Salam kawan-kawan.
Nak review tentang Ginvera Green Tea Whitening Marvel Gel. Jujurnya,
Ginvera ni bukanlah jenama yang Momoy suka cuma Momoy beli untuk mencuba
selepas Momoy terpengaruh dengan advertise di EH! Dasyat betul kuasa iklan kan?
Jika kawan-kawan tercari-cari produk untuk blackhead remover, Momoy rasa produk ni amat berbaloi untuk dimiliki setelah memang terbukti blackhead Momoy dapat dihapuskan dengan sekelip mata. Lagi pun ia selamat untuk kegunaan harian dan boleh digunakan di area mata. Oh! Sukanya.
Ginvera Green Tea Whitening Marvel Gel | 60 ml
Momoy pernah cuba macam-macam produk berbagai jenama
untuk blackhead remover tapi bukan 100% hilang. Ada juga lah baki-baki
blackhead tu yang Momoy terpaksa picit untuk keluarkan. Selain dari buang blackhead, ia juga dapat membuang sel-sel kulit mati. Dan Momoy perasan selepas gunakan ginvera ni, tona wajah Momoy sedikit cerah dan terasa lembut selepas beberapa kali penggunaan. Gel ni ada bau green tea
yang menyenangkan.
Gel warna hijau muda yang icy cool =)
Produk ni diguna pada muka yang kering, gosok-gosok pada
muka dan leher kemudian bilas. Oleh sebab ia dapat buang sel-sel mati, tak tahu lah kenapa Momoy asyik nak tambah lagi kuantiti produk ni. Mungkin kerana bila gel
tersebut bertukar seperti daki-daki warna putih, Momoy rasa mahu lebih lagi.
Jadi, cepat sahaja satu tiub tu habis.
Tiub yang senang dipicit
Tiub mudah disimpan- boleh didirikan (tegak)
Momoy suka ia berkesan pada kulit Momoy tapi Momoy
berpendapat bila gosok-gosok gel tersebut (sedikit tekanan diperlukan) kulit
muka kita mudah sagging. Erkk... Sebab yang satu ni mungkin buat Momoy rasa tak menarik
tentang produk.
Yang Momoy SUKA:
- Packaging simple
- Dapat bersihkan sel-sel mati secara mendalam
- Whitening
- Cara mudah hilangkan blackhead tanpa rasa sakit
- Kulit lebih lembut
Yang Momoy TIDAK SUKA
- Harga agak mahal bagi tiub 60ml
- Tidak tahan lama (cepat habis)
- Kulit akan mudah berkedut jika gosok terlalu kuat
Produk ni Momoy beli di Guardian dengan harga RM 20.40. Selain guardian, rasanya ia senang didapati di pasaraya sebab jenama Ginvera ni dah lama ada di pasaran Malaysia.