NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, December 14, 2011

Be careful! Fake BR1M Form!



Salam kawan-kawan.





小心! 假的BR1M表格!这肯定是有心人伪造BR1M的表格,为了要索取人民机密的资料!快传!






Be careful! Fake BR1M form! This is definitely someone forged BR1M the form, in order to obtain people's confidential information! share please!




Berhati-hati dengan Borang palsu BR1M! Ini sudah tentu angkara suatu pihak memalsukan borang BR1M, bagi mendapatkan maklumat sulit orang ramai! tekan kongsi!









Tuesday, December 13, 2011

TIP Cara Install Tulisan (font) Menarik!



Salam kawan-kawan.

Kadang-kadang bila Momoy blogwalking, baru Momoy perasan font yang digunakan untuk header khususnya sangat creative tapi terhad. Maksud Momoy jenis font yang digunakan biasa-biasa sahaja. Jadi di mana nak dapatkan font yang menarik? Baca entri ini. Momoy buat tutorial ini khas untuk blogger yang suka design atau bertukar-tukar header tau. Golongan ni suka font yang fancy.



Credit gambar dari new.myfonts.com



Ada banyak cara untuk dapatkan tulisan yang menarik ni. Tapi tutorial ni Momoy nak cerita dengan menggunakan 1001freefonts. Ada banyak font di web tersebut dan ianya percuma. Apa yang bestnya di 1001freefonts ialah ia boleh digunakan terus dalam Paint, Microsoft. Power Point, PhotoScape, Microsoft Word dan sebagainya. Cuma kawan-kawan perlu download dan install satu-satu font yang kawan-kawan suka.



Langkah 1: Buka website 1001freefonts.

Langkah 2: Kawan-kawan pilihlah tulisan yang disukai.





Langkah 3: Klik ‘Window Download’ untuk muat turun.





Langkah 4: Buka file yang siap di download. Kawan-kawan double klik pada font file tersebut.





Langkah 5: Ia akan keluar seperti gambar di bawah. Klik ‘Install’. Selesai.






Cuba buka Paint dan lihat font yang baru di download. Untuk tutorial ni, Momoy guna font jenis Typewriter from hell.






Okay lah kawan-kawan. Silalah picit ‘like’ jika suka entri ini ye. Selamat mencuba =)





Monday, December 12, 2011

Jom sertai...



Salam kawan-kawan.

Dah lama nak join GA dari blogger Maii ni cuma tunggu masa bila kekeringan idea sahaja. Hehe... Dan rasanya inilah masa yang sesuai. Yeah! Kawan-kawan yang berminat boleh klik banner yea =) 



My first giveaway ! (。・ω・)ノ゙ ♪

GA Ends: 31 December 2011



Thursday, December 8, 2011

Ginvera Green Tea Whitening Marvel Gel Review



Salam kawan-kawan.

Nak review tentang Ginvera Green Tea Whitening Marvel Gel. Jujurnya, Ginvera ni bukanlah jenama yang Momoy suka cuma Momoy beli untuk mencuba selepas Momoy terpengaruh dengan advertise di EH! Dasyat betul kuasa iklan kan?



Jika kawan-kawan tercari-cari produk untuk blackhead remover, Momoy rasa produk ni amat berbaloi untuk dimiliki setelah memang terbukti blackhead Momoy dapat dihapuskan dengan sekelip mata. Lagi pun ia selamat untuk kegunaan harian dan boleh digunakan di area mata. Oh! Sukanya.




Ginvera Green Tea Whitening Marvel Gel | 60 ml




Momoy pernah cuba macam-macam produk berbagai jenama untuk blackhead remover tapi bukan 100% hilang. Ada juga lah baki-baki blackhead tu yang Momoy terpaksa picit untuk keluarkan. Selain dari buang blackhead, ia juga dapat membuang sel-sel kulit mati. Dan Momoy perasan selepas gunakan ginvera ni, tona wajah Momoy sedikit cerah dan terasa lembut selepas beberapa kali penggunaan. Gel ni ada bau green tea yang menyenangkan.




Gel warna hijau muda yang icy cool =)



Produk ni diguna pada muka yang kering, gosok-gosok pada muka dan leher kemudian bilas. Oleh sebab ia dapat buang sel-sel mati, tak tahu lah kenapa Momoy asyik nak tambah lagi kuantiti produk ni. Mungkin kerana bila gel tersebut bertukar seperti daki-daki warna putih, Momoy rasa mahu lebih lagi. Jadi, cepat sahaja satu tiub tu habis.




