NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, August 15, 2011

AWAS ! Rahsia RAMBUT dalam MAKANAN



Assalamualaikum kawan-kawan.



CHINA,
Sos Soya yang diperbuat dari rambut manusia


Cerita beredar di beberapa akhbar di China tentang pengeluaran kicap yang murah di pasaran diperbuat dari rambut manusia. Kicap yang dihasilkan di China menggunakan bahan kimia asid amino yang di ekstraks dari rambut manusia sebagaimana proses pembuatan sos soya terhidrolisis (amalan tradisional) dan kemudian secara diam-diam dieksport ke negara-negara lain. 


Ia terkandung dalam sebuah laporan dari penyiasatan yang telah ditayangkan di televisyen China berkaitan amalan tidak sihat dan berpotensi tercemar ialah sumber dari rambut manusia ini.



Ketika ditanya bagaimana asid amino (atau serbuk) dihasilkan, pengeluar memberitahu bahawa sirap atau serbuk itu dihasilkan dari rambut manusia. Kerana rambut manusia mudah didapati hasil dari salon, kedai gunting rambut dan hospital di seluruh negeri, rambut ini tentunya telah bercampur dengan bahan lain yang kotor seperti kondom, sisa kapas yang digunakan oleh hospital/ klinik, juga pad kitaran haid (modes), jarum suntik dan lain-lain







Industri rambut di India



Diberitahu bahawa L-sistein ini adalah protein yang berasal dari berbagai sumber, salah satunya adalah rambut manusia. Memang benar, rambut manusia dari China dan India merupakan bahan termurah untuk industri yang memperoses dan menyediakan bahan L-sistein. khususnya untuk kegunaan industri makanan segera, roti, kek dan kuih yang semakin bercambah.


Mampukah kilang roti dan kek di Malaysia mengeluarkan hasil roti atau kek yang tidak menggunakan L-sistein ini kerana ia merupakan bahan terpenting dalam menambah perisa dan menjadikannya lebih menarik. Ia akan melariskan jualan dan menambahkan keuntungan perniagaan. Nampaknya pengguna telah tertipu dengan mudah kerana tidak mengetahui rahsia ini.


Persoalan yang menarik: Adakah selama ini kita telah memakan rambut? Agak menakutkan kerana rambut adalah dari tubuh manusia dan ia sesuatu yang "haram" hukumnya dalam syariat Islam.


Sistein (Cystein) digunakan sebagai penyedap dan penambah adunan, pada saat ini ia telah digunakan dengan meluas termasuk pizza dan makanan ringan (snek).


Adalah sesuatu yang luar biasa untuk kita berfikir bahawa bahan dari badan manusia telah dikitar semula dan kembali menjadi rantaian makanan. Mengapa menjadi sumber dalam makanan? Agak pelik pula ia begitu mudah diperolehi di Timur Jauh. Industri yang mengeluarkan "bahan tambahan dalam makanan" telah bersedia mengambil dan menerima rambut sebagai sumbernya kerana amat jelas: kelimpahan homogen nya (murah).


China umpamanya mempunyai jumlah satu bilion kepala dan ahli bidang ini Dr John Meyer menyebut, "sangat mudah untuk memperolehi dan mengumpulkan rambut manusia di sana ". Rambut dikumpulkan, dibersihkan, diproses dan kemudian melalui proses kimia ia diubah menjadi L-sistein melalui industri Timur Jauh.




He told reporters that the hair is rich in protein, can be a simple extraction of amino acids after acid hydrolysis, the factory production of amino acid solution over the years are actually used to process the hair, the hair all day, consumes about 10 tons. source



     


 

Di sini ada keratan dari akhbar Metro berkenaan:

Protein rambut dalam roti, pau

Oleh Paya Linda Yahya  am@hmetro.com.my



KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cysteine’ yang disahkan haram penggunaannya.


Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.


Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.


Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.


Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.



“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.


“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.


Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka.


Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.


“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.


“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.


Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.


Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.


“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.


“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.


“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya. HARIAN METRO



Macam-macam cara mereka buat untuk dapat keuntungan berganda. Maka kawan-kawan, berhati-hatilah. Sumber diterima dari email.


8 Comments
Comments

8 tukang comment:

EnciK AxixOu said...

negara china neh pelik2 je r..abis sume die nk klonkn..

odahonebizz said...

jijik & mengerikan pulak bila baca artikel ni...patutlah umur org zmn ni xlama coz mcm2 yg dh masuk kt dlm perut...entah dah berapa byk bnda2 yg cmni dh masuk dlm perut agknya ek...

kyo said...

bahaya sungguh..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@BuLat i2 CirCLE
tu la. tapi sampai nak eksport ke luar tu apahal
tak pepahal suma negara makan sama

@ Odah + One = OdahOne
makan benda yang kotor tanpa kita sedar. huhu...sedikit sebanyak kita ikut perangai tuan puan rambut

@kyo
ye. mmg bahaya. dapat penyakit mcm2

Unknown said...

Assalam... eiiiiii.... gli'y aq bca artikal nie.... mcm urg skang nie.... janji dpat untung.... ish3

Vidic said...

wah best la entri ni syg .. aku suka .. syg translate sendiri ker dr artikel englsih?

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ .:Bicara Hidup:.
jijik dan boleh memudaratkan

@ PORUMAN
via email tapi tambah sikit

caliph shuriken said...

wktu blajar sains dulu, rambut drp unsur protein.. dlm kategori keratin.. so agak logik utk dikaitkan dgn isu ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!