NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, September 28, 2011

Wednesday Wordless | Baypang







Baypang - kuih tradisional negeri Terengganu





Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR - j-QAF) JANUARI 2012


Salam kawan-kawan


IKLAN Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012.

Pembelian no. pin dan borang permohonan online juga akan dibuka mulai 26 September 2011 (Isnin) selepas jam 9.00 pagi.

Nota : Ini adalah pengambilan KPLI j-QAF untuk bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja dan bukan KPLI biasa. TARIKH TUTUP : 9 OKTOBER 2011

A. IKLAN PERMOHONAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.






Klik 'read more' untuk maklumat dan keterangan lanjut


Monday, September 26, 2011

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA | Guru








Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).






Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yangberpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.


Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-


Bidang /Subjek :


• Bahasa Melayu 
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah 
• Bahasa Perancis
• Geografi 
• Bahasa Russia
• Matematik 
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media


Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).


Sunday, September 25, 2011

2 kaedah mudah untuk majikan nampak professional semasa temuduga





Assalamualaikum kawan-kawan


Ini entri request dari email yang minta Momoy tulis tips apa-apa saja yang berkaitan tentang interview. Gaya (pakaian untuk temuduga) bukan saja first impression bagi majikan dan jabatan sumber manusia menilai sama ada kawan-kawan seorang yang professional atau tidak. Banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan penyiapan menghadapi temuduga. Tetapi dalam entri ini, Momoy nak kongsi sedikit idea dan cara Momoy mengenai persediaan dokumen. Momoy menulis tentang persediaan dokumen atau sijil ini kerana jarang Momoy jumpa kupasan mengenainya. Momoy harap kawan-kawan jangan skip ya.



Kebiasaannya dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga adalah Kad Pengenalan (identity card), sijil warganegara (jika berkaitan), sijil-sijil aktiviti kokurikulum, sijil-sijil akademik seperti SPM, diploma, ijazah dan seterusnya. Selain daripada sijil-sijil asal seperti yang momoy nyatakan tadi, Momoy berpendapat adalah lebih baik kawan-kawan sediakan salinan photostat. Ini kerana kadang-kala ada majikan yang mahukan salinan untuk rujukan mereka. Jadi waktu tu tak adalah kawan-kawan menggelabah nak cari kedai photostat. Situasi macam tu kadang kala boleh menganggu emosi.



Jika kesemua dokumen dan salinan telah ada, sekarang apa yang perlu kawan-kawan sediakan adalah satu envelope bersaiz A4 dan clear folder (dipanggil juga clear book). Momoy cadangkan lebih baik beli clear folder yang baru dengan pilihan warna lembut. Lagi pun tak rugi sebab boleh guna berulang kali. Clear folder ini kawan-kawan boleh beli di kedai-kedai buku. Harga sekitar RM 6 – RM 10.



Clear holder atau clear book



Envelope saiz A4

Envelope ni gunanya untuk diisi salinan. Envelope tersebut kawan-kawan boleh serahkan pada panel yang menemuduga (interviewer) selepas selesai sesi temuduga.



Clear holder

  1. Helaian pertama dan kedua clear holder tersebut kosongkan. Apa tujuannya, akan Momoy terangkan kemudian.
  2. Mulai dari helaian ketiga dan seterusnya, kawan-kawan susunlah dokumen-dokumen penting mengikut susunan. Momoy syorkan susun seperti ini:

·         No. Kad Pengenalan
·         Sijil lahir
·         Ijazah
·         Diploma
·         SPM
·       Sijil-sijil akademik dan kokurikulum (bermula dari universiti hingga tingkatan 4)
·         Sijil-sijil lain
·         Surat-surat sokongan (bonus jika kawan-kawan ada)



  1. Helaian kedua clear holder, letakkan resume kawan-kawan.
  2. Akhir sekali, di helaian pertama untuk kawan-kawan letakkan cover page yang bercetak komputer (bukan tulisan tangan). Pada cover page tersebut, letakkan maklumat seperti ini:

·         Nama:
·         No. Kad Pengenalan:
·         No. HP:
·         Email:
·         Alamat:

·         Jawatan yang dipohon:



Bagi cover page kawan-kawan gunakan front yang agak besar =) Bila ada interview kerja di tempat yang lain pula, kawan-kawan hanya tukar cover page, itu saja. Bukankah nampak professional dan smart? Lagi pun senang dan teratur kan. Walaupun semua maklumat ada dalam resume, tetapi fungsi cover page lebih kurang seperti 'pengenalan' atau 'mukadimah' la kata orang. Itu yang membezakan kita dengan candidate yang lain =)



Walaupun benda (persediaan dokumen) ni nampak simple, tapi tak ramai yang nak buat (atau mungkin tak tahu). Kawan-kawan perlu ingat ya, first impression bukan hanya pada pakaian. Tapi juga bagaimana presentation dokumen kita tu boleh mendapat penambahan kredit jika majikan tertarik dengan cara kita semasa interview.



