NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, November 20, 2011

Yah... Kasut dari AGAPE lagi !



Assalamualaikum kawan-kawan.

Kawan-kawan suka shopping maya (online) tak? Pernah dengar tentang online shop- Agape Boutique ? Momoy tulis entri ni sebab nak tunjukkan sama ada actual item yang kita terima adakah sama dengan yang dipamerkan dalam web mereka.



Momoy beli beberapa pasang kasut dari Agape dan sudah pakai berjalan keliling KL so sekarang Momoy nak compare dan sedikit review dengan actual kasut yang Momoy dapat.



Floral Green Wedges 


Source: katalog Agape



Wedges ni penyelamat style Momoy jika baju Momoy plain atau nampak 'kosong' sebab designnya sarat dengan bunga-bungaan. Di bawah ni pula adalah kasut yang Momoy terima.












FYI, wedges ni juga selalu mendapat perhatian di mana-mana saja Momoy pergi , sama ada ke saloon, flea market atau shopping mall. Buktinya. Banyak mata yang memandang ke arah kasut Momoy. Dan ada juga yang menegur Momoy, “Mana u beli itu kasut aaa?”, “Cantik la kasut awak?”, “Beli mana ye?”. Haha... memang puas hati.



Ini antara wedges yang paling tinggi yang ada dalam koleksi Momoy. Selesa berjalan dengan wedges ni. Momoy memang suka cuma tali di pergelangan kaki sebelah kiri kadang kala suka terbuka. Dan ini rating Momoy tentang wedges ni. 


Design: 5/ 5 Exactly sama
Colour: 2.5/ 5 Warna sedikit terang. Dalam gambar nampak lebih gelap sikit hijaunya.
Comfort:  3/ 5 Ya ya ya. Sangat comfort. Kaki tak sakit. Momoy guna tiga kali dan setiapnya berjalan 8-10 jam. 2 bintang kurang kerana tali sebelah kiri suka terbuka.



Cute Pink Wedges 


Source: katalog Agape



Momoy selalu idamkan wedges yang satu ni. Sebab Momoy selalu nampak model-model pakai wedges ni di pentas-pentas peragaan juga di Popteen. Dah banyak kedai-kedai kasut Momoy cari tapi tak jumpa design ni so ternampak di Agape tersenyum lebar Momoy. Ngee…  Momoy rasa bukan Momoy seorang saja, tapi kesemua gyaru styler mesti melompat kalau jumpa these baby. 



Terdapat 2 warna: White and Pink. Momoy confuse nak warna apa sebenarnya sebab kedua-dua warna tu cantik. 



Diperbuat dari kain. Sangat comfort. Panjang kain tu boleh buat 3 lilitan dan simpulan reben di hujungnya. Memang sangat comel bila pakai dengan stoking corak English rose bunga kecil-kecil dan padankan dengan dress atau skirt.











Design: 4/ 5. Actual wedges ni kainnya sheer sedikit dari katalog.
Colour: 4.5/ 5 Warna lebih sedikit pink tapi cantik.
Comfort: 4.5/ 5 Sangat selesa.



Basic Pump



Bagi Momoy setiap wanita wajib ada satu pump in black. Logiknya pump hitam adalah basic (asas) dalam fesyen. Lagipun ia senang digayakan. Mudah disuai padan dengan apa jenis pakaian atau style. Hatta kalau nak pergi interview pun sangat sesuai.



Selesa. Cantik dan kena gaya biarpun materialnya bukanlah leather tapi PVC. Sama seperti dalam katalog. Oleh sebab Momoy tertarik pada tumit (Oh. Bukan senang nak dapat pump yang perfect macam ni), so Momoy beli 2 warna. Hitam dan Pink Melon. Korang jangan pelik dan fikir kenapa Momoy pilih pink ye. Pump in pink banyak digayakan oleh model-model Jepun dalam Popteen dan Japan S-Cawaii tau. Sangat-sangat berbaloi.










