Pages

Sunday, January 2, 2011

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!





Tahniah Harimau Malaya yang memenangi Piala AFF baru-baru ini.Ada segelintir berpendapat nama bola sepak Negara iaitu Harimau Malaya sudah tidak relevan.  

Mereka beranggapan perkataan 'Malaya' itu tidak merangkumi penduduk Sabah dan Sarawak (1 Malaysia). Okay. Momoy nak bagi jawapan kenapa nama Harimau Malaya itu harus dikekalkan.



1.       Nama Harimau Malaya sendiri bunyinya GAH berbanding Harimau Malaysia. Harimau Malaysia agak manja. Sapa nak takut wehh... Nak pihak lawan rasa gerun jauh sekali!



2.   Selama lebih kurang 50 tahun guna nama Harimau Malaya. Then lepas menang  Piala AFF terus nak dipolitikkan. 



3.   Dan mana ada dalam dunia ni specis Harimau Malaysia? Cuba korang guna teknologi search internet cari tengok. Hanya ada species:  


              
Harimau Malaya (nama saintifik : "Panthera tigris malayensis")
Harimau Sumatera (nama saintifik : "Panthera tigris sumatrae")




Ini sama lah seperti Kijang = Kelantan, Penyu = Terengganu, 
Rusa = N. Sembilan, Badak = Sabah, Gajah = Pahang, Kenari = Kedah, 
Singa = Perlis, dll



4.     Yang paling penting, orang yang mencadangkan nama Harimau Malaysia itu tidak faham sebenarnya kenapa Harimau Malaya dirujuk kepada skuad bola sepak Malaysia. 



Momoy harap korang jangan laa suka-suka nak ubah sejarah. Baca asal usul nama 'Harimau Malaya' ni...



-----------------------------------------------------------------------------------------
Umum mengetahui harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara kita.Tapi, arasanya ramai yang belum mengetahui asal-usul nama tersebut diperolehi. Sebenarnya, nama tersebut adalah asalnya gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi striker, Beliau adalah Dollah Don.






Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pade 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.



Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juge merupakan atlit olahraga yang berjaya, pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangsaan, beliau bermain untuk pasukan johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.



KEHEBATAN

Keratan akhbar


PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, Beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.




Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tak dapat diturunkan. Korang pun tau kalau dah melibatkan penyokong Indon, confirm kecoh jadinya...



Keadaan stadium masa tu huru-hara dan penonton meminta pihak penganjur memulangkan duit tiket. Akhirnya penganjur akur.




HARIMAU MALAYA





Pade era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dolah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.






Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.




Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, Pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan. Ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.






Sejak itu gelaran Harimau Malaya lekat kepade Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia. source- [Asal Usul nama 'Harimau Malaya']
-----------------------------------------------------------------------------------------



Momoy faham mereka yang mencadangkan Harimau Malaysia tu sebab nak joinkan sekali orang Sabah dan Sarawak. 



Tapi tolong laa kaji sejarah dahulu. Jika korang merasakan nama ‘Malaya’ itu mengabaikan penduduk Sabah dan Sarawak. 



Maka, Kenapa tak tukar aja Universiti Malaya jadi Universiti Malaysia yer ? Fikirlah sendiri...



Sekarang timbul pula isu harimau malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Memang betul tapi korang nak tahu pendapat dan penjelasan yang lebih kukuh? Boleh baca di entry ini... [Apa Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA] 




P/s : Say no to politic in football
     : Kerana Harimau Malaya, Momoy lihat ramai dah tak malu nak sarung jersi Malaysia =)


56 comments:

  1. betul tu momoy, sy setuju sesangat... pandai2 jer dorang nk tuka tanpe usul perikse kan....

    mcm tu lah sejarah selalunye diputar belitkan, disebabkan politik, perkare yg benar terpakse dipalsukan...

    ape pun thx utk momoy sebb ketengahkan info ni...

    ReplyDelete
  2. fuh..hebat momoy..banyak info2 menarik..

    umm,..bagi iqbal pun better kekal harimau malaya..sebab nama tu ada nilai tersendiri..

    ReplyDelete
  3. info yang menarik..nice entry..=)

    ReplyDelete
  4. @zaidi zaim
    tu laa...bukan semua benda senang nak ubah
    tambah lagi yg melibatkan sejarah

    @ iqbalhakimi
    harimau malaya lagi power apa kan?!

    @ZACK ENTRY
    thx... share bersama. untuk momoy dan kawan-kawan juga =)

    ReplyDelete
  5. ierbaik laa momoy!! 100% sokong!!
    nice info!!

    ReplyDelete
  6. pakzue sokong..jgn politik kn sukan

    ReplyDelete
  7. @Che Sakinah
    sama-sama
    untuk info kita semua

    @pakzue
    betul...sayang la pada negara kan =)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info ini. Bagus untuk mereka yang tak tahu asal usul harimau malaya.. :)

    ReplyDelete
  9. wah thanks fer sharing princess:)

    ReplyDelete
  10. ya chegu sokong momoy...tu...pikir la dulu sebelum buat apa pon ni pakai nak hentamja,,

    ReplyDelete
  11. setuju ngan momoy...xperlu la nak ubah pe2..cik tom rasa dah cntk nama tue...wah br tau info psl kehebatan team dulu...thanks for de info..

