Sedang musibah besar melanda negara matahari terbit Jepun itu, akhbar kita (Malaysia) iaitu Berita Mingguan (Berita Harian) boleh mempersendakan penduduk negara terbabit. Hairan dan sangat memalukan! Sudahlah baru-baru ini pelakon kita (beragama Islam) bergurau tentang bencana itu. Sekarang Zoy, pelukis komik untuk akhbar tempatan dan komik berperangai jengkel macam tu.
Di mana sensitiviti pelukis Zoy tersebut? Adakah beliau berasa lucu dengan bencana besar yang menimpa Jepun tu? Dan gara-gara tindakan pelukis yang kurang cerdik tu, Malaysia diselar oleh CNN. Tahniah la pelukis Zoy kerana anda baru saja memalukan rakyat Malaysia. Lady Gaga yang selalu kritik dengan fesyen peliknya tu pun membantu rakyat Jepun dengan menjual gelang ‘Pray For Japan’ berharga RM16 tapi kita?
Agaknya untuk melariskan akhbar masing-masing, soal sensitiviti rakyat dan negara lain diketepikan. Memang memalukan bagi Momoy. Di akhbar Kosmo pula kalau tak silap Momoy semalam, tetap mahu menyelitkan cerita tentang Miyabi si porn star tu di saat orang sibuk dan risau tentang penduduk di Jepun. Memang tak faham betul pemikiran orang berita ni. Apakah penting dan berguna sangat perosak yang seorang tu sampai sanggup keluarkan berita khas untuknya?
Amat-amat memalukan bagi sebuah negara Islam tetapi itulah realitinya. Akhbar tempatan tersebut hilang kewarasan dan pertimbangan dengan mencetak sesuka hati mereka tanpa memikirkan perasaan individu dan masyarakat di negara yang merana. Fikir-fikirkan.
P/s: Korang juga boleh baca tentang isu ini di blog 2dayblogger dan arcx13
: Sumber gambar dari Google
kan dia dah minx maaf
ReplyDeletedah2 la yer
slama ni kagum dgn artwork zoy.. tp disebabkan satu karikatur ni dh ilang hormat kt dia...
ReplyDelete@xcyber
ReplyDeletelain kali kena fikir dahulu
terlajak kata buruk padah nya
@ caliph shuriken
urm... pelik dengan pelukis zoy
tak tahu apa yang berada di fikiran dia ketika tu
biasalh momoy dulu pun time tsunami kat acheh pkataan tsunami tu ttibe jek jd top & jd mainan org...ada jualan tsunami, harga tsunami, kain tsunami sampaikan lagu aduh tsumawi pun ada...tak alert lngsg dgn prasaan org yg mnanggung akibat tsunami tu...igt bnda ni main2 ker???
ReplyDeleteTuhan Sudah Uji Namun Ada Manusia Ingkar
manusia tuh kompleks.. susah nk cakap.. kadang-kadang nampak bijak, hakikatnya, adalah sebaliknya.. tepuk dada tanya selera.. fikirkan segala tindakan.. jangan menyesal kemudia hari.. hoho
ReplyDelete@odah + one = odahone
ReplyDeleteyelah...termasuk la momoy
hmm...
@Ayie
bagus sekali ayat ayie
mendalam maksudnya tu
fikir fikirkan
=)