Pages

Thursday, March 17, 2011

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir





Assalamualaikum kawan-kawan. 

Dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:   


1. Zina bermaharajalela 
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. 
3. Bermaharajalela alat muzik. 
4. Menghias masjid dan membanggakannya. 
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. 
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa. 
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya 
    kelihatan muda. 
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan 
    perdagangan) 
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa 
     takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. 
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan 
     pengejek dalam masyarakat. 
12. Semakin ramai golongan homoseksual. 
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.   


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.   

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.    


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.    





Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.   


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. Amin. 


Sumber: Google dan Jalan Sehala




UPDATE : Korang boleh baca artikel 'Gempa ubah paksi bumi' dari akhbar ini.




18 comments:

  1. seramnye..dah nak kiamat..rasa insaf sekejap..tp,kenapa lepas tu buat dosa lagi..hishh..syaitan menghasut!! :(

    ReplyDelete
  2. kiamat tu pasti..kematian pun merupakan kiamat kecil buat manusia..apa2 pun kenalah bersedia..dunia ini sementara..

    ReplyDelete
  3. @ Miza Yusof
    hmm... Momoy pun
    memang kalau tgk sekarang maghrib pun awal
    langit cerah lagi even 7:30 mlm

    @ ✿....rossa alina....✿
    syaitan itu la pekerjaan nya

    @ !! Kodet !!
    itu la dear. kiamat itu pasti !
    bila ? hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui

    @ Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
    ye dear =)
    thx sudi comment

    @ Ainnur Afiffah :)
    @iqbalhakimi
    SubhanALLAH

    ReplyDelete
  4. sebenarnya tiada apa yang harus ditakutkan tetapi harus gembira jika esok ditakdirkan kiamat...kerana itu harus bersedia dari sekarang...jangan lengah lagi...nanti rugi ,sebab tak sempat...

    ReplyDelete
  5. mashaAllah...gerun mendengonya..

    ReplyDelete
  6. @ Republic Aku
    gembira kalau amal cukup bro
    tapi kalau lambat ajal kita makin banyak dosa yang dikumpul

    @ ♥WEIYDAWEINGWAFFA♥
    salam
    terima kasih sudi singgah dan commeny di blog picisan momoy

    @yusri
    tula. tanpa kita sedar kan

    ReplyDelete
  7. janji Allah itu benar.. sama2 kita tingkatkan amalan selagi diberi peluang...

    related en3: impak tsunami

    ReplyDelete
  8. kiamat dah dekat.

    err...tapi betul ke kedudukan matahari dah berubah? takde plak dengar berita pasal ni.
    saya rasa kalo kesan gempa bumi yang kuat, mungkin kedudukan bumi jer yang berubah sikit. contoh masa gempa bumi kat chile beberapa bulan lepas.
    kedudukan matahari takkan berubah. cuma kesan dari perubahan kedudukan bumi ni mungkin akan bagi kesan pada kedudukan matahari yang kita nampak dari bumi.

    just an opinion. i'm not an expert. huhuu~ ;)

    ReplyDelete
  9. @ caliph shuriken
    InsyaALLAH...
    thx sudi comment dear caliph

    @ Nini Mohd
    dear nini.
    jepun adalah negara di mana terbitnya matahari.
    pabila gempa yang menyebabkan pulau honsu berubah hingga 2.4 m
    secara x langsung kedudukan matahari turut berubah (seperti yang kamu katakan kedudukan bumi sedikit berubah)
    itulah yang akan mempengaruhi perubahan kenaikan matahari terbit.
    di chile kurang sikit kesannya sebab chile bukan negara yang mula sekali matahri terbit.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    nice info..or else i wont know bout this. thnks.

    ReplyDelete
  11. @ Kudin
    thx dear sudi baca

    @ Miecyber
    amal ibadah belum lagi sempurna

    @ 1m_run
    thx dear for visiting & reading

    ReplyDelete