Salam kawan-kawan.
Momoy nak ajak kawan-kawan buat masker sendiri. Apa yang
pasti ianya sangat mudah untuk dilakukan dan ianya cara berkesan untuk
memudarkan parut jerawat di muka.
Bahan-bahannya cuma serbuk kayu manis dan madu. Kedua-dua
bahan ni boleh beli di kedai runcit jika tiada di dapur rumah kawan-kawan.
Harga serbuk kayu manis lebih kurang RM 3.15. Momoy guna madu masakan saja,
dijual dengan harga RM 5.15. Tak sampai RM 10 pun kan. Lagipun tahan lama.
Jom. Mari kita mulakan. Caranya campur 1/2 sudu serbuk kayu manis dan ½ sudu madu. Madu kalau nak lebihkan pun tidak apa. Gaulkan dengan sebati. Momoy guna jari telunjuk sahaja untuk gaul. Campuran tadi akan jadi seperti ini. Masker kayu manis tu dipupurkan pada muka kecuali kawasan mata.
Kiri: serbuk kayu manis | Kanan: madu
Tuang serbuk kayu manis ke dalam bekas
Tuangkan madu
Kacau biar sebati (gambar ni pakai flash)
Pupur masker. Elak kawasan mata.
Ambilah berapa lama pun masa yang kawan-kawan suka. Paling
kurang 40 minit. Bilas dengan air bersih-bersih. Kawan-kawan boleh rasa kulit lembut dan tegang sahaja sebab ada madu. Sebab utama guna madu adalah untuk
menghalang rasa panas dan pedih kayu manis. Jadi madu adalah wajib ye
kawan-kawan.
Tak perlu risau akan side effect ke apa sebab homemade
cinnamon mask ni tiada bahan chemical. Lagi pun semasa pakai masker tu, ada bau
wangi kayu manis.
Kawan-kawan lakukan dengan konsisten 2 atau 3 kali seminggu.
InsyaAllah. Parut jerawat itu hilang sedikit demi sedikit. Inilah cara yang
paling murah, mudah dan berkesan untuk hilangkan parut di muka. So tiada alasan
lagi ye untuk tidak pakai mask. Cuma malas atau rajin sahaja. Tekan like jika
kawan-kawan suka petua orang lama-lama ini. Terima kasih sudi baca bebelan
Momoy =)