Design: 5/ 5
Colour: 4/ 5 Pink sedikit pekat dari gambar tapi cantik
Comfort: 4.5/ 5



Red Pump

Momoy pernah beli pump berwarna merah tapi jenis peep toe. Itu juga merupakan trial purchase Momoy dari Agape dulu. Kawan-kawan boleh lihat di SINI. Tapi pump yang ini lagi cantik dari yang jenis peep toe tu. Momoy pilih pump ni sebab ia ada corak seperti kulit ular dan nampak elegan. Cantik dengan warna merah terang dan tumit sedikit lebar. Memang sangat seksi dengan warna dan ½ inchi platformnya apatah lagi pakai dengan blouse putih dan jeans. Hoho…









Pada bahagian depan kasut (platform) ada nampak sedikit gam tapi Momoy tak kisah sebab bila pakai tak ada sesiapa pun notice atau sedar.









Design:  4/ 5  
Colour: 4.5/ 5 Exactly sama. Cuma gambar di web tak jumpa cari.
Comfort: 4.5/ 5



Overall, Momoy memang berpuas hati dengan kesemua item yang Momoy beli di Agape. Harga murah tapi kualiti tidak menghampakan. Inilah cara nak nampak gorgoues tanpa merabakkan poket. Kesemua review di atas itu adalah jujur dari Momoy kerana kesemua kasut tu Momoy pakai berterusan. Momoy ni penggemar kasut jadi Momoy akan beli kasut yang Momoy pakai dan bukannya beli, pakai sekali dan simpan dalam almari kasut. Rugi jika begitu kan?



Dan Momoy ada usha-usha 2 pasang kasut ni dari Agape yang bakal Momoy kidnap. Ohhh…






Yang ni nampak perfect! Super sexy! Sekali pandang dah jatuh cinta. Macam Marc Jacob laa… Tumit sangat cantik. Momoy memang menitik beratkan tumit kalau beli heel tau. Arrgghh… Heel ni harus masuk koleksi ni.






Balerina ni memang comel. Ada suete pula tu didepannya =) Suete tu nampak mewah kalau kena padanan tau.




Kesimpulannya, Momoy suka, suka dan suka sebab boleh dikatakan exactly sama dengan gambar. Apa yang Momoy suka, kesemua kasut-kasut ni selesa dan ‘tak makan kaki Momoy’ manakala harganya pula berpatutan. Sangat puas hati. Tapi disebabkan kesemua kasut-kasut ini adalah pre-order, so perlu menunggu 3-4 minggu dengan penuh kesabaran. Tapi yang pastinya Momoy akan borong lagi kasut dari Agape tu =)



Hey, kalau kawan-kawan berminat nak memiliki kasut-kasut cantik pada harga yang murah dan berkualiti, dan mencari-cari apa jenis kasut untuk event boleh klik http://www.agapeboutique.com.my/



12 Comments
Comments

12 tukang comment:

caliph shuriken said...

kali ni citer kasut plak yer, hikk...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ caliph shuriken
hihi...yer dear =)

Cominica said...

so cute momoy!! :D
I love the pink one with bow <3

Shuhaidah Shukor said...

lepas nih sys bole lah belikan kasut kasut cantek untuk saya kan kan kan :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ cominica
me too =)
love to max

@faiz
salam kenalan bro

@mish coklat
boleh2 dear. pilih2 la mana berkenan pastu bayar sendiri. hihi...

dunia kecil indi said...

suka dengan sepatu yang kedua. so CUTE :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ dunia kecil indi
=) yang itu comel kan dear =)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

yeay!! love kasut! =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
=)
perempuan mmg suka kasut dan benda2 yang cantik kan

Lavender Sibling said...

banyak kasut momoy..dah la semuanya cantek2..ske3.. :)

Rina Rossoneri said...

kita bukak blog kamu nih sbb Agape put ur link..sbenarnya kita mmg suka sgt tgk kasut kat Agape tapi kita takut sgt nak beli kasut online sbb takut tak selesa n sakit kalo jalan, lepas baca review kamu barulahh rasa yakin nak beli..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Lavender Sibling
hihi... momoy mmg suka kasut
jom jom try agape
byk yang cantik2

@ Rina Rossoneri
kena ukur kaki betul2 dan size dari chart yang diberi
kalau dear tak confident boleh tanya owner agape

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!