NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.
Showing posts with label :: BLOG | BLOGGER | BLOGGING ::. Show all posts
Showing posts with label :: BLOG | BLOGGER | BLOGGING ::. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

TIP Cara Install Tulisan (font) Menarik!



Salam kawan-kawan.

Kadang-kadang bila Momoy blogwalking, baru Momoy perasan font yang digunakan untuk header khususnya sangat creative tapi terhad. Maksud Momoy jenis font yang digunakan biasa-biasa sahaja. Jadi di mana nak dapatkan font yang menarik? Baca entri ini. Momoy buat tutorial ini khas untuk blogger yang suka design atau bertukar-tukar header tau. Golongan ni suka font yang fancy.



Credit gambar dari new.myfonts.com



Ada banyak cara untuk dapatkan tulisan yang menarik ni. Tapi tutorial ni Momoy nak cerita dengan menggunakan 1001freefonts. Ada banyak font di web tersebut dan ianya percuma. Apa yang bestnya di 1001freefonts ialah ia boleh digunakan terus dalam Paint, Microsoft. Power Point, PhotoScape, Microsoft Word dan sebagainya. Cuma kawan-kawan perlu download dan install satu-satu font yang kawan-kawan suka.



Langkah 1: Buka website 1001freefonts.

Langkah 2: Kawan-kawan pilihlah tulisan yang disukai.





Langkah 3: Klik ‘Window Download’ untuk muat turun.





Langkah 4: Buka file yang siap di download. Kawan-kawan double klik pada font file tersebut.





Langkah 5: Ia akan keluar seperti gambar di bawah. Klik ‘Install’. Selesai.






Cuba buka Paint dan lihat font yang baru di download. Untuk tutorial ni, Momoy guna font jenis Typewriter from hell.






Okay lah kawan-kawan. Silalah picit ‘like’ jika suka entri ini ye. Selamat mencuba =)





Wednesday, August 10, 2011

Cara Mudah Dan Pantas Kesan Entry di Copy Paste | Anti-Plagiarism





Assalamualaikum kawan-kawan.


Adakah korang seperti dalam filem Copycat 1995 ini? - Picture: Google


Entry kali ni Momoy nak share macam mana untuk kita kesan pakcik kopiket atau miss copycat. Bahasa blogger – copy dan paste entry blogger lain. Sangat mudah dan pantas jika korang anti plagiat ni.



Cara nak guna?
Korang hanya perlu paste url entry yang korang dan klik button search.



Kelebihan?
Web tersebut akan menganalisa url yang diberi. Jika ada sebarang copy paste, korang boleh check content setiap satu-satu entry dari result yang keluar.



Contohnya, entry Momoy [NUFFNANG: Apa itu CPC, BE, ME dan Ad?] telah di copy sebulat-bulatnya. Nama Momoy telah ditukar kepada nama blogger tersebut, Redlomo.



Menarik kan. Dah tak sabar nak try? Korang boleh mula kesan miss copycat korang sekarang di [copyscape]


No copy cat ye tanpa backlink dan permission owner nye kawan-kawan. Kreatif lah dalam berblog =) Baru la terasa nikmat berblogging kawan-kawan.
Selamat berblogging!











Thursday, June 16, 2011

Teknik dan Cara Untuk Menggodam Blog



Salam kawan-kawan.


Seperti yang korang tahu hari ini beberapa laman web rasmi milik Kerajaan Malaysia telah digodam (hacked) oleh sekumpulan penggodam Anonymous. Lihat SENARAI LAMAN WEB YANG DIGODAM OLEH HACKER ANONYMOUS.


Bukan saja laman web kerajaan, blog juga tidak terkecuali. Platform untuk para blogger ping entry juga digodam. Dan penggodam Adam Oscar Dimarco yang menggodam Gengblogger itu turut menyenaraikan bloglist blogger lain. Jahat sungguh. [KLIK SINI].


Bagaimana Nak Godam Blog atau Web? Bagaimana penggodam ini melakukannya? Apa teknik-teknik dan cara-cara yang digunakan untuk menggodam? Jom baca...