Apa pendapat kawan-kawan tentang tips Momoy ni. Momoy harap kawan-kawan dapat sedikit input dari entri ini. Atau jika kawan-kawan punya cara lain yang berkaitan tentang persediaan dokumen, boleh kita kongsikan bersama. Sharing is caring bukan.



P/s  
: Bagi yang ada interview esok ke next week ke, semoga berjaya. 
: Kalau kawan-kawan sedar entri Momoy kebelakangan ini menggunakan kata ganti ‘korang’ kepada ‘kawan-kawan’. Momoy rasa macam lebih mesra =) 
: Silalah menekan 'like' jika suka entri Momoy ni ye.
: Sis Kyo dan Odahone, Momoy dah tak dapat nak visit blog sis, malware detected. Rindu...



Thursday, September 22, 2011

Supplement baru, F-Cup Cookies yang ditunggu-tunggu



Salam kawan-kawan.


Pernah dengar tentang f-cup cookies? 




Ini lah F-cup cookies yang disebut-sebut ramai tu- Sumber gambar




Momoy memang dah lama nak cuba f-cup cookies sejak dua tahun lepas lagi. Tapi sebab harganya mahal so Momoy tunggu begitu lama untuk lihat ia berkesan atau tidak. Selepas buat sedikit rujukan dan review, ramai yang beri komen yang positif. 







Dan inilah dua kotak pertama yang Momoy beli. Sebab ramai yang kata dua kotak dah boleh nampak kesannya.



Mesti kawan-kawan tertanya-tanya mengapa kotak f-cup cookies Momoy berwarna putih. Bagi yang beli di Malaysia sama ada di Sasa atau import dari Jepun, packaging memang berwarna pink. F-cup cookies Momoy ini direct import dari Jepun. Currently di Jepun, hanya 14 keping sekotak (dan bukannya 30 keping) yang dijual dan packaging nya adalah berwarna putih. Boleh refer [F-cup Series Japan Official Site]




Sekotak ni bertahan selama 1 minggu.




Yeah. Oleh kerana Momoy ni chocolate lover, maka haruslah Momoy memilih perisa coklat =)



Harga f-cup cookies di Sasa RM 148 sekotak. Tapi kawan-kawan mungkin boleh jumpa yang murah sedikit (dalam RM 120) bergantung kepada supplier. Tak sabar nak tunggu esok untuk makan kepingan pertama biskut tu. Kena maintain continuous makan sekurang-kurangnya selama satu tahun. Nanti baru tahu jawapan yang sering bermain-main iaitu...




Do f-cup cookies really work? 





P/s : Kawan-kawan yang Momoy sayang, Momoy terpaksa tukar blog baru kerana ada beberapa masalah teknikal. Maka, ada banyak entri yang perlu Momoy tukar settingnya. Maaf atas kesulitan ya

Wednesday, September 21, 2011

Betul ke kita telah meng HINA tanpa kita sedar?





Assalamaulaikum kawan-kawan.



Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu. 


Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu. 
[Bacaan selanjut di sini] 




 Petikan artikel Hina Tanpa Sedar tu membuat Momoy tersedar. Ya betul. Kita mengagungkan Al-Quran yang diturankan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita. Tetapi tanpa kita sedar, kita telah menghina mukjizat yang paling besar itu.

Momoy ingat lagi ketika Momoy di peringkat sekolah rendah, Momoy pernah ditegur oleh seorang ustazah muda dan cun (terima kasih ustazah!). Puncanya Momoy memakai beg sandang yang berisi Al-Quran semasa belajar mengaji. Kawan-kawan tentu tahu paras beg sandang adalah sama paras dengan pinggang atau pinggul kan. Sedarkah kita?

Comel baby ni =) -source

Setiap perkataan dalam Al-Quran wajib dihormati. Justeru, jangan pandang mudah dalam soal ini. Entri ini mungkin pendek sebab Momoy rushing sediakan report-report untuk meeting sekejap lagi. Tapi Momoy harap entri pendek ni boleh sama-sama memperingati tangungjwab kita memelihara kesucian Al-Quran. Momoy berbesar hati sekiranya kawan-kawan boleh share pandangan atau sebarang panduan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sudi membaca =)


Tuesday, September 20, 2011

A Dozen Of Great Beauty Giveaway!





Salam kawan-kawan.


Here a lots of beauty giveaway. All GA are open international.
Click BANNER to enter and for details yea =)
Good luck to everyone !




GA Ends : 5 October 2011





Inspired by Beauty's Giveaway
GA Ends : 6 October 2011






HeartKristelBeauty's Giveaway!
GA Ends: 23 September 2011







Sigma F80 Brush Giveaway

GA Ends: 5 October 2011






GA Ends: 31 October 2011



GA Ends: 10 October 2011



GA Ends: 27 September 2011



MissKatV's 1,300 Followers Giveaway!



GA Ends: 23 September 2011



GA Ends: 10 October 2011



ValentineKisses.Com 500 Follower Giveaway

GA Ends: 16 October 2011




D.G.S.Beauty's Back-to-School Giveaway

GA End: 30 September 2011




GA Ends: 8 October 2011




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!