Pages

Thursday, December 16, 2010

FACEBOOK Boleh Buat Begini Ke?

PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.

Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi
Sumber dari KOSMO
Urm... FB sekarang dah macam FS, MS, Tagged, dan apa-apa lagi lah laman sosial sekarang nih. Rupanya new profile tu ada juga kelebihannya - boleh guna muka sendiri atau picture apa-apa seperti puzzle. Okay, menarik juga tu bagi sape-sape yang prefer new profile FB. 

5 comments:

  1. boleh try buat cmni jgk la nnt~ mcm best je.. haha

    ReplyDelete
  2. haha gempak ah blh buat cmni!! haha tpi x tetap x nak upgred..haha

    THANKS SEBAB KOMEN KAT BLOG ALIENELLIZ!!!..=)

    ReplyDelete
  3. @ Kenzo@MrConteng
    FB kenzo pakai new profile ker

    @mish cokat
    nampak stylo kan...
    FB lama asyik formal jer biru-putih

    @ alienelliz
    sama la ngan momoy
    momoy pakai yang lama juga

    @Amy Syaquena
    tq sis... momoy terbang ke sana amik.
    hehe...

    ReplyDelete