Salam kawan-kawan.
Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 ke-26 Indonesia yang berlangsung Stadium Utama Bung Karno, Jakarta semalam berakhir dengan kejayaan pasukan Negara, Harimau Muda (Malaysia) menang sepakan penalti 4-3 dengan Laskar Garuda (Indonesia) selepas perlawanan selama 120 minit dengan kedudukan terikat 1-1 sama.
Alhamdulillah. Kita menang kepada sukan yang dianggap ‘ibu segala emas’ di hadapan lebih 100 ribu penyokong fanatik Indonesia biarpun Indonesia di kedudukan teratas carta Sukan Sea ke-26. Hari ini, Momoy pasti ramai blogger yang akan menulis artikel tentang kejayaan Harimau Muda ini. Dan topik rakyat Malaysia pastilah tentang perlawanan semalam.
Apa yang Momoy lihat sepanjang perjalanan berlangsungnya Sukan Sea Indonesia sama ada di media cetak atau media elektronik, semangat kesukanan yang ditunjukkan wira dan wirawati Negara kita harus dipuji. Sedihnya melihat para atlet, pegawai sukan, para wartawan dan media Malaysia dilayan dengan cercaan dan hinaan dan juga ditunjukkan dengan isyarat lucah oleh penyokong dan pegawai dari tuan rumah. Bukan itu sahaja, malah lagu kebangsaan Negaraku di ‘boooo’
Momoy juga tidak faham kenapa mereka bencikan Malaysia sedangkan kita banyak membantu mereka di kala mereka ditimpa musibah dan rezeki juga (merujuk kepada banyaknya pendatang Indonesia ke Malaysia). Inilah yang dikatakan diberi susu tapi dibalas tuba.
Bagaimanapun Momoy puji kesemua sikap profesional para atlet kontinjen Malaysia yang tahan mental walaupun diberi layanan buruk dari pihak penganjur. Jelas nampak rakyat Indonesia tidak sukakan Malaysia tanpa sebab munasabah di Sukan Sea tersebut. Sayangnya… temasya hebat itu dicemari oleh ketiadaan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong Indonesia =(
Apa yang pasti, kejayaan bola sepak semalam telah selamatkan maruah Malaysia! Tahniah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) yang berusaha menjaga pintu gol Malaysia! Tahniah Badrol Bakthiar yang memberi sepakan akhir penalti yang membuatkan jutaan penyokong Indonesia terus terdiam membisu! Tahniah Harimau Muda! Tahniah Malaysia! Momoy bangga jadi rakyat Malaysia!
Korean look boy ni laa yang meremukkan hati jutaan rakyat Indonesia =)
Harimau Muda vs Laskar Garuda
P/s: Bertambah lagi frust mereka 22 tahun =)
: Ramai yang complain tentang kelemahan fasiliti oleh penganjur Sukan Sea. Baca SINI
: Layan lagu Selamanya Harimau Malaya. Nyanyian : Ultras Malaya ft Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: Lifestyle ::,
:: NEWS | INFO ::