NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, January 10, 2012

Email mengejutkan dari EVERYDAY !



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Haa… bersawang dah blog walau baru saja mula tahun baru. Isk… isk… Yelah. Momoy agak sibuk sedikit. Hmm… nanti Momoy cerita sebabnya. Tadi Momoy check email yang masuk ke folder inbox dan terkejut bila terima email ini…



Dear Momoy,
Good Day.

We would like to congratulate you being selected as a winner for 

LivingSocial Coupons' December RM100 Monthly Contest.




Alhamdulillah. Email dari staff Everyday (kini Living Social) yang mengatakan penyertaan entri Momoy telah menang entri bagi bulan December 2011. Tak sangka sebab entri Momoy tu simple saja dan suka-suka submit penyertaan. Entri tu mengenai seluar panjang jenama ZARA RM 197 yang Momoy beli dengan diskaun 72% dengan menggunakan kopun online Everyday. Inilah entri tersebut:

Oh! My ZARA dah sampai


Kredit RM 100 tu boleh la Momoy guna untuk belanja ibu angkat ke spa atau makan-makan bersama nanti =) Untuk team Everyday, terima kasih kerana memilih entri Momoy.


Terima kasih sekali lagi Everyday.






NOTE: 
Entri ini Momoy gunakan ‘Everyday’ untuk elakkan kekeliruan pembaca semasa penyertaan entri ZARA. Untuk pengetahuan semua, Everyday kini telah bertukar nama kepada LivingSocial. Lawati website mereka di www.livingsocial.com.my dan LivingSocial MY facebook fan page



Thursday, January 5, 2012

Cara nak kulit muka FLAWLESS seperti porcelin !



Salam kawan-kawan.

Dulu Momoy ada share petua cara nak hilangkan parut jerawat. Ingat tak? Hari ni Momoy nak kongsi bersama-sama kawan-kawan satu petua mudah untuk dapatkan kulit wajah yang flawless. Suka tak? Momoy dapat petua ni dari kenalan ibu, yang berketurunan baba dan nyonya.



Apa yang Momoy nak tunjukkan nanti dinamakan The Egg Honey Mask. Masker tu dapat menghilangkan white head, jadikan kulit lebih lembut, licin, tegang dan FLAWLESS! Kawan-kawan akan dapat lihat perbezaan segera selepas mencuci egg honey mask, kulit terasa licin dan lembut. Lakukan seminggu sekali untuk dapatkan kulit muka yang flawless. 



Rutin Momoy memang pakai mask setiap hari Selasa dan Sabtu. Ini cara Momoy untuk berdisiplin. Juga sebagai pemakaian mask secara konsisten dan perawatan wajah secara teratur.



Malas membebel panjang jadi, mari kita mulakan. Sebelum itu, Momoy cadangkan untuk menarik fringe atau bang ke belakang atau ikat saja rambut. Lagi mudah untuk elakkan rambut terkena muka semasa pakai mask, kan? Sekarang, sediakan bekas. Momoy gunakan penutup hair mask.



Pecahkan sebiji telur ayam. Asingkan kuning telur. Momoy hanya gunakan sedikit putih telur sahaja. Itu pun sudah memadai.




Kemudian tambahkan sedikit madu semulajadi (natural honey) yang tidak mengandungi apa-apa chemical. Momoy guna madu masakan saja yang boleh dibeli di kedai runcit pada harga RM 3- RM 4.



Kacau campuran tersebut. Jika ada buih-buih putih terhasil, boleh asingkan buih tersebut. 




Setelah campuran putih telur dan madu itu sebati, kawan-kawan dah boleh aplikasikan di muka. Momoy suka pakai 4-5 lapis sehingga masker itu habis.



Jangan risau kerana masker ni tiada bau hanyir putih telur kerana bau dan manis madu. Kawan-kawan boleh bercakap dengan masker ni (muka tidak jadi keras atau kaku).



Sesudah siap apply masker tu di muka, tunggu minimum 30 minit. Basuh muka dengan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih. Kawan-kawan akan dapat rasakan kulit muka lembut, bersih dan paling ketara seperti porcelain.


Okay. Camwore sambil baring sementara tunggu masa berlalu ditemani Elmo. 


Momoy berharap kawan-kawan berasa seronok untuk mencuba DIY masker madu telur ni. Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba =)


Monday, January 2, 2012

Sinking of Japan (2006) | 日本沈没 ; Nihon Chinbotsu


Salam kawan-kawan.

Mood lihat movie di Youtube. Kawan-kawan dah pernah tonton movie ni, "Sinking of Japan (2006)"? Dikenali juga "Japan Sinks". Hebat kan filemnya. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan hangat tetapi ia juga mendapat banyak ulasan dan kritikan. Tetapi ramai yang berpendapat (termasuk Momoy), "Shinking of Japan" adalah Japanese disaster movie yang terbaik sekali. Momoy juga berkali ganda lebih sukakan filem ini berbanding filem 2012, War of the World atau filem dari negara Thailand, 2022 Tsunami. 