Tiub yang senang dipicit

Tiub mudah disimpan- boleh didirikan (tegak)



Momoy suka ia berkesan pada kulit Momoy tapi Momoy berpendapat bila gosok-gosok gel tersebut (sedikit tekanan diperlukan) kulit muka kita mudah sagging. Erkk... Sebab yang satu ni mungkin buat Momoy rasa tak menarik tentang produk.



Yang Momoy SUKA:

- Packaging simple
- Dapat bersihkan sel-sel mati secara mendalam
- Whitening
- Cara mudah hilangkan blackhead tanpa rasa sakit
- Kulit lebih lembut



Yang Momoy TIDAK SUKA

- Harga agak mahal bagi tiub 60ml
- Tidak tahan lama (cepat habis)
- Kulit akan mudah berkedut jika gosok terlalu kuat



Produk ni Momoy beli di Guardian dengan harga RM 20.40. Selain guardian, rasanya ia senang didapati di pasaraya sebab jenama Ginvera ni dah lama ada di pasaran Malaysia.


Wednesday, December 7, 2011

Ronasutra



Assalamualaikum.

Kawan-kawan pernah dengar tentang bedak Ronasutra Mineral Makeup? Hmm… bedak yang dihasilkan dari mineral batu-batuan =) Momoy beli Ronasutra ni semasa time ia tengah panas lagi. Seingat Momoy waktu tu BB cream belum meletup lagi.




Ronasutra mineral make up | 2 in 1 foundation & powder




Packaging memang tak menarik tapi harga boleh tahan juga. Di penutup (cover) Ronasutra tu dah ditulis; Preservative & Talk free, UV protection, Long lasting, Flawless cover dan 100% natural minerals. Jadi tak perlulah Momoy terangkan lagi apa fungsinya.








Memang 100% natural minerals sebab ingredients Ronasutra ni kesemuanya adalah batu-batu; Sericite Mica, Boron Nitride, Silica, Titanium Dioxide, Zinc Oxide, Yellow Iron Oxide, Red Iron,Oxide.



Ronasutra ni mestilah dipakai selepas pemakaian pelembap. Hasil lebih baik jika guna berus kabuki. Momoy suka sebab ianya 100% semulajadi. Tapi yang tak bestnya ia tak bertahan lama. Muka Momoy jenis berminyak jadi 2 jam saja muka Momoy dah comot dan cakey. Puas la cuba teknik pakai Ronasutra dengan betul dari Internet tapi macam tu juga hasilnya. Mungkin Ronasutra ni tak sesuai bagi kulit muka jenis oily.








Pertama kali nak cuba foundation jenis serbuk (powder) ni dan kurang arif, maka ambillah Natutal Buff selepas dealer tu kata Natural Buff ni untuk kulit orang melayu. Tapi, frust betul. Warna tu buat kulit Momoy nampak gelap sebab Momoy berkulit cerah.









Pakai Ronasutra ni dah tak perlu pakai sun protector lagi sebab dah ada UV protection. Tapi Momoy tetap pakai sunblock. Momoy tak percaya kerana Ronasutra ni tak ditulis berapa SPF. Jika ada pun, mungkin dalam kuantiti yang sangat kecil.



Yang Momoy SUKA:

-  Sapuan rata mungkin kerana ianya serbuk dan gunakan berus kabuki.
-  Flawless bila ianya bertindak dengan pelembap
    -   Pantas dan jimat masa menyapu bedak kerana tidak perlu guna foundation lagi.
    -  100% mineral semulajadi. So tak perlu risau bagi kulit sensitive atau elergi.



Yang Momoy TIDAK SUKA:

-    Tiada jumlah SPF. Hanya UV protection. Momoy tak yakin ianya bertindak sebagai pelindung     UV.
-  Tidak tahan lama seperti dinyatakan sehingga 16 jam.
              -       Cakey
    -  Packaging tak cantik.
   - Perlu berhati-hati ketika menggunakannya jika tidak ianya membazir (tertumpah atau terlebih   tuang)
-           


Tuesday, December 6, 2011

Semakan Temuduga dan Panduan Lengkap Temuduga KPLI j-Qaf | KERJAYA



Assalamualaikum kawan-kawan,








Kepada calon yang telah berjaya dipanggil ke Temuduga KPLI j-Qaf Ambilan Januari 2012 boleh mendapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Temuduga KPLI j-Qaf di : http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=my


Selamat berjaya diucapkan.




Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI jQAF 

Januari 2012


Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps1.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/



Temuduga dari 12 - 16 Disember 2011. Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi.






Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)




Sunday, December 4, 2011

Homemade cinnamon mask for scar pimple



Salam kawan-kawan.

Momoy nak ajak kawan-kawan buat masker sendiri. Apa yang pasti ianya sangat mudah untuk dilakukan dan ianya cara berkesan untuk memudarkan parut jerawat di muka.



Bahan-bahannya cuma serbuk kayu manis dan madu. Kedua-dua bahan ni boleh beli di kedai runcit jika tiada di dapur rumah kawan-kawan. Harga serbuk kayu manis lebih kurang RM 3.15. Momoy guna madu masakan saja, dijual dengan harga RM 5.15. Tak sampai RM 10 pun kan. Lagipun tahan lama. 



Jom. Mari kita mulakan. Caranya campur 1/2 sudu serbuk kayu manis dan ½ sudu madu. Madu kalau nak lebihkan pun tidak apa. Gaulkan dengan sebati. Momoy guna jari telunjuk sahaja untuk gaul. Campuran tadi akan jadi seperti ini. Masker kayu manis tu dipupurkan pada muka kecuali kawasan mata.



Kiri: serbuk kayu manis | Kanan: madu 

Tuang serbuk kayu manis ke dalam bekas

Tuangkan madu

Kacau biar sebati (gambar ni pakai flash)

Pupur masker. Elak kawasan mata.




Ambilah berapa lama pun masa yang kawan-kawan suka. Paling kurang 40 minit. Bilas dengan air bersih-bersih. Kawan-kawan boleh rasa kulit lembut dan tegang sahaja sebab ada madu. Sebab utama guna madu adalah untuk menghalang rasa panas dan pedih kayu manis. Jadi madu adalah wajib ye kawan-kawan.



Tak perlu risau akan side effect ke apa sebab homemade cinnamon mask ni tiada bahan chemical. Lagi pun semasa pakai masker tu, ada bau wangi kayu manis.   



Kawan-kawan lakukan dengan konsisten 2 atau 3 kali seminggu. InsyaAllah. Parut jerawat itu hilang sedikit demi sedikit. Inilah cara yang paling murah, mudah dan berkesan untuk hilangkan parut di muka. So tiada alasan lagi ye untuk tidak pakai mask. Cuma malas atau rajin sahaja. Tekan like jika kawan-kawan suka petua orang lama-lama ini. Terima kasih sudi baca bebelan Momoy =)


Thursday, December 1, 2011

Oh! My ZARA dah sampai




Salam kawan-kawan.





Pada tadi baru saja terima parcel yang direct shipping dari kilang Zara di Jakarta. Sebenarnya, tiap-tiap hari jugalah Momoy check status delivery parcel ni di Internet.






Inilah parcel yang ditunggu-tunggu.





Dari Jakarta Utara Indonesia




Welcome my gorgeous Zara. Kalau beli di butik harganya RM 197. Itu tak termasuk duit untuk bayar parking, minyak kereta, makan-makan (dah shopping wajib lapar) dan yang paling mahal- masa. Hey!  Masa itu emas kan?



Momoy dah tak sabar nak cepat-cepat balik kerja sebab nak try seluar baru tu. Siapa tak suka kalau dapat seluar branded dengan harga yang murah kan?. Oppss… Momoy lupa nak bagitahu. Momoy hanya bayar RM 55. Ya betul. RM  55 sahaja termasuk shipping. Murah kan?



Detail klik sini



Terdapat 6 warna yang Momoy rasa nak rembat kesemuanya. Tapi sebab time tu hujung bulan maka Momoy sambar satu saja la. Malas nak tulis panjang-panjang lagi so inilah seluar yang Momoy maksudkan tu.






Bahagian belakang 

Zip di depan. Terdapat butang dan cangkuk supaya lebih kemas =)


Zara Basic label | Made in Indonesia



Seluar tu adalah dari genuine dari Zara.  Sebenarnya seluar Zara ni Momoy beli dengan menggunakan online coupon dari Everyday. Langkah guna online coupon Everyday ni mudah sahaja. Sesuai dengan 5T falsafah perniagaan mereka iaitu: Topic | Talking | Tool | Taking part | Tracking



Bagi yang mencari tempat pelancongan, penginapan hotel, servis salun rambut, makanan, spa dan kecantikan dengan diskaun sehingga 90%, kawan-kawan boleh layari laman web Everyday.








P/s: Menanti masa untuk redeem kupon online yang lain pula =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!