Kaedah Pertama- Dictionary Attack


Kaedah yang paling famous ini sesiapa sahaja boleh melakukannya hatta budak sekolah sekalipun (tapi tak semestinya dia berjaya). Apa yang berlaku, hacker atau penggodam ini akan menggunakan teknik dictionary attack iaitu meneka dan terus meneka kata laluan akaun (password) sehingga berjaya. Seperti yang selalu korang tengok dalam movie atau filem-filem perisikkan tu. 


Maka, elakkan penggunaan kata laluan yang biasa seperti nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nama dan sebagainya. Nak tahu password yang paling famous, senang dan mudah digodam? [KLIK SINI]. Jangan ambil mudah benda yang simple tapi kesan besar macam ni. 




Kaedah Kedua - Phishing


Salah satu kaedah atau cara yang digunakan adalah Phishing. Bunyi sebutannya sama seperti 'fishing'. Phishing digunakan dengan cara 'mengumpan' pengguna Internet yang lalai atau leka khususnya untuk memberi kata laluan akaun (password) mereka kepada penggodam-penggodam ini. 


Bagaimana mereka mengumpan? Cara termudah penggodam tersebut akan create satu page yang menyerupai antaramuka login akaun sama ada akaun emel, facebook atau pun e-banking. Kemudian penggodam tersebut akan menyamar sebagai admin atau pentadbir sistem akaun berkenaan. Kita diminta untuk menukar kata laluan (password) atau mengemaskini maklumat akaun. Kita pun terpedaya lalu termasuklah ke dalam jerat yang dipasang. Tamat cerita... 




Bahaya phishing ni kawan-kawan sebab banyak berlaku kes-kes kehilangan wang dari akaun bank. Jadi berhati-hati la ye kawan-kawan. Contoh emel phishing adalah seperti di bawah ni. 







Dan bila korang klik link tersebut, korang akan dibawa ke laman web phishing tersebut. Iaitu bukan laman web sebenar institusi kewangan tersebut. 





Kalau korang terjumpa emel sebegini sila abaikan. Jangan fikir panjang, tolong DELETE terus! 



Kaedah Ketiga - Keylogger


Adakalanya penggodam (hacker) mengahantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka. Perkara ni kebiasaannya banyak berlaku di Cyber Cafe dan tempat-tempat yang menyediakan kemudahan wireless percuma seperti di restoran-restoran.



Itulah antara teknik-teknik yang biasanya digunakan penggodam. Entri ini bukan bertujuan untuk mengajar korang menjadi hacker tetapi sebagai pengetahuan bagaimana cara hacker-hacker ini menggodam blog atau laman web. 




Cepat Bertindak!


Friday, May 20, 2011

BLOG | Cara Terpantas dan Termudah Untuk Jana Traffik Blog



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. 


Apa cara terpantas tapi mudah untuk meningkatkan traffik ke blog korang? Jawapan Momoy semestinya ping, ping dan ping. Korang tahu kelebihan ping untuk setiap entry terbaru korang kan? Ya. Selain mempromosikan blog korang, ia juga salah satu cara termudah dan terpantas untuk menjana traffik ke blog korang. 




Jika korang baca tips-tips dan cara-cara untuk meningkatkan visitor dari blogger-blogger dan otai-otai, mereka akan menyenaraikan website-website yang menyediakan ping ini. Selain ping di website, korang juga boleh ping blog di Facebook. Di bawah ni Momoy senaraikan ping blog yang terdapat di Facebook. 




Picture- Google

17 Ping Blog di FACEBOOK


1.  KakiBLOGGER
2.  KELAB BLOGGER
3.  Kelab Blogger Syoknya Download
4.  I'm Blogger
5.  Blogger's Malaysia
6.  BLOGGERS MALAYSIA
7.  Malaysia Blogger United
8.  Blogger Tegar Family
9.  Geng Blogger!!
10. Kelab Blogger Tegar Malaya
11. Gengblogger
12. Blogger Melayu
13. 1,000,000 MALAYSIA BLOGGERS! (Suggest!!!)
14. MusLiM BloGGeR UniTeD
15. blogger tegar malaysia
16. Sahabat Blogger
17. Blogger Ping




Dan kalau korang ada lagi ping blog di FB yang tidak Momoy senaraikan di atas, sudi-sudilah berkongsi bersama-sama. Sharing is sexy kan =)

Sunday, April 10, 2011

BLOGGER: Perlukah Entry Panas dan Lucah Untuk Naikkan Trafik?