    ReplyDelete
  12. harimau malaya lg sedap disebut. Princess Momoy, thnks for sharing this info. menarik.

    ReplyDelete
  13. terima kasih.menarik inf ni

    er..mana dapat keratan akhbar lama tu

    huhu

    ReplyDelete
  14. tapi lebih sedap dan ganas di panggil "harimau malaya" daripada "harimau malaysia"..tah..mcm ada yang x kena je dgn nama harimau malaysia tu..bunyi pun mcm pelik je :)

    ReplyDelete
  15. oooo baru tawu~~=)
    jom baca entry dayla pulak n jgn lupa follow me back ye;)

    ReplyDelete
  16. salam...


    satu info yg sangat menarik..

    kalau Malaysia kalah piala AFF ari tu.. orang tak peduli pun pasal nama ini..malah ada yang tak tahu pun akan kewujudan nama ini pun..

    tq atas info..

    ReplyDelete
  17. owh kita da salah type la sblm ni..heee..tq kerana menerangkan kegelapanku..momoy ku sayang..hee anda telah di tag hari ini.

    ReplyDelete
  18. bagusnye momoy..nice post..like!!!!

    ReplyDelete
  19. ha'ah kan..dulu takde pulak pertikaikan bila kalah..bila dah juara baru nak terhegeh-hegeh mintak nama..sama macam kalau berkawan bila senang..bila susah je lari..

    nice info

    ReplyDelete
  20. ngaauuummmm....! ehe... melaka plak kancil.. haha

    ReplyDelete
  21. Nice info!!

    !@#$%^&* btol sape yg nak politikkan benda2 fakta ni.....akal pendek.

    Selamat Tahun Baru 2011!semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya...

    happy Blogging sokmo!

    ReplyDelete
  22. @Huzaini
    sama-sama dear
    thx to u sudi comment

    @aNnE
    sama-sama dear
    thx sudi baca anne

    @chegu abbas
    =) thx sudi comment

    @CIK TOM
    jika momoy ada dalam era tu momoy dapat rasa kehebatan mereka

    @kakchik@ella
    betul tu dear. sama-sama =)

    @annymous
    dari sumber yang boleh dipercayai

    @Rafina Mimi Zairul Murni
    hehe...sama la kita sis
    harimau malaya bunyi sedap apa kan/

    @daylachan
    ok dear. thx for comment.
    i do. salam kenalan

    @Aki
    yer...mcm ni la. hehe...

    @sekamar rindu
    dulu tak sapa kisah
    dah menang macam-macam pula. haishh...

    @DiaUmaiNiNaz
    takpe awak.
    and thx to u sudi baca and comment
    nanti momoy amik. thx tag

    @duan lang
    =)
    thx for comment juga dear

    @ferry
    manusia dear =)

    @aibaks
    hehe...kancil hebat apa

    @PuanBee
    =)

    @Mr. IX
    Terima kasih
    suka blogging tapi tenet selalu wat hal

    @geekz36
    betul
    thx for comment dear =)

    @

    ReplyDelete
  23. comelnyer n3 amy arini, penuh dengan sejarah..i likee;-)

    ReplyDelete
  24. @z.u.n.a.i.d.a
    hehe...thx zue...
    sambil blog sambil kita tambah ilmu =)

    ReplyDelete
  25. huhu..mungkin coment saya akan mencetuskan kemarahan dari org lain..ekekek..
    bkn nak provoke..kalo tukar pon apa salahnya...xbermakna kalo kita tukar nama org da xgerun,itu hnya nama samaran yang mencerminkan identiti kita..so kita da ada sabah and serawak..kita kena akui kewujudan mereka walaopon pahit..

    ReplyDelete
  26. meh sini meh...
    http://cheguabbas.blogspot.com/2011/01/khairul-fahmi-apektraining-di-institut.html

    ReplyDelete
  27. @syai.nia.sharif
    Yayy...suke.
    hihi

    @Lord_e
    itu pendapat kamu dear. Momoy hormat
    =)

    @chegu abbas
    erkk...baik cikgu
    hehe...

    @keluarga kami
    yer..momoy pun suka. memang harimau malaya bunyi gah dan hebat berbanding harimau malaysia
    dear. thx for comment
    salam kenalan yer

    ReplyDelete
  28. wow! teruja baca entri.. memang kak mia tak minat bola. baru tahu pasal dollah don yang hebat ni... terima kasih ya...

