Pages

Wednesday, September 21, 2011

Betul ke kita telah meng HINA tanpa kita sedar?





Assalamaulaikum kawan-kawan.



Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu. 


Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu. 
[Bacaan selanjut di sini] 




 Petikan artikel Hina Tanpa Sedar tu membuat Momoy tersedar. Ya betul. Kita mengagungkan Al-Quran yang diturankan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita. Tetapi tanpa kita sedar, kita telah menghina mukjizat yang paling besar itu.

Momoy ingat lagi ketika Momoy di peringkat sekolah rendah, Momoy pernah ditegur oleh seorang ustazah muda dan cun (terima kasih ustazah!). Puncanya Momoy memakai beg sandang yang berisi Al-Quran semasa belajar mengaji. Kawan-kawan tentu tahu paras beg sandang adalah sama paras dengan pinggang atau pinggul kan. Sedarkah kita?

Comel baby ni =) -source

Setiap perkataan dalam Al-Quran wajib dihormati. Justeru, jangan pandang mudah dalam soal ini. Entri ini mungkin pendek sebab Momoy rushing sediakan report-report untuk meeting sekejap lagi. Tapi Momoy harap entri pendek ni boleh sama-sama memperingati tangungjwab kita memelihara kesucian Al-Quran. Momoy berbesar hati sekiranya kawan-kawan boleh share pandangan atau sebarang panduan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sudi membaca =)


7 comments:

  1. kad kawen yg ada tulis ayat al-Quran skrg ni diorg ikut sdap jaa letak.. klau x kena gaya bole terpijak kad tu...

    ReplyDelete
  2. @ caliph shuriken
    itu la
    kadang org yang bagi/dapat kad kawen tu simpan dalam poket kereta (tepi pintu)
    dah dapat dosa free

    ReplyDelete
  3. oic kdg2 kita xsedar pbuatn tu mnghina agama sndiri...bila org hina agama kita marah pulak ek...ada certain bnda yg kita kena alert...kalo xde org tegur mmg xperasan cth mcm ustazah MOMOY tu

    ReplyDelete
  4. @ Siti Aziz
    ye. sama-sama beringat

    @ Odah + One = OdahOne
    syukur momoy ada ustazah yang prihatin
    =)

    @ Un Phat Lee
    sama-sama dear
    saling ingat-mengingati sesama umat

    ReplyDelete
  5. betul gak tu..
    kita yg dpt kad ni pun..kadang2 terus buang je kad tu bila dh lepas tarikh...
    iskk....

    ReplyDelete