Salam kawan-kawan.

Tak dinafikan makin banyak blog-blog baru yang muncul untuk memeriahkan lagi dunia blog kita. Blogging memang best tetapi perlukah blogger menggunakan entry yang panas dan lucah untuk menarik minat pembaca?


Maaf jika entry ni menyentap hati korang. Tapi perlukah blogger berbuat perkara sedemikian untuk rating? Meletak tajuk entry yang panas dan lucah? Ada juga yang meletak gambar dan entry yang tidak senonoh semata-mata untuk menarik perhatian pembaca.




Urm... Fenomena ni Momoy nampak makin berleluasa. Mungkin pada pandangan mereka tiada salahnya. Kononnya mahu menunjukkan kebenaran dan hal sebenar di luar sana. Tetapi tahukah korang sebenarnya mengajar golongan muda yang cetek akal dan lemah supaya pergi lebih jauh lagi tanpa korang sedar?


Ya. Traffic korang naik mencanak disebabkan tajuk entry saja dah kontroversi. Dan Momoy sedar rakyat Malaysia suka yang kontroversi. Tapi Momoy juga rasa amat-amat sedih bila mana melihat komentar adalah dari kalangan kaum wanita yang bertudung litup. Apa tujuan korang komen pada entry tersebut? Untuk menunjukkan korang dah baca atau lihat gambar-gambar di entry tak senonoh tersebut itu. Sangat-sangat memualkan okay. Jika pun secara tak sengaja korang dah terbaca dan melihat gambar-gambar di dalamnya, tak perlulah drop komen ye. Memalukan. Apatah lagi bagi yang perempuan.


Kawan-kawan, banyak lagi cara lain untuk naikkan trafik korang dari buat entry lucah atau separa lucah itu okay. Blogger-blogger otai pun banyak beri tips untuk kita cuba. Cukuplah. Katakan ‘TIDAK’ pada entry lucah/ separa lucah! 



Thursday, March 17, 2011

GUEST AUTHOR | Pentingkah penulis jemputan dalam dunia blog?







Apa itu guest author (penulis jemputan) ? 



Menurut saudara Fazreen yang juga guest author di blog lizarazak.com  , guest author adalah penulis yang dijemput untuk menulis di blog orang lain atau pun seseorang yang mempelawa dirinya kepada blogger lain untuk menulis di blog mereka.




Pendapat Momoy tentang guest author ? 


Pada awalnya Momoy agak keliru dengan fungsi guest author. Tambahan pula kat Malaysia ni kurang guest author berbanding blogger dari luar negara. Kenapa perlu kita memberi hasil tangan (entry) kita untuk dipublishkan oleh blogger lain. Setelah korang penat memerah otak memikirkan entry blog tetapi dengan senangnya mahu disedekahkan kepada blog orang lain pula. Kenapa? Korang ada jawapan?


Okay. Secara peribadi Momoy beranggapan guest author ni bagus juga. Memandangkan blog picisan Momoy adalah 600k ++ dalam ranking Alexa. (Urmm... baru jer download Alexa tools ni ^^ ) Maka Momoy ada hasrat untuk mencuri sedikit traffic dari blog otai-otai. Mungkin ada yang berkata; “Join saja segmen mereka”, “Bro Ben kan selalu buat segmen bantu blogger baru” dan bla... bla... bla.


Ya. Betul tu. Tapi bagi blogger pemalas seperti  Momoy yang nak join segmen-segmen mereka tapi mengharapkan longterm backlink. Maka jalan terbaik adalah menjadi guest author. Bayangkan blog picisan Momoy yang kurang info-info dan entry yang bermutu boleh tumpang backlink mereka. Baguskan kawan-kawan?


Lagi pun pada Momoy mengapa tidak? Parking entry Momoy pada blog-blog senior dan extra bonus jika tuan punya blog tersebut punya performance blog yang baik dalam SEO. Secara tak langsung Momoy dapat memperbaiki mutu entry blog Momoy yang lemah ni.


Apa kelebihan lain menjadi guest author? 