Sinking of Japan (日本沈没; Nihon Chinbotsu) 2006 ialah versi baru bagi filem Japan Sinks 1973. Ianya berdasarkan sebuah novel fiksyen oleh Sakyo Komatsu. Filem Sinking of Japan ini telah diarahkan oleh Shinji Higuchi dan dibintangi oleh pelakon utama Tsuyoshi Kusanagi dan Kou Shibasaki berlakon dan lain-lain dengan berkesan sekali dalam filem ni. 



Ceritanya mengenai negara Jepun yang 'tenggelam' ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Pakar meramalkan hanya kurang dari 1 tahun untuk rakyat Jepun bersedia untuk menghadapi kesemua musibah iaitu letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami yang bermula untuk memecahkan dan akhirnya menenggelamkan negara mereka. 




Sinopsis The Sinking of Japan 


Ditemui oleh para saintis yang Jepun akan tenggelam ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Dan mereka mempunyai kurang dari setahun untuk memindahkan kesemua rakyat negara tersebut.


Tosyi (Tsuyoshi), pakar laut dalam dan juga membantu seorang saintis dalam penemuan tersebut telah bertemu Reiko (Shibasaki), pekerja penyelamat semasa krisis tersebut, yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. 



Apabila keadaan bertambah buruk di Jepun, Tosyi mendapat peluang meninggalkan Jepun untuk bekerja di England. Tosyi memujuk Reiko untuk mengikutnya. Tetapi Reiko memutuskan tidak keluar dari Jepun untuk membantu mangsa-mangsa. 



Ahli-ahli sains yang bertungkus lumus mendapat tahu Jepun masih mempunyai satu peluang atau harapan bagi yang masih terselamat. Dan Tosyi merupakan satu-satunya harapan yang boleh menyelamatkan Jepun daripada kemusnahan selepas seorang pakar laut dalam terkorban. Meskipun begitu, misi tersebut tetap akan mengorban nyawa. 



Sinking of Japan team


Director: Shinji Higuchi ~ Screenplay: Masato Kato ~ Music: Taro Iwashiro ~ Cinematography: Taro Kawasu ~ Cast: Tsuyoshi Kusanagi, Etsushi Toyokawa, Mao Daichi, Mitsuhuri Oikawa, Mayuko Fukuda, Hideko Yoshida, Akira Emoto, Jun Kunimura, Koji Ishizaka.


Klik untuk 




Sunday, January 1, 2012

Salam 2012




Seorang teman rapat selalu berkata pada Momoy, “Rehatlah. Jangan kuat sangat bekerja. Nanti sakit, sendiri yang susah”. Terima kasih. Momoy tahu kamu senantiasa mengambil berat akan kebajikan kawan-kawan kamu. Dan Momoy akui, kerja Momoy memang memerlukan komitmen dan pengorbanan masa yang amat besar. Tapi heh. Betul ke? Sebab ada je masa Momoy update blog. Haha... kantoi curi buat entri waktu kerja. Syhhh...



Tapi Momoy bertentangan pendapat dengan sahabat Momoy tu. Kerja memang tidak akan habis, sampai bila-bila pun. Tapi kalau bertangguh, sendiri juga yang berat menanggungnya. Bagi Momoy, kalau sakit jangan hanya terlantar, memanjakan diri, kelak makin teruk sakitnya. Lawan lah sakit tu.





Banyak perkara yang Momoy lalui demi memenuhi tuntutan hidup hinggakan tidak sedar sudah 365 hari berlalu. Melakar diari tahun baru yang pastinya masih putih dengan pelbagai azam yang ingin dicapai. Tidak kisahlah jika azam tahun 2011 tidak tercapai, apa yang penting cuba gandakan usaha untuk tingkatkan lagi kemajuan diri. Begitu lebih berbaloi dari menyesali apa yang telah terjadi.



Masuk tahun 2012 wajar kita mengubah tabiat diri. Stail dan gaya untuk lebih tampil yakin mungkin Momoy akan pertimbangkan juga. Bagi diri Momoy, Momoy mahu mulakan dengan rutin harian yang lebih teratur. Terutama yang berkaitan dengan kerjaya supaya terus maju setapak lagi ke hadapan untuk merancang masa depan yang selesa.



Momoy menutup tirai 2011 dengan senyum, dan berharap semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang. Kepada rakan-rakan blogger (juga silent readers) Momoy ucapkan terima kasih kerana terus menjadi pendorong untuk blog Momoy. Selamat tahun baru 2012.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!