NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, November 29, 2011

Cute Hauls from Chi Chi Principle | Review



Salam kawan-kawan.





Momoy nak review haul yang dibeli dari Chi Chi Principle. Sedikit tentang Chi Chi Principle. Ianya sebuah onlineshop yang menjual pakaian Korean style dengan harga yang murah. Item yang dijual sangat limited tapi comel-comel belaka. Perhatian: Momoy hanya attach gambar utama haul dari Chi Chi Principle saja ye.



Cute Heart Patterned Skirt


Gambar asal: Chi Chi Principle
Details haul klik sini



Haul pertama yang Momoy beli adalah mini skirt chiffon bentuk hati berwarna hitam. Skirt yang Momoy dapat exactly sama dengan dalam gambar. Lining dalam seperti kain ‘plastik’ dan tak telus cahaya (tak nipis) tapi tak panas.




Close up

Lining kain tebal

Momoy tak perlu risau. Lining tak telus cahaya. Lihat ni.



Getah di bahagian pinggang berkualiti. Kemasan jahitan di bawah skirt boleh la dikatakan kemas (gambar sebenar jahitan juga ditunjuk dengan jujur dalam web). So far, ianya selesa dan Momoy berpuas hati. Warna sama dengan dalam site.



Pinggang

Kemasan jahit tepi bahagian bawah kain


Rating : 5 of 5



Pinky Laced Blouse


Gambar asal: Chi Chi Principle
Details haul klik sini




Pertama kali tengok Momoy baju ni Momoy dah suka. Kawaii. Bila dapat di tangan, rasa nak melompat sebab ianya cute sangat bila pakai. Memang sama seperti dalam site. Maaf ye. Background belakang nampak ‘sama corak’ dengan baju tu.






Dari segi warnanya pula, baju ni sama saja dengan site. Cuma gambar yang diambil Momoy nampak terang disebabkan oleh cahaya langsung lampu. Yang paling Momoy suka sekali adalah bahagian bahunya. Nampak unik simpulan dari kain chiffon lembut dan ia sedikit shining. Wink wink. 






Baju ni 2 lapis. Lapisan luar adalah kain lace tebal yang melapisi kain dalam corak bunga English rose. Kemasan dan jahitan di bahagian leher dan bawah baju kemas. 



Jahitan bawah baju

Kemasan di leher baju



Baju comel ni didatangkan sekali dengan brooch bentuk ribbon dan diamond. Tapi Momoy buang ia sebab nampak tacky dan diamond tu pula tak shining. Maaf, lupa pula nak ambil gambar brooch tu. Momoy tidak kisah sebab brooch tu sama seperti yang ditunjuk di site. Tapi tanpa brooch itu pun, baju tu sudah sedia cantik. 






Untuk nampak lebih sweet Momoy padankan bersama necklace pemberian ibu dari England. Comelkan. Momoy memang suggest baju ni. 







Rating : 4 of 5. Perfect cuma kurang satu point disebabkan brooch tu tapi baju tu love to max.



Final thought

Apa yang ditunjukkan dalam site exactly sama even dari segi kekemasan jahitan dan liningnya. Momoy boleh puji sebab Chi Chi Principle ni jujur dengan detail gambar yang diambil. Actual item yang diterima Momoy juga memang sama. Site lain dalam gambar cantik tapi Momoy tak dapat nak lihat detail sebab diselindungkan oleh badan model dan kesudahannya actual mungkin berbeza. 




8 Comments
Comments

8 tukang comment:

sarah mohamad said...

Semuanya cantik cantik ok. Terus rasa nak beli :D

odahonebizz said...

pink blouse tu mmg comel MOMOY...i like it! cr u terangkan secara detail tntg blouse ni mmg menarik phatianlh...nnti nak suh One tolong belikn utk Odah...hoho...

caliph shuriken said...

mini skirt chiffon sy x tau, klau kek chiffon musim raya tau laa, hukk...

Mandarin 1 2 3 said...

cute haul ! ~ , baju kat situ lawaa tapi tak yakin la nak beli, takut tak muat >.< haha

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ sarah mohamad
ye suma comel2 je

@ Odah + One = OdahOne
ye cuma saiz free saiz
tapi mmg cute baju tu

@ caliph shuriken
hihi... dear caliph ni

@Maii
hi dear Maii
boleh tanya owner tu ttgd saiz
tapi kebanyakkannya free saiz

Ardini Humaira said...

comelnye baju pink tu ^__^

Cominica said...

this is so cuuuuteee momoy~ tottemo kawaiiii nee :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Ardini Humaira
yelah dear. momoy pun rasa macam tu
mmg cute

@ cominica
thx XD dear cominica =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!