Pages

Sunday, December 4, 2011

Homemade cinnamon mask for scar pimple



Salam kawan-kawan.

Momoy nak ajak kawan-kawan buat masker sendiri. Apa yang pasti ianya sangat mudah untuk dilakukan dan ianya cara berkesan untuk memudarkan parut jerawat di muka.



Bahan-bahannya cuma serbuk kayu manis dan madu. Kedua-dua bahan ni boleh beli di kedai runcit jika tiada di dapur rumah kawan-kawan. Harga serbuk kayu manis lebih kurang RM 3.15. Momoy guna madu masakan saja, dijual dengan harga RM 5.15. Tak sampai RM 10 pun kan. Lagipun tahan lama. 



Jom. Mari kita mulakan. Caranya campur 1/2 sudu serbuk kayu manis dan ½ sudu madu. Madu kalau nak lebihkan pun tidak apa. Gaulkan dengan sebati. Momoy guna jari telunjuk sahaja untuk gaul. Campuran tadi akan jadi seperti ini. Masker kayu manis tu dipupurkan pada muka kecuali kawasan mata.



Kiri: serbuk kayu manis | Kanan: madu 

Tuang serbuk kayu manis ke dalam bekas

Tuangkan madu

Kacau biar sebati (gambar ni pakai flash)

Pupur masker. Elak kawasan mata.




Ambilah berapa lama pun masa yang kawan-kawan suka. Paling kurang 40 minit. Bilas dengan air bersih-bersih. Kawan-kawan boleh rasa kulit lembut dan tegang sahaja sebab ada madu. Sebab utama guna madu adalah untuk menghalang rasa panas dan pedih kayu manis. Jadi madu adalah wajib ye kawan-kawan.



Tak perlu risau akan side effect ke apa sebab homemade cinnamon mask ni tiada bahan chemical. Lagi pun semasa pakai masker tu, ada bau wangi kayu manis.   



Kawan-kawan lakukan dengan konsisten 2 atau 3 kali seminggu. InsyaAllah. Parut jerawat itu hilang sedikit demi sedikit. Inilah cara yang paling murah, mudah dan berkesan untuk hilangkan parut di muka. So tiada alasan lagi ye untuk tidak pakai mask. Cuma malas atau rajin sahaja. Tekan like jika kawan-kawan suka petua orang lama-lama ini. Terima kasih sudi baca bebelan Momoy =)


6 comments:

  1. owh bgs betul petua ni mmg banyak khasiat kayu manis ngan madu.ye betul tu madu utk krgkan sikit rasa pedas ky mns.baunya pun sedap je nyumm nyummm...

    p/s:rindulah nak baca n3 sis momoy tu yg sggh sini :)

    ReplyDelete
  2. @ ||aLeaSaRa||
    tq dear sudi singgah
    ye guna madu untuk hilangkan rasa panas kayu manis
    madu pun byk gunanya kan =)
    jom la buat kat rumah
    senang je

    ReplyDelete
  3. klau sy minum perabis jaa madu tu, hikk...

    ReplyDelete
  4. Boleh tryyyy! sebab saya nya scar pimple pungg teruk ni. Kalau mekap pun nampak jugak. HEHEHE nak try nak try!

    ReplyDelete
  5. @ caliph shuriken
    heheh... nak mamam je tahu yer =)

    @ sarah mohamad
    tu la. selain pudarkan jerawat
    muka rasa bersih dan tegang jer
    tapi jgn lupa perlu ada madu tau dear =)

    ReplyDelete
  6. kalau guna petua ni akab buat parut tu jadi berlubang x??

    ReplyDelete