    ReplyDelete
  29. hye momoy....for da 1st tyme visit in ur blog.."wut a nice blog~!"...

    i ske n entry u neh...byk fakta yg menarik..i pon stuju n pendapt u..dlu mse HARIMAU MALAYA xde mng ape2..xkecoh pon kan..tp skang neh..de jek yg xkne n nme tuh..tp dr sudut positif lak..mgkin FAM boleh m'pertimbangkan hasrat utk menukar MALAYA kpd MALAYSIA..bru 1MALAYSIA..tol x..huhuhu...

    anything..hope FAM dpt pertimbangkan perkara ni sebaik mungkin...ILOVEMALAYSIA~

    ReplyDelete
  30. @Mia Liana
    thx sis. Momoy start minat bola sejak TsuFahmi jer sis. hehe....
    tapi apa pun uncle dollah don memang hebat

    @mLLs!Eya
    thx my dear. salam kenalan
    terima kasih sudi baca dan comment =)

    ReplyDelete
  31. ni la jdi bila politik dlibatkan dlam bola..cubala klah ri 2,suma snyap je,xda pon nk kecoh2 gni..bila mng suma pkat nak dpat nma..

    ReplyDelete
  32. masalahnya ahli politik ni,bola pun dia nak campur...suka harimau malaya lagi...

    ReplyDelete
  33. haritu ada Daus baca kat facebook..Indo cakap "kenapa harimau malaya? bukankan harimau berasal dari indonesia?" (lebh kurang mcm ni la ayt dia)..laaa..harimau kan ada banyak jenis?? buat lawak ja la indon ni..

    ReplyDelete
  34. Rasa2 nye Harimau Malaysia lebih relevan PADA MASA KINI.OK..sy sebagai org Sarawak nk bg pendapat sikit la ek. Sebenarnye perkataaan Malaya tu memang xde kaitan dengan Sabah & Sarawak. Semasa zaman pemerintahan British dulu mereka guna perkataan Malaya yang merujuk kepada Malayan Union(1946-1948) dan Federation of Malaya(1948-1963) yang sekarang dikenali sebagai semenanjung Malaysia(sabah & sarawak mmg xde dlm ni, beza dgn skrg Singapore dah out). Knp sy kata perkataan Malaysia lebih relevan? ingat tak 16 September 1963? Penubuhan Malaysia betul tak? Semenanjung, Sarawak, Sabah & Singapore disatukan terbentuk lah Malaysia. cuma Singapore keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Kesimpulannye..

    1. Malaya = Negeri2 dalam Semenanjung Malaysia

    2. Malaysia(kini) = Semenanjung + Sarawak + Sabah.

    3. Harimau Malaya (nama saintifik : "Panthera tigris malayensis") --Rasa2nye kt sarawak xde harimau spesis ni..yg ada mayb dari sumatera tu. sbb tu nama dia Harimau Malaya.

    *tolong betulkan kalau ada fakta2 yang salah :P

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum...

    Saya pernah juga memberi komen pada blog-blog lain yang juga menyatakan isu ini. Gelaran Harimau Malaya ialah dari spesis harimau, ianya tidak ada kene mengenai dengan 1,2 atau 3 Malaysia. 1Malaysia tu cuma unsur dan penjenamaan politik sahaja. Jangan sampai merosakkan suka di tanahair kita ini.

    Sedap apa nama "Harimau Malaya", dengar dan nampak kegagahannya. Yang cadangkan "Harimau Malaysia" tu cuma nak bodek je.... bukan tahu apa-apa pasal sukan dan sejarah...

    ReplyDelete
  36. salam...

    alamak..pg2 neh..bce komen en Ahmad Zaki ...terpanggil utk m'balas comment beliau..maaf ye en.Ahmad Zaki..bukn niat utk bertelagah..tp hanya utk m'beri pendapat..pd pendapat sy..xde unsur bodek pon dlm istilah 1Malaysia tuh..ianya perpaduan...suke ke tgk malaysia nih jd cam negara2 jiran yg xsehaluan???1Malaysia adalah inisiatif kerajaan Malaysia utk menyatupadukan seluruh rakyat di negara kite nih...tgk la skang nih..i'sia n m'sia ade jek isu panas..skang neh nk jd cmtu gak ke dlm m'sia neh..semate2 dsebabkan nme pasukan kebangsaan kter~=s'jung m'sia n negeri2 borneo=..

    note=bukan bodek..tp jg perasaan..demi kemakmuran tanah tumpahnya darahku~
    *peace*

    ReplyDelete
  37. ok je nama harimau malaya tu..dah memang asal nya di malaya. sejarah pun dari malaya jugak tak eloklah nak tukar2.. sapa tu yg gatal2 nak politik kan sukan nih? meh sini meh sini.. ketok kang.. :p

    ReplyDelete
  38. Keep posting stuff like this i really like it

    ReplyDelete
  39. Tak, prawdopodobnie tak jest

    ReplyDelete
  40. info yang sangat menarik...yang mencadangkan nama harimau malaysia tu tak tahu langsung pasal bola

    ReplyDelete
  41. Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

    ReplyDelete
  42. That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

    ReplyDelete
  43. That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

    ReplyDelete