Assalamualaikum kawan-kawan.
Alhamdulillah. Hari ni genap la 14 hari kita berpuasa. Kebiasaannya, di mana tempat berbuka puasa korang? Di restoran, rumah, masjid, hotel atau hostel. Yang pasti, tempat tidak la penting tetapi sunat berbuka puasa tu dah dapat pahala kan =)
Momoy nak share tempat Momoy selalu berbuka puasa bagi bulan Ramadhan tahun ini. Bukan la tempat yang exclusive seperti di hotel atau restoran mewah tapi ianya tempat yang mendamaikan bagi Momoy.
Selepas balik dari kerja, Momoy dan kawan akan ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah untuk berbuka. Kemudian terus ke tempat biasa untuk berbuka puasa. Nak tahu di mana? Baca dulu...
Selalunya lepak di pantai jika hari-hari biasa. Tapi untuk Ramadhan tahun ni Momoy memilih berbuka di sungai. Kawan Momoy kata tempat ni namanya Kuala Kemaman. Makan sambil melihat tenang air sungai mengalir tu semacam ada satu perasaan yang lain. Oleh kerana sungai ni berada di sekitar bandar dan berdekatan dengan masjid, maka alunan azan tu terasa dekat saja. Dan ya, dari sini juga boleh nampak warna emas matahari yang cantik di kaki langit. Menarik!
Momoy sempat snap beberapa gambar. Tapi mungkin tak cantik la sebab guna handset saja.
|
Nak cari parking susah juga. Penuh kereta |
|
Ke bawah ni jika nak naik bot |
|
Menghayati keindahan alam ciptaan Allah sambil menanti waktu berbuka |
|
Semua ambil tempat tepi sungai ^^ |
|
Ramai juga yang bawa tikar. |
|
Shoot dari tempat Momoy |
Lepas makan sampah jangan buang merata-rata. Dan lepas makan Momoy akan terus ke masjid untuk solat fardhu dan terawih. Itu saja pengalaman Momoy berbuka puasa =) Kepada kawan-kawan, selamat berpuasa dan berbuka puasa ye. Assalamualaikum.
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: Lifestyle ::