NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, August 14, 2011

Tempat Istimewa Berbuka Puasa?



Assalamualaikum kawan-kawan.


Alhamdulillah. Hari ni genap la 14 hari kita berpuasa. Kebiasaannya, di mana tempat berbuka puasa korang? Di restoran, rumah, masjid, hotel atau hostel. Yang pasti, tempat tidak la penting tetapi sunat berbuka puasa tu dah dapat pahala kan =)


Momoy nak share tempat Momoy selalu berbuka puasa bagi bulan Ramadhan tahun ini. Bukan la tempat yang exclusive seperti di hotel atau restoran mewah tapi ianya tempat yang mendamaikan bagi Momoy.


Selepas balik dari kerja, Momoy dan kawan akan ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah untuk berbuka. Kemudian terus ke tempat biasa untuk berbuka puasa. Nak tahu di mana? Baca dulu...


Selalunya lepak di pantai jika hari-hari biasa. Tapi untuk Ramadhan tahun ni Momoy memilih berbuka di sungai. Kawan Momoy kata tempat ni namanya Kuala Kemaman. Makan sambil melihat tenang air sungai mengalir tu semacam ada satu perasaan yang lain. Oleh kerana sungai ni berada di sekitar bandar dan berdekatan dengan masjid, maka alunan azan tu terasa dekat saja. Dan ya, dari sini juga boleh nampak warna emas matahari yang cantik di kaki langit. Menarik!


Momoy sempat snap beberapa gambar. Tapi mungkin tak cantik la sebab guna handset saja. 



Nak cari parking susah juga. Penuh kereta 

Ke bawah ni jika nak naik bot 

Menghayati keindahan alam ciptaan Allah sambil menanti waktu berbuka


Semua ambil tempat tepi sungai ^^

Ramai juga yang bawa tikar. 

Shoot dari tempat Momoy


Lepas makan sampah jangan buang merata-rata. Dan lepas makan Momoy akan terus ke masjid untuk solat fardhu dan terawih. Itu saja pengalaman Momoy berbuka puasa =) Kepada kawan-kawan, selamat berpuasa dan berbuka puasa ye. Assalamualaikum.



9 Comments
Comments

9 tukang comment:

Odah + One = OdahOne said...

tmpt bbuka yg mndamaikn...tepi sungai tu...mesti best bbuka kat situ ek sbb tu rmi yg jdkn situ port bbuka...yg paling best dkt dgn masjid...ada tmpt bbuka yg grand giler tp xde surau & masjid pun jauh...hoho...apolh

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Odah + One = OdahOne
ramai juga sini. hihi... betul juga tu
restoran mewah2 tapi surau tak ada susah juga nak solat

||aLeaSaRa|| said...

owh bilalah kite nak ke sana ye?wah tak suka sgt makan kat htl wpun abah kite ada hotel ngeee....

suka mkn tempat macam sis pergi ni.kat area dengkil,sepang ni pun ada tempat femes Tasik Idaman...tapi tak pernah gi

owh sebenarnya krg suka berbuka kat luar sebab susah nak solat.selalukan kitorg buka puasa kat rumah jamah kuih-muih,solat maghrib dulu barulah makan luar hehehe...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ ||aLeaSaRa||
sama la ngan momoy
mam kebab untuk buka pose
lepas tarawih baru cari kedai untuk makan nasi
kalau kenyang lagi terus balik rumah

kyo said...

bestnya suasana ..

Far8 budak baik said...

waaaaa momoi..
romantik habis makan kat tepi sungai..pehh mmg best lahh kn..
leh mancing..dpt ikan bakar terusss hihihi...
tu ar..x ly buang merata kn smpah..
=)

caliph shuriken said...

nice view.. pic guna watermark baru kn? ^^

BuLat i2 CirCLE said...

pas bukak pose boley mancing..hek2

.::: Princess MOMOY :::. said...

@kyo
tu la. hhihi...

@ Far8 budak baik
romantik?
hoho...ye la kot klu g ngan BF

@ caliph shuriken
tu amik guna HP jer dear
ekceli xde watermark. x reti guna
just letak gambar reben

@BuLat i2 CirCLE
pas bukak pose g masjid la dear
hoho...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!