Pages

Wednesday, January 19, 2011

Peristiwa Itu Masih Menghantui Diriku...



Salam-kawan



Kawan-kawan, ada 2 perkara yang terlintas dalam kepala Momoy sekarang ni. Pertama, Momoy teringat sewaktu Momoy sekolah dulu. Peristiwa sewaktu Momoy darjah 6...


Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjum Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. 



Tiba-tiba saya... ternampak seperti ada sesuatu bergerak di dalam semak. “Apa tu? Harimau ke?” Sebagai seorang insan yang aktif dan nakal, Momoy memang suka pada benda yang adventure macam tu. Segera Momoy berjalan ke arah semak tersebut.


“Momoy... Momoy... “ Terdengar cikgu memanggil nama saya.  Sebabkan perasaan ingin tahu begitu menebal, Momoy buat-buat tak dengar. “Momoy  nak ke mana tu?”, balas cikgu lagi bila Momoy tak bagi respon. “Tak ke mana cikgu. Depan ni je”, Momoy jawab ringkas.


Tempat semak tu dari Momoy berdiri lebih kurang 3 meter je kawan-kawan. Momoy cuak. Tambah lagi bau kurang menyenangkan mula menusuk hidung. Makin dekat makin kuat pulak bau dia. Momoy hampiri semak tu sambil menutup hidung. Sekarang ni jarak Momoy dan semak tu hanya beberapa langkah jer. Peluh. Saat tu juga telinga Momoy menangkap bunyi seperti suara orang menyanyi. Sedap? Kalau masuk AF confirm pengetua muntah hijau. 


“Hmm...pelik ni”, Momoy bisik.  Sampai situ Momoy selak semak tu, tiba-tiba mata Momoy terpandang sesuatu. Hah! Momoy terkejut. Terus Momoy lari sekuat hati. Macam dikejar gajah. Tak cukup tanah Momoy berlari. Serius Momoy rasa takut kawan-kawan. Huhu...


Momoy kembali semula ke tempat kawan-kawan berkumpul. Letih berlari. Momoy rehat sekejap. Tapi masih tercungap-cungap. “Jangan la orang tu cam Momoy. Urmm...”. Terus berdoa. Takut.


3 hari kemudian....

Hidup Momoy kini dah tak tenteram. Masih terbayang-bayang lagi peristiwa tu. “Kenapa lately ni aku tengok ko asyik termenung je Momoy?”. Agaknya sebab Momoy tak tumpukan perhatian dalam kelas, so ada antara kawan-kawan yang perasan perangai Momoy yang pelik tu. “Eh! Mana ada”, jawab Momoy gelak-gelak. Cuba untuk cover. Tapi  belakang baju dah basah. Peluh.


Waktu rehat. Momoy tak ke kantin. Tak lalu nak makan. Apa laa nasib. Tak tahu nak buat apa. So Momoy ke tempat peti locker atau peti besi in English =P Memang pihak sekolah sediakan untuk kemudahan student-student kat situ. Sekolah korang ada?


Loker yang penuh dengan sticker kekasih gelap Momoy si Min Ho tu, Momoy buka dengan anak kunci. Tapi... Aik! Ada surat pula di dalamnya. Misteri betul. Korang nak tahu apa kandungan surat wasiat tu? Momoy bacakan okay...


“I know what u did last holiday...”


Hah! TIDAKKKKKKKKKKKKKK !!!! 


Peristiwa cuti sekolah hari tu terus menerpa.  ‘Momoy skodeng orang melepas’ Oh Tidak! Momoy tak nak di cop macam tu oleh kawan-kawan. Teruk sangat bunyinya tu kan. Haha...


T.A.M.A.T


Perkara kedua. Cerita di atas hanya rekaan Momoy semata-mata. Hoho... sila jangan marah yer kawan-kawan. Tak kan laa Momoy ni kaki skodeng. Momoy kan budak baik. Ngee...


Perkara yang betul adalah cerita tu direka sekadar memenuhi syarat contest “Projek Budak Tabika” by Bulat Itu Circle. Syaratnya adalah korang perlulah sambung karangan ni...


Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjum Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya...

Tapi dengan mengunakan perkataan...

suara orang menyanyi | harimau | anak kunci | peti besi | surat wasiat 
dikejar gajah | suara cikgu memanggil nama saya (anda la tu)


Pada yang nak join, gatal-gatal kan laa jari korang dengan [klik sini] atau banner kat bawah nih ok. Dan Momoy nak tag edi | anak pak din | liquid




Closing date: 11 FEB 2011


17 comments:

  1. haha..xley thn mase bce muntah ijau 2..hek3..t'ingt mase ari last skolh rendh..ade contez nyayi..xsmpai spruh lagu mmbr 2 nyayi trus ckgu sruh stop..bab sore cm giant..kah3..

    ReplyDelete
  2. haha..kontest rupenye..haha..
    terbaik lah..
    all the best ye.
    :D

    ReplyDelete
  3. momoy ni banyak btl idea nk buat entry..rajin sgguh dia ni.. :) teruskan ye dik..

    ReplyDelete
  4. @Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)
    thx u dear
    and terima kasih pada awak juga sudi baca yer

    @ BuLat i2 CirCLE
    haha...sian giler ngan budak tu
    kompem malu giler dia
    momoy nih cian tapi gelak plak
    sik...isk...
    entry ni boleh accept ker bulat

    @ saya_arief
    ya. untuk contest dear
    jom la join skali

    @ Rafina Mimi Zairul Murni
    banyak idea? erk...selalu kekurangan idea sis
    so dat y la mana-mana tag atau award momoy buat cerita jer. huhu...
    btw, thx u sis sudi baca dan komen

    ReplyDelete
  5. owh.. dasat latest project ni, hukk...

    ReplyDelete
  6. Hoho, tertarik hamba membacanya...memang boleh menang nih..hehe

    ReplyDelete
  7. momoy thnks tag sy..InsyaAllah nanti pas blik dr kls sy buat..ptg ni msh de 1 kls lg..

    ReplyDelete
  8. cet..tipah tertipu...wat suspect je, eh..suspen je huhuhu

    ReplyDelete
  9. @ caliph shuriken
    jom la join sama

    @rashid
    Amin...
    thx dear

    @ edi_fm32
    sama-sama
    nanti bgth la yer
    kalau de masa buat la if sudi

    @ ayietouch photography
    tak macam karangan la dear
    huhu....

    ReplyDelete
  10. @Ibnu Hasan
    hehe...sorry la dear
    momoy memang suka bagi korang terkejut
    haha...

    ReplyDelete
  11. hehehe..lawak pun ade...jgn g skodeng betul2 sudah...hikss!!

    ReplyDelete
  12. suspend jek bca mula2 igtkn cite apa td...penuh dgn thriller

    ReplyDelete
  13. as salam..
    adoi...buat terperanjat pula.macam tengok wayang SERAM ;D
    eh? saya tak pernah ke panggung wayang ;p
    susuan cerita dan garapan yang menarik.semoga berjaya ;)

    lewat komen kat sini..adoi..

    ReplyDelete