Salam kawan-kawan.
Sebabkan kurang budget untuk rambut raya tahun ni, maka Momoy baru saja shopping beberapa product untuk styling rambut. Semestinya stuff untuk curl la sebab rambut Momoy straight.
Sebelum mula apa jenis styling pun, wajib la kena ada hair care untuk thermal protection kan. Tujuannya untuk mengurangkan kerosakan rambut. Okay. Bukan setakat nak rambut nampak cute time styling jer. Tapi semasa styling juga tau. Wajib guna jika tak mahu rambut rosak ye.
|
Spray ni sebelum memulakan aktiviti mencantikkan rambut. Hoho... |
Momoy guna Nutri Styling Thermal Protection by Wellsen. Harga RM 29.50 untuk 200 ml. Cara guna- spray pada rambut yang bersih sebelum mula gayakan rambut. Momoy beli spray ni kedai jual produk-produk rambut di Times Square. Ntah apa nama kedai tu. Tak ingat.
Untuk beauty tool Momoy ada 2 yang menjadi kesukaan Momoy. Iaitu flat iron dari Philip dan Instyler Rotating Iron yang banyak digunakan selebriti luar negara. Instyler Rotating Iron ni boleh buat 10 style dalam masa yang cepat dengan less heat. Memang berbaloi.
|
Flat iron jenama Philips |
|
Set yang datang bersama Instyler Roatating Iron |
|
Bristle ini la yang menjimatkan masa untuk styling |
|
Datang bersama 'travel bag' untuk mudah Momoy usung ke sana sini |
|
Manual untuk 10 gaya. Gaya lain diajar secara online www.getinstyler.com dan banyak tutorial di youtube |
Dah siap curl atau style, takkan nak biarkan rambut tu jadi straight semula kan. So untuk kekal gaya yang lebih lama, Momoy guna Salon Finish Extra Hold Hairspray oleh TRESemme. Momoy suka hairspray ni sebab tahan lama until 24 hour dan ada bau wangi yang ringan. Konon macam baru lepas styling rambut kat saloon. Hihi...
|
Beli di Guardian |
|
Tahan hingga 24 jam ^^
|
Singgah di Daiso Momoy beli alat untuk curl. Actually, benda ni span yang sangat lembut. Comel je benda nih. Benda ni mudah guna. Lepas cuci rambut. Bahagikan beberapa bahagian rambut kemudian letak curl cream. Gulung rambut hingga hujung kemudian 'lock' kan dengan masukkan hujung span tu kedalam bulatan tu. Sedia untuk tido. Keesokkan hari sudah sedia curl yang cantik. Haha.. mudah. Untuk curl cream ni Momoy guna Design Pot LUCIDOL 3D Curl.
|
Kalau guna waktu siang, span ni boleh jadi aksesori tocang yang comel |
Dan uh... Momoy terjumpa this cute rose and ribbon hairband ^^ di Chameleon. Ada banyak warna - cream, pink, coklat dan grey. Tapi Momoy jatuh cinta dengan warna pink nih, so Momoy terus beli pada harga RM 22.90. Cantik dan berpatutan dengan harganya.
|
Yeah... menambah satu lagi koleksi jutaan hairband Momoy |
|
Close up. See... bukankah nampak cute ? |
Oklah kawan-kawan. Setakat ni itu sahaja la beauty tool Momoy untuk raya tahun ni. Sudah hampir pukul 6 so Momoy nak keluar pergi beli makanan untuk berbuka puasa ^^ Selamat berbuka untuk korang semua.
Related Posts : :: COSMETIC 'n' BEAUTY ::,
:: Lifestyle ::