Salam kawan-kawan.
Dulu Momoy ada share petua cara nak hilangkan parut jerawat.
Ingat tak? Hari ni Momoy nak kongsi bersama-sama kawan-kawan satu petua mudah
untuk dapatkan kulit wajah yang flawless. Suka tak? Momoy dapat petua ni dari
kenalan ibu, yang berketurunan baba dan nyonya.
Apa yang Momoy nak tunjukkan nanti dinamakan The Egg Honey
Mask. Masker tu dapat menghilangkan white head, jadikan kulit lebih lembut, licin,
tegang dan FLAWLESS! Kawan-kawan akan dapat lihat perbezaan segera selepas
mencuci egg honey mask, kulit terasa licin dan lembut. Lakukan seminggu sekali
untuk dapatkan kulit muka yang flawless.
Rutin Momoy memang pakai mask setiap hari
Selasa dan Sabtu. Ini cara Momoy untuk berdisiplin. Juga sebagai pemakaian mask
secara konsisten dan perawatan wajah secara teratur.
Malas membebel panjang jadi, mari kita mulakan. Sebelum itu,
Momoy cadangkan untuk menarik fringe atau bang ke belakang atau ikat saja
rambut. Lagi mudah untuk elakkan rambut terkena muka semasa pakai mask, kan?
Sekarang, sediakan bekas. Momoy gunakan penutup hair mask.
Pecahkan sebiji telur ayam. Asingkan kuning telur. Momoy
hanya gunakan sedikit putih telur sahaja. Itu pun sudah memadai.
Kemudian tambahkan sedikit madu semulajadi (natural honey)
yang tidak mengandungi apa-apa chemical. Momoy guna madu masakan saja yang boleh
dibeli di kedai runcit pada harga RM 3- RM 4.
Kacau campuran tersebut. Jika ada buih-buih putih terhasil,
boleh asingkan buih tersebut.
Setelah campuran putih telur dan madu itu sebati, kawan-kawan dah boleh aplikasikan di muka. Momoy suka pakai 4-5 lapis sehingga masker itu habis.
Jangan risau
kerana masker ni tiada bau hanyir putih telur kerana bau dan manis madu.
Kawan-kawan boleh bercakap dengan masker ni (muka tidak jadi keras atau kaku).
Sesudah siap apply masker tu di muka, tunggu minimum 30
minit. Basuh muka dengan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.
Kawan-kawan akan dapat rasakan kulit muka lembut, bersih dan paling ketara
seperti porcelain.
Okay. Camwore sambil baring sementara tunggu masa berlalu ditemani Elmo.
Momoy berharap kawan-kawan berasa seronok untuk mencuba DIY masker
madu telur ni. Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba =)
Related Posts : :: COSMETIC 'n' BEAUTY ::,
:: Lifestyle ::,
:: TIPS 'n' TRICKS ::