Pages

Sunday, July 31, 2011

Amalan-Amalan Malam Pertama Ramadhan | Doa Penuh, Translation, MP3 dan VIDEO Bacaan Doa



Assalamualaikum kawan-kawan.


 Esok 1 Ramadhan. Alhamdulillah. Kita dipanjangkan umur oleh NYA untuk sekali lagi menyambut ibadah puasa. Jadi apakah amalan-amalan atau perkara-perkara yang boleh kita lakukan pada malam pertama Ramadhan? [Selingan: baru perasan Momoy menggunakan perkataan 'kita' bagi menggantikan penggunaan 'korang'. Hee...]. 




Di bawah adalah antara amalan-amalan malam pertama Ramadhan:


Ghusl pada malam Ramadhan adalah sangat digalakkan. Basuhlah kepala sebanyak 30 kali tadahan tangan.
Ghusl (غسل) adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Untuk lebih details kawan-kawan boleh refer sini: ms.wikipedia 


Mendirikan solat sunat 2 rakaat, baca surah Al-Fatihah dan surah Al An'am. Kemudian minta doa kepada Allah untuk jauhkan kita daripada segala penyakit untuk tahun ini.


Membaca doa untuk malam terakhir Syaban [klik sini untuk doa]


Membaca doa melihat bulan [klik sini untuk doa].


Baca 5 doa-doa seperti di bawah. Korang boleh klik link tersebut untuk doa penuh, translation, MP3 dan video bacaan doa ye.



a. Allahumma Ya Man Yamliku      اللّهُمّ يَا مَنْ يَمْلِكُ  ,
b. Allahumma Rabba Shahr Ramazan     اللّهُمّ رَبّ شَهْرِ رَمَضَان   ,
c. Allahumma Inna Hadha Shahr  اَللّهُمَّ إنَّ هِذا شَهْر ,
d. Allahumma Innahu Qad Dakhala    اللّهُمّ إِنّهُ قَدْ دَخَلَ شَهْرُ    ,
e. Alhamdulilahil Lazee Akramna   الحَمْدُ لِلّهِ الّذِي أَكْرَمَنَا


Untuk menyambut bukan Ramadhan, baca doa ke 44 dari Sahifah as Sajjadiyyah
Kemudian disusuli dengan Doa Jawshan Kabeer. الجوشن الكبير dan Doa Hajj.

Jangan lupa untuk menghantar SMS Salam Ramadhan kepada kawan-kawan dan sanak sedara untuk meningkatkan semangat berpuasa dan menyambut Ramadhan. 

Korang juga boleh download Checklist Amalan Sepanjang Ramadhan dari IloveAllaah.com ni.





"Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Muslim dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat" 



Sumber: 
http://www.IloveAllaah.com



13 comments:

  1. bulan Ramadhan datang lagi, setahun sekali untuk dinikmati, jangan kita membiarkan ia pergi, kerana kita belum tentu akan bertemunya lagi, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. salam MOMOY...slmt myambut ramadhan MOMOY...hope dapat bpuasa dgn jayanya...

    ReplyDelete
  3. rindu nak pergi solat terawih beramai-ramai kan kan ;)

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian sahabatku!
    :)

    ReplyDelete
  5. @Mama Feti
    Amboi.. siap pantun lagi
    hihi... momoy tak pandai nak pantun2 nih
    apapun, thx sudi singgah di blog momoy
    salam ramadhan

    @ Odah + One = OdahOne
    terima kasih
    odahone juga yer.
    salam ramadhan
    semoga kita semua beroleh keberkatan

    @::contengan hati::))
    ye. malam ni terawih ramai2 jom

    @Maicher
    sama-sama
    sharing is caring kan =)

    ReplyDelete
  6. nak sgt g solat jemaah di masjid, tp kaki sakit..huhu

    ReplyDelete
  7. nice sharing..
    salam ramadhan & selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  8. Tq for the info.. :) salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut ramadahan al mubarak...semoge ramadhan kali ni lebih bermakne buat kite semue....insyaAllah..happy fasting!!!

    ReplyDelete
  10. nice.. thanks ;)


    special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
    http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html

    ReplyDelete
  11. selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kpd anda!

    ReplyDelete
  12. Info yg baik thanks sudi share :)
    Selamat berpuasa dan berbuka.

    ReplyDelete
  13. @ Fariduddin El-Islam
    tak apa.
    ada byk masa lagi

    @ caliph shuriken
    selamat berpuasa dear

    @ Madiana Mohd
    sama-sama dear
    salam ramadhan

    @ princess violet
    Amin
    terima kasih
    selamat berpuasa

    @ saiazuan
    sama-sama
    selamat berpuasa awak

    @ Sarkasiz
    selamat berpuasa juga =)

    @ CT NoArIzAh ArIs
    sam-sama
    terima kasih sudi baca
    selamat berpuasa

    ReplyDelete