NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, October 23, 2011

Tragedi Tragis Xiao Yueyue



Salam kawan-kawan.


Tadi Momoy baca Metro dan terkejut bila cerita tentang Yue Yue dipaparkan di berita. Seminggu sebelum berita tersebut ditulis, Momoy lihat video menyayat hati tersebut. Seminggu juga Momoy dan kawan-kawan ulas tentang accident tersebut. Bagaimana sikap rakyat di China yang memandang nyawa bayi berumur 2 tahun tanpa harga. Memang sedih sangat. Berapa kali tengok pun boleh mengalir air mata.




Si kecil Yue Yue (kredit)




Video rakaman CCTV yang menggemparkan seluruh dunia itu memaparkan seorang budak perempuan Yue Yue sengaja dilanggar oleh van putih. Van tersebut berhenti seketika tapi terus menggelek bayi kecil tu. Yang kemudiannya digilis pula oleh sebuah lori. Ironinya, ia berlalu di kawasan laluan pejalan kaki. Seramai 18 orang yang melalui jalan itu hanya melihat Yue Yue terlantar parah tanpa memberi apa-apa pertolongan. 


Individu ke-19, seorang makcik yang bekerja sebagai pengutip sampah, Chen Xianmei ternampak Yue Yue dan segera menarik bayi tu ke tepi jalan sebelum kenderaan lain datang menggilisnya. Tindakannya itu, kata doktor menyelamatkan Yue Yue dari mati terus di tempat kejadian. Bagaimanapun Yue Yue mungkin terselamat jika tindakan pantas dari pejalan kaki tapi malangnya itu tidak berlaku. Chen Xianmei kata dia selepas tu mencari sesiapa yang kehilangan anak tetapi tak ada seorang pun yang respon. 




Kredit gambar dari beliefnet.com




Selama sepuluh hari si comel tu koma dengan kecederaan parah akhirnya semalam dikhabarkan telah meninggal dunia. 2 pemandu van dan lori yang melanggar Yue Yue telah dikenalpasti. 18 orang individu yang bertanggungjawab atas kematian Yue Yue juga bakal dikenakan hukuman. 

Dalam China Daily USA menulis beberapa saksi pejalan kaki dalam video tu: Lelaki yang membawa basikal roda tiga elektrik, Zhang memberitahu alasan dia tidak nampak ada budak terlantar dengan banyak kesan darah di jalan sebab gelap. Seorang perempuan bernama Lin yang bawa anaknya di tempat kejadian pula memberitahu bahawa dia nampak Yue Yue parah dan berdarah menangis perlahan kesakitan. Tapi segera tinggalkan tempat tersebut apabila anaknya turut sama menangis sebab takut. Lelaki berbaju hijau pula menidakkan ternampak Yue Yue. Katanya lagi kalau dia ternampak pasti dia akan tolong tapi semua orang dan penjual yang berada berhampiran tidak percaya cerita itu dan menafikan dakwaan lelaki tersebut. 


Memang tak dapat nak terima apa alasan mereka. Kejam betul. Kebaikkan makcik yang tolong Yue Yue tu akhirnya dapat award 10,000 yuan ($1500) dan di offer kerja dengan gaji yang stabil. Manakala keluarga Yue Yue diberi derma. 




Video dari Youtube



P/S: Pengutip sampah juga yang berperikemanusiaan dan bermoral tinggi. Ambil iktibar dan pengajaran tentang apa yang berlaku. 


Semakan Penempatan Guru Lepasan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) SR Jun 2010

Salam kawan-kawan.


Semakan Penempatan Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi Lepasan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 - Sekolah Rendah boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/gsst/semakan/sr/xxxrendmsikpm/index.cfm


Tuan/puan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.


Bahagian Pengurusan Maklumat, 
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

Wednesday, October 19, 2011

Giveaway of the day




Hello everyone…
To enter these International Giveaways, please click on the tittle yea =)
Good luck!





Ends: 1 November 2011


Ends: 2 November 2011

My first mini give away! ~

Ends: 24 November 2011


My first "Thank You Giveaway"!

Ends: 31 October 11



Ends: 3 November 2011




Ends: 31 October 2011  



Ends: 23 October 2011

The Most Popular Beauty Products In Japan + HUGE Giveaway!



loveFEMME's "Favorites" Giveaway

Ends: 28 October 2011


My First Ever Giveaway

Ends: 24 October 2011


Halloween Giveaway

Ends: 25 October 2011




Ends: 19 October 2011


Tuesday, October 18, 2011

Semakan Panggilan Ujian MTEST bagi KPLI j-QAF Ambilan Jan 2012





Salam kawan-kawan.


Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Online Nama Calon Yang Berjaya Menduduki Ujian MTeST bagi calon-calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012 boleh dibuat di :http://apps1.moe.gov.my/kpli/mtest2012/


Ujian MTeST di seluruh negara akan dijalankan pada 22 OKTOBER 2011 (SABTU). Sila cetak dan bawa slip panggilan ujian bersama kad pengenalan.


18 Oktober 2011
Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 2 - 6, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

http://www.moe.gov.my/








Sunday, October 16, 2011

Sana Hadanomy 1000 MG Collagen




Salam kawan-kawan.

Momoy jenis yang percaya pada kebaikan kolagen pada kulit . Maka bila ada produk yang mengandungi sehingga 1000 MG collagen Momoy sangat-sangat suka. Apatah lagi kalau ianya produk dari Jepun/ korea. Sebab ianya comel dan berkesan.



Necklace comel tu sebagai hiasan saja ya =)





Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist


Ingat tak lagi Momoy  pernah cerita tentang Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist Limited Edition yang berbentuk hati pada entri yang lepas? Oh. Boleh klik SINI untuk baca.



Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist Limited Edition



Dulu nak beli Sana Hadanomy ni memang susah. Kena beli online. Sekarang dah boleh didapati di Watson dan beberapa Jaya Jusco yang terpilih. Momoy ke Watson untuk beli refill sebab ianya dah habis. 4 bulan baru habis. Nampak je kecil tapi tahan lama. Dulu memula nak guna Momoy ingatkan ianya macam mist yang lain, beli mahal-mahal tapi sekejap jer pakai. Tapi Sana Hadanomy ni lain, tak rugi Momoy beli. Kulit pun cantik je sebab ada collagen yang tinggi =) Yah. Jujurnya Momoy suka kesemua rangkaian dari product Sana Hadanomy ni.








Ini Sana Hadanomy 1000MG Collagen Mist 250ml. Boleh terus digunakan Tapi oleh sebab Momoy ada botol comel SH Limited Edition tu so Momoy guna untuk refill je. Percaya tak botol 250 ml ni boleh tahan 8– 10 bulan. Memang berbaloi kalau kawan-kawan belinya.




Left | Sana Hadanomy 1000MG Collagen Mist 250ml 
Right Sana Hadanomy 1000MG Collagen Mist 90ml Limited Edition





Jantung hati Momoy =) Comelkan packaging Sana Hadanomy ni dalam warna merah jambu lembut.







Momoy refill separuh saja dalam botol kecil tu. Itupun dapat tahan selama 2 bulan. Ringan dan senang nak bawa ke mana-mana. Hihi... umpama gadis Jepun yang Momoy lihat di Youtube, Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist ni wajib ada dalam handbag mereka. Review Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist ni kawan-kawan boleh baca di SINI.



Sana Hadanomy 1000MG Collagen Cream



Sana Hadanomy 1000MG Collagen Cream





Ini produk kedua kesukaan Momoy dalam range Sana Hadanomy selepas mist. Seperti biasa, packaging memang boleh buat sesiapa saja jatuh cinta. Momoy gunakan ia sebagai krim pelembap malam. Memang seronok gunakan Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni sebab bila bangun pagi kulit terasa lembap dan lembut.







Apa yang menyenangkan Momoy suka bau Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni seperti ros yang lembut.







Teksturnya nampak cerah jernih tapi pekat. Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni cuma perlu dipakai dalam kuantiti yang sangat sedikit. Betul. Cuma guna sedikit sahaja tapi dah cukup untuk ratakan di seluruh muka sebab ianya pekat. 5 minit pertama ia seperti lembap melekit sedikit pada muka. Tapi selepas itu kawan-kawan boleh rasa Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni dah meresap dan lembut bila kulit disentuh. Lembut dan kelembapan yang tinggi boleh dirasai hingga keesokkan hari. Memang terbaik. Sampai sekarang, Momoy masih setia dengan Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni sebagai krim malam Momoy.



Pada yang mahu mencuba Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Cream ni, Momoy sangat-sangat recommend produk ni. Dan pastinya kawan-kawan akan sukakannya =) 



Wednesday, October 12, 2011

Momoy just won a Circle Lens Giveaway!


