Pages

Sunday, May 1, 2011

WEEKEND PROJECT: DIY Rice Body Scrub




Assalamualaikum kawan-kawan.


Secara personal Momoy memang suka bermain air. Agak lama juga kalau Momoy berendam. Salah satu aktiviti wajib ialah melulur (body scrubbing). Sabun saja tak mencukupi untuk menanggalkan sel-sel mati. Favourite Momoy mestilah lulur dari Sumber Ayu dan Mustika Ratu.  



Kiri: Sumber Ayu | Kanan: Mustika Ratu


Oleh sebab hari ni hari minggu, so Momoy nak mengajak korang untuk body scrubing bersama-sama (di shower masing-masing) tapi dengan membuat scrub sendiri. Dah hampir seminggu juga Momoy scrubbing guna beras ni. Momoy tahu korang nak cakap Momoy ni rajin kan. Hoho... Yang sebenarnya sebab nak jimat duit. Erkk... pecah rahsia.



Oh tidak. Sebab sebenarnya sekarang Momoy dah tak masak di rumah. Gas di rumah habis dan dah lama tak ber top up. Jadinya Momoy masak di kedai. Hihi... Takut beras membazir itu yang Momoy decide nak jadikan body scrub. Lagi pun Momoy ada lesung batu di rumah sewa ni =)



"Momoy sayang beras". Err... ok tak statement tu kawan-kawan 


Powerful tool | Lesung batu



Setiap hari Momoy akan rendam segenggam beras. Keesokkannya, lepas balik dari kerja Momoy akan tumbuk beras tu dengan menggunakan lesung batu. Masa untuk menumbuk tak lama pun. 5 minit je dan siap untuk digunakan. Yayy! Begitu la rutin Momoy selama seminggu ni. Simple je kan.



Rendam | Jangan lupa untuk rajin menukar air rendaman =)


Result: akan menjadi seperti ini




Ready for scrubbing




Kalau korang nak blend pun boleh juga. Kalau blend boleh simpan untuk seminggu. Korang juga boleh campurkan beras tu bersama halia (untuk buang angin) atau kunyit hidup (untuk hilangkan panau) atau juga daun pandan atau kulit lemon (untuk aromaterapi). Nak kasar atau halus pilihan korang.
Jom. Mari kawan-kawan kita scrubbing. Yeah!



PERHATIAN: Korang yang ada penyakit kulit,  luka atau kencing manis yang luka tak boleh scrubbing tau.




10 comments:

  1. hye sis!selamat bercuit hari buruh.kite pun suka diy body scrub.guna beras,kunyit hidup dan dah siap letak hirisan daun pandan biar wangi je bau masa sental badan he3...kite pun suka pakai body scrub mastika ratu kdg2 beli brand Citra.Bila my step mom balik medan pulak,kite suruh dia borong banyak2 bedak sejuk dan lulur he3...

    ReplyDelete
  2. moy..aku tgk kau update..
    terus aku terjah blog kau...
    weh weh..facebook kau deactivate kh??
    huh
    moy kau kerja ape???

    ReplyDelete
  3. Kalau pakai tepung beras tak bole ke..?? tepung beras kan hasil blend beras.. lagi senang.. ^^

    *lama tak online..?? Bizi benor nampaknye.. ^^

    ReplyDelete
  4. asal cuti jaa main air.. kt sini ada water theme park nti mai laa, hikk...

    latest en3: fast five

    ReplyDelete
  5. Kak Scarlett pernah buat dan hasilnya superb!

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau tak sempat, beli bedak rambai dalam paket hijau.Pun berkesan.

    ReplyDelete
  7. EB pn nak.. Nak Nak Nak..

    ReplyDelete
  8. @Aleasara
    bestnnyer. body scrub kat Indon banyak dan murah2 kan dear Alea
    mmg boleh gila kalau g sana

    @ Bigdaddyz
    terima kasih =)

    @ Far8 budak baik
    hi dear farid. lamanya mendiamkan diri.
    rindunya kamu
    FB still active cuma lama x on9 FB
    oh. nnt momoy buat entry khas

    @Ayie
    kalau guna tepung beras dah tak jadi ler scrubbing dear
    sebab tiada butiran halus untuk sental tu. hihi... =)
    tapi tepung beras leh letak kat muka =)

    @ Miecyber
    haha...memang save budget kan =)

    @ caliph shuriken
    hihi...oh momoy tau dear
    nnt leh la dear banjer momoy

    @ Scarlett O'Hara
    betul tu sis. kulit lembut jer
    suka juga yang tu
    mula-mula terasa kasar tapi result mmg best

    @EB
    boleh jer dear EB.
    hehe...

    ReplyDelete