Antaranya:


1.    Boleh memperkenalkan blogger kepada orang lain atau menfemeskan diri
2.    Boleh meningkatkan populariti dan trafik blog
3.    Dapat berkongsi entri dan pengetahuan kita di blog lain
4.    Membolehkan blog ini cepat dikenali kerana blog mempromosi blog di dalam entri kita
5.    Dapat meningkatkan kualiti dan mutu penulisan
6.    Dapat melihat feedback daripada pembaca blog lain mengenai entri yang ditulis.
-Petikan dari blog 2dayblogger.com


So, adakah korang sekarang memikirkan untuk menjadi guest author? Jika jawapan korang YA. Jom bersama Momoy untuk sertai 'Segmen Rakan Blog' oleh bro Faizal – pemilik blog 2dayblogger.com


Korang boleh tulis apa sahaja entry menarik tetapi bukan entry berkaitan contest (GA), personal atau segmen. Syarat-syarat lain korang boleh [klik sini]


Tuesday, January 25, 2011

BLOGGER : Kaitan Akta Cukai Pendapatan 1967, Blogger dan RM 1 Juta




“Pengendali blog termasuk Facebook, terikat dengan peruntukkan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai”
-Jurucakap LHDN


Ini semua berikutan kenyataan dari Berita Harian semalam tentang kejayaan blogger yang mampu meraih income sebanyak RM 1 Juta setahun. Itu collector bloggers maybe. Dan blogger redmummy di muka surat depan. Malah di interview oleh Hot.fm. Cayalah...


Ramai yang terkejut. Tapi itulah hakikatnya. Kekasih Apex, Elia (blogger jejariruncing) juga dapat interframe sama dalam news tu. RM 70,000 untuk kisah peribada Elia. Mahal tu. Ini la yang dinamakan tuah. Kalau Apex pun ada blog, entah berapa pula income yang dia dapat. Huhu...


Sebenarnya ramai lagi blogger di luar sana tu yang income mencecah 4 dan 5 angka sebulan. Cuma tidak dicanang. Sekarang baru laa masyarakat yang buka mata pada blogger. Dulu, bila orang tu dikenali sebagai blogger, secara spontan orang akan anggap dia pemalas, tak ada pekerjaan atau suka mengutuk dan maki hamun orang dalam blog. 


Momoy sendiri dikutuk sebab punya blog. Kata mereka blog ni menghancurkan masyarakat sebab banyak gossip dan mengutuk orang. Bagi Momoy senang saja. Media lain seperti TV, radio, majalah, newspaper juga penuh dengan gossip dan menjatuhkan orang. Pilihan di tangan kita untuk memilih. Satu lagi, bukan kah kelebihan blog ialah lebih cepat sesuatu berita itu diterima berbanding media lain. Betul kan kawan-kawan?


Picture - Google

Agaknya kalau bukan reporter tu keluarkan cerita tentang pendapatan blogger RM 1 Juta setahun, mesti tak ada siapa tahu kan. Mungkin juga mereka ini masih pandang rendah pada golongan blogger seperti kita. Apa-apa pun, kepada blogger dan pengguan jaringan social yang mana online income nya melebihi RM 2500 sebulan, korang jangan lupa untuk mengistihar pada LHDN. Selamat membayar cukai. Hee...


P/s : Baru tahu blogger kena cukai.


Wednesday, January 19, 2011

BLOGGER : Sudahkah Korang Buat Website Lock?

Salam kawan-kawan.


Momoy nak share info tentang website lock. Biar pun tak setanding otai tapi hope berguna juga bagi blogger yang datang singgah ke blog Momoy. Korang dah buat website lock?




Kenapa korang perlu buat website lock?


1. Untuk menggelak kejadian blogger yang tidak bertanggungjawab menggunakan nick     korang. Seperti yang berlaku semalam pada blogger caliph shuriken ni dan tindakan yang boleh diambil korang boleh baca [BLOGGER: Kenapa Guna Shoutmix Untuk Tujuan Jahat]
2. Sebagai security
3. Untuk mengetahui full list blogger yang auto blogwalking (menipu)




Macam mana nak buat website lock?


1.  Korang klik web ni ----> http://www.shoutmix.com/main/index.php
2.  Klik Login 







3.  Klik website lock 




2.  Masukkan website URL korang dan klik save setting

5.  DONE


Credit to caliph shuriken yang mengajar Momoy bagaimana nak buat website lock ni.. Thx dear =)



Tuesday, January 18, 2011

BLOGGER: Kenapa Guna Shoutmix Untuk Tujuan Jahat?


Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger.

Kurang dari 10 minit entry ni ditulis Momoy amat-amat la terkejut bila baca message dari blogger caliph shuriken kat shoutmix Momoy. Katanya...





Kenapa guna shoutmix untuk tujuan jahat? Beliau dah pun kuarkan entry pemberitahuan supaya blogger lain tak wujud salah faham. Katanya ada blogger menggunakan nickname beliau tetapi url link pada page/ web yang bukan-bukan. Korang boleh baca entry tu di [SINI]


Kenapa ini berlaku ?

Manusia bermacam ragam. Rambut sekarang ni pun dah banyak kaler, apatah lagi hati manusia. Kenapa benda ni terjadi? Momoy beranggapan mungkin sebab :

1.  Memang dia berniat jahat. Busuk hati untuk menjatuhkan blogger lain.
2.  Kebetulan nickname sama.
3.  Kelemahan shoutmix ni sendiri. Tiada password. So sape-sape pun boleh menyamar!


Apa tindakan yang boleh dibuat ?

Report abuse dengan serta-merta untuk elakkan blogger tak bertanggungjawab tu menyebarkan lebih banyak lagi fitnah. 




Momoy cuma boleh nasihat tu saja dear. Nak tolong tak pandai. Urm... Kawan-kawan yang lain pandai tak camne nak buat report tu? Kalau ya, Momoy mohon bantuan korang untuk tolong blogger caliph shuriken yer. Terima kasih kawan-kawan.


Wednesday, January 12, 2011

BLOG: Penting Ke NAMA URL ?



Pernah tak korang bertanya penting ke nama URL blog korang selama ni? Pernah tak korang fikir yang nama URL korang tu mesti/ perlu:



1. Pendek

Ok. Yang ni bagi Momoy terbaik sebab senang nak ingat. Dulu nak guna nama URL 'momoy' jer tanpa 'princess' kat depan. Lebih senang ingat www.momoy.blogspot.com berbanding www.princess-momoy.blogspot.com. Panjang tu.  Tapi dah ada pemilik. Huhu... Walaupun macam tu blog Momoy ni ni korang ingat tak? 



2. Fancy

Urm... Momoy mungkin boleh tukarkan Princess kepada Princezs. Tapi mungkin Momoy akan hilang banyak visitor kot. Follower setia mungkin tahu (tak semua) tapi blogger baru? Rugi laa sebab sebab sapa la yang akan search enjin cari ‘princezs’ berbanding ‘princess’ kan?



3.  Nama URL bernombor itu COOL tapi...

Memang sangat cool kalau Momoy guna nama URL M0m0y atau princ3ss. Tapi tu laa dilema bila orang menaip Momoy dan bukan M0m0y. Heh... korang tak percaya yer ada orang cari perkataan Momoy, tengok gambar ni. 

Pada yang search princess momoy tu much thx yer ^^
Banyak giler yang cari blog awex Fahmi ni

4.  Domain 

Momoy memang berniat dari awal nak pakai domain sebab seronok berblogging. Pendek sket nama URL blog Momoy kan. 

Dulu www.princess-momoy.blogspot.com tapi sekarang bertukar kepada www.princess-momoy.com. Nampak macam pro sket ye tak? Muahaha... thx kepada sayap malam yang tolong Momoy time sessi pertukaran ni 2 hari lepas. Hihi...



5. Typo error

Dulu Momoy pernah terfikir nak guna Princesss (3 huruf s) sebab nampak macam best jer. Tapi mesti Pak Cik Google tak dapat cari blog Momoy disebabkan kesalahan ejaan (typo error) nama URL yang disengajakan tu. Huhu...



6. Pelik

Pelik ? Oh. Ada blogger yang bertanya kenapa nama Momoy? Pelik sangat kata diaorang. Err... Tapi bagi Momoy lagi pelik kalau nama Momok. Kawan-kawan tersayang, selamat datang ke blog Princess Momok! Lagi pelik kan kan kan. Haha... 


P/s:Ni first entry bagi kategori yang baru Momoy create :: BLOG | BLOGGER | BLOGGING :: Kalau suka entry ni tolong bagi rating yer. Thx korang =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!