NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, February 27, 2011

Comelnya HEMPEDU ULAR



Assalamualaikum kawan-kawan.


Seperti kebiasaan kalau officemate Momoy bawa benda-benda yang pelik, Momoy akan share di blog. Momoy pernah cerita dalam entry terdahulu tentang benda pelik ni kalau korang ingat. Kawan-kawan boleh refer entry ni... 








Yayy... sempat lagi snap kat office


First time (semuanya first time bagi Momoy. Haha...) tengok buah ni. Nama buah ni melada pahit. Snap-snap buah melada pahit ni untuk share bersama. Ada juga yang namakan buah ni hempedu ular. Di pantai timur diaorang gelar buah ni nada pahit. Kalau nama saintifiknya pula adalah Brucea amarissina. Korang pernah lihat tak buah melada pahit ni? Kawan Momoy kata buah ni teramat la pahit. Fuh... Nasib baik Momoy tak try. 




Khasiat


Bila Momoy tanya pak cik Google, dia kata pokok melada pahit ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Orang Cina yang paling banyak sekali guna buah melada pahit ni untuk merawat cirit birit. 


Biarpun pahit, buah melada pahit ni banyak khasiatnya. Ada kajian yang dibuat mengatakan buah melada pahit ni dapat mengawal penyakit kencing manis dan darah tinggi. Allah Maha Bijaksana. Buah melada pahit tu kecil je kawan-kawan, tapi khasiat tinggi. 




Comelkan?


Sekarang buah melada pahit ni dijemur dan dikering sehingga la proses menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Kemudian sedia untuk dijual di farmasi. Mungkin cara ni dapat kurangkan sedikit rasa pahit tu. Ini untuk sebagai ubat sakit buasir dan bisul. Tapi Momoy masih tak sanggup lagi nak telan.


Petua orang dahulu pula, diaorang akan gunakan daun melada pahit tu untuk hilangkan bengkak akibat terseliuh atau angin. Caranya dengan menumbuk daun melada pahit tu bersama garam. Kemudian diaorang akan balut kat tempat yang bengkak tersebut. Buat 3 hari baru la hilang sakit tu. Urm... Tak pernah try. Tapi mungkin menjadi. Sebab orang lama makan garam dahulu dari kita. Sedangkan kita makan kentaki. Tak tahu tentang khasiat alam ni. Sekian saja dari Momoy.


Terima kasih sudi membaca.

9 Comments
Comments

9 tukang comment:

cik beLLanan said...

hampedu ular? xpenah dgr. mesti pahit gak cam mengkudu. ke tak? ;p

z.u.n.a.i.d.a said...

laaa, ingatkan bebetul hempedu ular td..emmm zue pon xpenah tgk g buah tu..huhuhuhuhu..

||aLeaSaRa|| said...

tak pernah dgr dan tgk buah ni.tq sudi share ye..tulah kat blog sis ni mcm2 ada!

Admin said...

huhu..
byak kan bnde yg kte tak tahu khasiat
die, huhuhu 1st time tgk nie :)

Terbaru:
Bila Cinta Diibaratkan Sebiji Limau
Yang Aku Mahu, Hanya Kamu

.::: Princess MOMOY :::. said...

@beLLa
kawan Momoy makan tadi kata pahit yang amat melampau

@zunaida
ada kat bawah tadi zue

@aleasara
sama-sama alea
pelik bagi Momoy
dat y share kat blog
sama-sama leh dapat ilmu

@ahsfantasy24
tula dear. Banyak benda yang kita x tahu kat alam ni.
Tapi buah ni memang seyes kecik jer

caliph shuriken said...

baik awk mkn ni ganti kentaki, hukk..

latest en3: ~ aku, dia & vintage photo contest ~

Buletin Bawang said...

taknak taknak.. pahit.... huhuh popolita mmg x minat makanan pahit sebenanye.. wlupun ia sejenis ubat.. bayangkan, kalau time batuk pun masih mkn ubat batuk cap ibu dan anak.. sbb ubat tu sedap.. ekekek

Ayie said...

yang manis itu racun, yang pahit itu ubat.. tapi aku pilih racun.. tak suka la pahit-pahit.. hahaha

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ caliph shuriken
namo namo namo

@ P0polita
sama la kita
pahit amat. erkk

@Ayie
heheh... sempat lagi tu si ayie nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!