NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, January 10, 2012

Email mengejutkan dari EVERYDAY !



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Haa… bersawang dah blog walau baru saja mula tahun baru. Isk… isk… Yelah. Momoy agak sibuk sedikit. Hmm… nanti Momoy cerita sebabnya. Tadi Momoy check email yang masuk ke folder inbox dan terkejut bila terima email ini…



Dear Momoy,
Good Day.

We would like to congratulate you being selected as a winner for 

LivingSocial Coupons' December RM100 Monthly Contest.




Alhamdulillah. Email dari staff Everyday (kini Living Social) yang mengatakan penyertaan entri Momoy telah menang entri bagi bulan December 2011. Tak sangka sebab entri Momoy tu simple saja dan suka-suka submit penyertaan. Entri tu mengenai seluar panjang jenama ZARA RM 197 yang Momoy beli dengan diskaun 72% dengan menggunakan kopun online Everyday. Inilah entri tersebut:

Oh! My ZARA dah sampai


Kredit RM 100 tu boleh la Momoy guna untuk belanja ibu angkat ke spa atau makan-makan bersama nanti =) Untuk team Everyday, terima kasih kerana memilih entri Momoy.


Terima kasih sekali lagi Everyday.






NOTE: 
Entri ini Momoy gunakan ‘Everyday’ untuk elakkan kekeliruan pembaca semasa penyertaan entri ZARA. Untuk pengetahuan semua, Everyday kini telah bertukar nama kepada LivingSocial. Lawati website mereka di www.livingsocial.com.my dan LivingSocial MY facebook fan page



Thursday, January 5, 2012

Cara nak kulit muka FLAWLESS seperti porcelin !



Salam kawan-kawan.

Dulu Momoy ada share petua cara nak hilangkan parut jerawat. Ingat tak? Hari ni Momoy nak kongsi bersama-sama kawan-kawan satu petua mudah untuk dapatkan kulit wajah yang flawless. Suka tak? Momoy dapat petua ni dari kenalan ibu, yang berketurunan baba dan nyonya.



Apa yang Momoy nak tunjukkan nanti dinamakan The Egg Honey Mask. Masker tu dapat menghilangkan white head, jadikan kulit lebih lembut, licin, tegang dan FLAWLESS! Kawan-kawan akan dapat lihat perbezaan segera selepas mencuci egg honey mask, kulit terasa licin dan lembut. Lakukan seminggu sekali untuk dapatkan kulit muka yang flawless. 



Rutin Momoy memang pakai mask setiap hari Selasa dan Sabtu. Ini cara Momoy untuk berdisiplin. Juga sebagai pemakaian mask secara konsisten dan perawatan wajah secara teratur.



Malas membebel panjang jadi, mari kita mulakan. Sebelum itu, Momoy cadangkan untuk menarik fringe atau bang ke belakang atau ikat saja rambut. Lagi mudah untuk elakkan rambut terkena muka semasa pakai mask, kan? Sekarang, sediakan bekas. Momoy gunakan penutup hair mask.



Pecahkan sebiji telur ayam. Asingkan kuning telur. Momoy hanya gunakan sedikit putih telur sahaja. Itu pun sudah memadai.




Kemudian tambahkan sedikit madu semulajadi (natural honey) yang tidak mengandungi apa-apa chemical. Momoy guna madu masakan saja yang boleh dibeli di kedai runcit pada harga RM 3- RM 4.



Kacau campuran tersebut. Jika ada buih-buih putih terhasil, boleh asingkan buih tersebut. 




Setelah campuran putih telur dan madu itu sebati, kawan-kawan dah boleh aplikasikan di muka. Momoy suka pakai 4-5 lapis sehingga masker itu habis.



Jangan risau kerana masker ni tiada bau hanyir putih telur kerana bau dan manis madu. Kawan-kawan boleh bercakap dengan masker ni (muka tidak jadi keras atau kaku).



Sesudah siap apply masker tu di muka, tunggu minimum 30 minit. Basuh muka dengan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih. Kawan-kawan akan dapat rasakan kulit muka lembut, bersih dan paling ketara seperti porcelain.


Okay. Camwore sambil baring sementara tunggu masa berlalu ditemani Elmo. 


Momoy berharap kawan-kawan berasa seronok untuk mencuba DIY masker madu telur ni. Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!