Pages

Monday, March 7, 2011

Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia


Apa isu hangat sekarang? Tolak ke tepi isu blogger jatuhkan blogger. Sekarang momoy nak bercerita tentang seorang tomboy yang memijak dan membunuh beberapa anak kucing. Korang tahu isu ni? Pernah lihat di Facebook kan? Video yang tersebar meluas tentang seorang tomboy yang dengan sengaja memijak anak-anak kucing sehingga mati. Dan ianya berlaku di Malaysia!


Perbuatan kejam tomboy yang berumur 21 tahun tu dirakam oleh CCTV. Bila video CCTV tersebar dengan meluas kat Facebook. Maka gerakan mencari dan report polis dibuat. Dan akhirnya tertangkap. Tomboy tu akhirnya mengaku bersalah dan memohon maaf. Ada disiarkan video permohonan maaf tu di NTV7 tapi dalam bahasa cina. Sepatah pun Momoy tak faham. Mak tomboy tu ada di sebelah temankan anak dia.







Momoy kesal sangat dengan sifat zalim tomboy tu pada anak-anak kucing tu. Tapi Momoy kagum juga pada rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh mencari pembunuh kucing tersebut. Rupanya masih ramai yang prihatin dan tidak menyokong perbuatan kejam tu. Apatah lagi kucing tu haiwan kesayangan Nabi kita kan kawan-kawan. Dan syabas juga pada mak tomboy tu sebab tak melindungi perbuatan salah anak dia tu. Nak lihat video, gambar-gambar dan cerita lengkap, korang boleh [klik sini]

16 comments:

  1. minta maaf sebab takut bukan kerana rasa bersalah or menyesal. apapun itulah balasan pd kekejaman dia. di hantui kekatukatan bila nak kuar rumah sbb di kecam ramai

    KAWEN TANPA BERTUNANG TAK BERMAKNA KENA TANGKAP BASAH

    ReplyDelete
  2. Ooo kat Malaysia benda ni, bagus, bagus. Satu perkembangan yang baik, menunjukkan fungsi IT di Malaysia tak kurang hebat macam di oversea sana hingga dapat memberkas penjenayah-penjenayah macam ni.

    ReplyDelete
  3. tak sangka ada jgk manusia cmni. ibarat pepatah

    dalam binatang tiada sifat manusia,

    tetapi dlm manusia ada sifat binatang.

    tp ni bukan sifat binatang dh ni, ni dh macam kene rasuk setan dah

    ReplyDelete
  4. nape lah kejam sangat sampai bunuh kucing2 tu. ape la salah kucing2 tu kat dia. tak berperikemanusiaan langsung. binatang pon tak buat camtu.

    ReplyDelete
  5. @THE LEKAT LEKIT STORY
    Hmm... itu la...bila dapat ugutan baru takut

    @ Gen Fujita
    Yeah... macam cerita CSI

    @ Liquid
    uit... 1st time momoy dengar pepatah camtu

    @ caliph shuriken
    urm...dunia dah menghampiri khiamat
    nnt banyak lagi benda kejam berlaku

    @ Nini Mohd
    ntah la nini
    ni la tanda-tanda akhir zaman

    @nelly
    yup. cian anak tucen tu =(

    ReplyDelete
  6. ishh!!!..kejam sangat tu..ngeri je tgk

    ReplyDelete
  7. akhirnye dpt jugak tgkap org tu. padan muka die. sesuka hati je bunuh kucing..huhu

    ReplyDelete
  8. @ferry
    tu la...video tu kalau tgk memang kejam lah
    tak sanggup nak upload kat sini

    @siti aida
    tu la. kira cool jugak melaysia ni
    macam csi

    ReplyDelete
  9. stakat mohon maaf dan lepaskan tnpa hukuman ta guna! bodoh punya tomboy!

    ReplyDelete
  10. @GadisGula-gula
    itu la
    dah terlepas laku
    nak tarik semula memang susah

    ReplyDelete
  11. manusia, adat laa.. buat salah.. harap-harap lepas nih tade org jadi setaraf binatang lagi lah..

    Manusia dan haiwan ada 1 persamaan iaitu mempunyai otak.. tapi apa yang membezakan antara keduanya ialah akal..

    *ada akal, guna.. jgn simpan sampai bersawang.. hehehe

    ReplyDelete
  12. farid bace farid jadi marah ni..
    haihhhh..marah marah..haha

    ReplyDelete