NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, August 9, 2011

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH




(Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)



Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1


Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.




Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.


Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.


Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.




Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.


Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.


Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati


Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


Layan dulu video animasi Upin dan Ipin pergi terawih dari Youtube ni






SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH




Sumber dari email oleh sharm 


UPDATE:


Salam kawan-kawan.


Mohon maaf. Momoy terbaca HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH di website rasmi JAIS. Maka Momoy potong kelebihan solat sunat terawih ni kerana Momoy was-was dan ragu-ragu. Harap Maklum.


Details tentang HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH ni boleh [klik sini]



5 Comments
Comments

5 tukang comment:

Far8 budak baik said...

betul betul betul..
mmg tekad tak nk poteng terawikh..
biar 8 rakaat je..
tapi buat gak kn..
hehe..rindu momoi..
balik2 aku cakap macam ni..
tulahh sape suroh momoy bz kn..
grrrrr
selamat berpuasa ehh

||aLeaSaRa|| said...

slm ramadhan san selamat berpuasa sis Momoy!yelah betul kata Far8,sis Momoy busy je skrg ni,kan.alhamdulillah smga Allah murahkan rzki sis bulan ramadhan ni.byk pahala berkongsi ilmu di blog aminnnn.

odahonebizz said...

pernah dgr gak yg fadhilat ni hadis palsu...xpela kita solat jek xpyh nk ganjaran sgt yg penting ikhlas kerana Allah kn MOMOY...keep it up!

De Mois said...

tak kesah odah..yang penting kita buat ikhlas dan tau Allah akan ganjarkan kepada kita.

Momoy, puasa ada tinggal tak? haha

Menarik di SuaraSendiri
Pelancaran blogshop SS

Nak beli jersi EPL baru 2011/2012, blogshop SS
moisoutlet.blogspot.com

caliph shuriken said...

klau x silap sy dapat tau hadis palsu ni last year cmtu.. sblom ni ingat semua ni sahih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!