Salam kawan-kawan.

Few weeks before, Momoy entered a circle lenses giveaway contest by Jeeya’s Beauty and Fashion Blog where 300 valid entries randomly selected to win circle lenses from icandystylelens.com



Visit her blog. Jeeya have another GA here


And they just announce the Winner of Circle lens giveaway contest by icandystylelens.com. Yay. Momoy won! 


Thank you so much, Jeeya, for quite an unexpected and delightful surprise! Momoy have never really won anything, so Momoy was especially excited to win a giveaway.








There was TONS of gorgeous GEO circle lens at icandystylelens.com. Let’s have a look!







It’s going to be perfect for my new outfit =) Anyway, Momoy can’t wait to wear the lenses. Just wait for my photo review yea ^^ Last, but not least, much thx dear Jeeya and icandystylelens.com for this lovely circles lenses. 


Sunday, October 9, 2011

Jenis-jenis My Beauty Diary Mask



Salam.

Entri ini request dari cik Anonymous dari entri Love The My Beauty Diary Face Mask Max!.  My Beauty Mask berasal dari Taiwan ni merupakan salah satu face mask yang popular di Asia seperti Taiwan, China, Singapore dan Malaysia. Boleh dilihat dijual di Watson, Guardian dan lain-lain. Hinggakan pelakon wanita Taiwan, Barbie Hsu dan Dee Hsu pun recommend My Beauty Mask.












Bawah ni adalah jenis-jenis My Beauty Diary.  






Strawberry Yogurt Mask


Natto Mask


Aloe Mask 

Bulgarian White Rose Mask

Sake Yeast Mask 

Southern France Apricot Mask 

Pearl Powder Mask 

Red Vine Mask

Black Pearl Mask 

Apple Polyphenol Mask 

Cooling Mask 

Mixed Berry Mask 

Q10 Rejunating Mask 

Bird's Nest Mask 

Collagen Firming Mask

Japanese Cherry Blossom Mask 



Ada banyak jenis My Beauty Mask ni tapi Top 5 dari My Beauty Mask Official Site adalah:


Black Pearl Mask
Japanese Cherry Blossom Mask
Pearl Powder Mask
Bulgarian White Rose Mask
Aloe Mask



Tuesday, October 4, 2011

Love The My Beauty Diary Face Mask Max!


Salam kawan-kawan.


Semalam selepas balik dari kerja Momoy ke Kuantan. Dari Kerteh-Kuantan makan masa 2 jam perjalanan disebabkan hujan lebat sepanjang jalan. Tujuan sebenar cuma nak ke Hong Leong bank sebab nak bayar kereta. Hasil dari  melencong ke Berjaya Megamall...




Inilah dia - My Beauty Diary mask!
Kawan-kawan tentu pernah dengar tentang beauty diary face mask yang sangat popular tu kan.



Momoy memang addicted sangat dengan My Beauty Diary mask.
So, 2 kotak yang mengandungi kesemua jenis My Beauty Diary mask ni telah Momoy rembat.



Clear packaging untuk mix My Beauty Diary lagi super cute berbanding dengan packaging untuk sejenis sahaja.


[Sekotak]
15 keping + 2 keping = kulit yang comel =)



Selesai cerita tentang mask. Di Kuantan tu juga, Momoy beli beberapa stuff yang pastinya ada unsur-unsur Korea dan Jepun. Tidak dilupa majalah Popteen kesayangan Momoy. Juga nak share stokin tidur Momoy yang baru lagi cute ni. FYI, Momoy memang dah biasa tidur berstokin comel. Tujuannya:



* Memang untuk comel ala-ala Korea/ Jepun gitu. Hishh...
* Mengekalkan atau mengunci losyen (lotion lock) selepas apply losyen sebelum beradu - untuk tapak kaki
* Kurang sejuk
* Tidur lebih nyenyak =)



Malas nak taip panjang-panjang. Korbankan masa lunch untuk taip entri ni. Hari ni memang sibuk dengan report dan site meeting. Sekarang tanpa membuang masa, Momoy persembahkan stokin bubum baru Momoy yang comel. Tadaaa....




 Kawaii socks =)



Kredit gambar Liz Lisa pijama ke petitbebuffetina
Pijama yang remind Momoy tentang Liz Lisa dalam washing machine =(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!