NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, March 7, 2011

Apa Kaitan Air Suam dan Serangan Jantung ?

Salam kawan-kawan =)


Sebenarnya fakta ni Momoy dapat dari email Momoy. Fakta ni bagus tau. Ia bukan semata-mata citer pasal air suam, tapi berkenaan serangan jantung (heart-attack).


Korang nak tahu, masyarakat China dan Jepun minum air suam time breakfast. Bukan minum air sejuk yang kebanyakkan orang kita selalu buat. Mungkin ini lah masanya untuk kita mengubah tabiat semasa makan. Bagi Momoy memang tak susah. Sebab Momoy minum air suam dan air panas. Momoy memang tak minum air berais =) setelah bekerja.


Picture- Google




Kepada korang yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat korang. Memanglah rasa nikmat bila  minum air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. 

Sekaligus gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan. 



Petanda Lazim Serangan Jantung 


Amaran berkenaan serangan jantung - Korang seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri .Mungkin korang belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. 


Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa...


Sunday, March 6, 2011

The Mechanic (2011)



Assalamualaikum kawan-kawan.

Picture- Google

Korang dah tengok ‘The Mechanic’ ? Cerita yang mengisahkan tentang Athur, pembunuh upahan yang membunuh mangsanya tanpa meninggalkan bukti. Mangsa akan dibunuh seolah-olah ianya seperti kemalangan. Sehinggalah suatu hari Athur ni membunuh mentornya sendiri. Oleh sebab perasaan bersalah, maka Athur mengajar Steve (anak mentor yang dibunuhnya) tentang cara-cara dan skill membunuh.


Tetapi Steve ni  ada perasaan ego. Tak mahu dengar cakap. Hampir-hampir je Steve ni jadi mangsa rogol mangsa dia. Haha… Memang lawak la part ni. Bagi korang yang sukakan aksi, cerita ni korang kena tengok. Tapi jalan cerita dengan tajuk ‘The Mechanic’ tu seperti tak berapa kena bagi Momoy. Mungkin ‘Killer’ atau ‘The Hitman’ tajuk yang lebih sesuai. Sebabnya ‘The Mechanic’ ni langsung tak tunjuk skill dia dalam repair kereta. Banyak tunjuk skill bunuh orang je.


Ending cerita, akhirnya Athur ni kantoi ngan Steve tapi dia terselamat dari dibunuh oleh Steve. Steve pula yang mati dengan dasyat sekali. Kesian. Nak balas dendam kematian bapa dia tapi tak berjaya. Bagi  ‘The Mechanic’ ni Momoy bagi 3 dari 5 bintang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!