambar curi (hope tak kena tangkap oleh CCTV) di beberapa plant ni yer. (Maaf. Rushing nak g meeting jap lagi). Boleh la. Uhuk... uhuk...
Momoy je laki, yang lain semua ompuan. Haha... |
Banyak ikan-ikan yang gila besar-besar kat sini. Kaki pancing memang menggigil tengok. |
Projek mengambil gambar curi-curi pada pukul 2 pagi. Tempat di atas Momoy tu tempat 'keras' sikit. |
Ramai yang bekerja kat situ tapi wajib la korang tak nampak. Macam semut sebab tempat tersangat luas dan besar. |
Suasana waktu malam cantik kan. Tapi panas tetap panas ooo... |
Bukan untuk orang gayat dan sakit jantung. Yang tak tahan panas. (Flare ni panas hingga 200 degree C) |
Close up |
Nampak tak scaffolder kat atas tu? |
Siapa nak ikut Momoy >.< |
Di puncak- kawasan besar ni saja. Bayangkan flare ni bergoyang sebab angin kuat |
Ini ketika team building. Makhluk comel itu Momoy. Hehe... |
Kusyuk buat kerja. Tak sedar gambar kena amik curi (candid). Sebab buat kerja kat office tapi pakai safety helmet. LOL (o_O)' Oh.. Kulit dah gelap. |
dan task terakhir...
Give This Award To 15 Other Bloggers..
Okay... semua task dah buat so ini la awardnya... Tadaaa...
P/s: Entry ini mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan... Itu pun secara curi-curi masa di office (sebab terlampau sibuk). So, kawan-kawan tersayang komen laa untuk mengambil hati Momoy. Huhu...
Terima kasih sudi baca =)